Suatu masa yang lalu ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin masih bersama UMNO dan beliau merupakan Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri pernah bercakap mengenai isu harga rumah mampu milik yang pada hakikatnya adalah Rumah Mampu Tengok saja ini..
Katanya "Mengenai isu perumahan, ada ahli Umno di akar umbi yang mengatakan kepada saya, rumah-rumah yang dibina dengan harga RM400,000 sebenarnya bukan rumah mampu milik, tetapi rumah mampu tengok sahaja. Pandangan ini ada juga kebenarannya."
"Menurut Kajian Khazanah Research Institute, harga rumah mampu milik yang sewajarnya adalah tiga kali median pendapatan isi rumah, iaitu bagi kumpulan pendapatan isi rumah 40 peratus terbawah dengan harga RM70,000 dan kumpulan berpendapatan sederhana pada harga RM160,000 atau pada purata harga RM130,000."
"Rumah-rumah yang dibina dengan harga yang terlalu mahal, terutamanya di kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar, sudah tentulah tidak mampu dibeli oleh rakyat berpendapatan rendah dan sederhana," katanya dipetik dari Malaysiakini
Itu kata seorang Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2014 dulu tu..
Hingga kini isu harga rumah ini kekal sebegitu, seolah-olah itu bukan satu masaalah buat pihak Kerajaan.. Kenapa?.. Kenapa?
Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan ada jawapannya.. ini setelah dia jadi BEKAS semasa dia masih jadi Menteri dia tak nampak kot?
PETALING JAYA: Kos sampingan seperti caj penyediaan tanah, caj pembangunan, premium tanah dan kos tambahan tinggi yang dikenakan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) menjadi antara faktor harga rumah termasuk yang mampu milik meningkat antara 20 ke 30 peratus.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, kos dikenakan pihak terlibat mempengaruhi kenaikan kos rumah dan menyebabkan pemaju menyerapkannya ke dalam harga pembeli.
Katanya, kerajaan negeri dan PBT harus memikirkan langkah penyelesaian terbaik membantu rakyat dengan mengurangkan beban dihadapi pemaju yang kini terbeban berikutan harga simen dan besi melonjak.
“Kerajaan dan PBT perlu melihat jangka panjang terhadap pengurangan kos sampingan kepada pemaju. Jika lebih banyak rumah dibina, maka lebih banyak kawasan perumahan dibuka yang dapat meningkatkan pembangunan bandar. Tetapi jangan sampai beri tanah yang jauh dari bandar dan tiada kemudahan pengangkutan awam, akhirnya yang terkesan adalah pembeli.
“Ada pandangan meminta kerajaan beri subsidi kos bahan binaan kepada pemaju bagi mengurangkan harga rumah. Namun langkah ini tidak menyelesaikan masalah kerana kerajaan kini dibebani pelbagai subsidi.
“Namun, cara terbaik berbanding salur subsidi adalah memberi pemaju pengurangan kos sampingan seperti penyediaan tanah, caj pembangunan, premium tanah dan kos tambahan lain. Kadang-kala kadar dikenakan terlalu tinggi dan tidak munasabah sehingga menyebabkan pemaju mengenakannya dalam harga rumah,” katanya.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan harga rumah dijangka terus meningkat sehingga 10 peratus setahun, sekali gus kemungkinan tiada lagi rumah berharga RM200,000 dan ke bawah menjelang 2025.
Perkara itu didedahkan Presiden Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM), Ishak Ismail yang memberitahu, peningkatan tersebut akan terus berlaku mengikut rentak pemulihan ekonomi selain pertambahan peluang pekerjaan yang mendorong kepada permintaan.
Dalam pada itu, Abdul Rahman memaklumkan, kemudahan tidak munasabah yang disediakan pemaju seperti gimnasium, kolam renang dan pusat rekreasi merupakan faktor pertambahan kos rumah sedangkan perkara itu bukan keperluan pembeli.
Justeru kata beliau, pemaju perlu melihat semula kewujudan kemudahan tersebut sama ada mendatangkan manfaat kepada pembeli.
Sementara itu, Abdul Rahman menambah, tidak dinafikan terdapat dasar kerajaan bahawa setiap pembangunan dan projek perumahan memperuntukkan kuota rumah mampu milik untuk golongan B40 bagi memastikan kumpulan tersebut mampu memiliki kediaman sendiri.
Sebaliknya kata beliau, terdapat pemaju mengambil kesempatan mengatakan kediaman itu tidak dapat dijual kerana kurang sambutan pembeli pendapatan rendah dan akhirnya mengambil kesempatan menjual kepada golongan kemampuan.
“Memang ada mekanisme iaitu pemaju boleh jual rumah harga mampu milik selepas tempoh enam bulan jika gagal terjual, namun ada dalam kalangan mereka mengatakan kediaman itu sudah habis sedangkannya tidak berlaku,” jelasnya.
Sehubungan itu- beliau mencadangkan kerajaan membantu menjual kediaman itu dengan mengiklankan kepada umum supaya pembeli mengetahui dengan lebih terbuka di samping menangani cubaan mengambil kesempatan dilakukan pemaju. –
UTUSAN
Anonymous said...
ReplyDeletedi Malaysia amat memalukan kerana banyak jawatankuasa Kuil Buddha atau persatuan tidak memahami ajaran Buddha(Dhamma) dan juga tidak mengamalkan peraturan Buddha seperti mana-mana ajaran, mereka hanya menjadi jawatankuasa dan menjemput paderi asing untuk menjaga kuil sahaja
contohnya, kuil Buddha SAMNAK SAMBODHI di Taman Desa Jaya, kepong, jawatankuasa di sana menggunakan sami Myanmar untuk menjaga, semua sami Myanmar datang ada gelaran Doktor tetapi satu perkataan juga tidak boleh bercakap dalam bahasa Inggeris. Juga, jawatankuasa sangat teruk kerana apabila mereka tidak menyukai mana-mana sami, mereka boleh mengeluarkan serta-merta
SAMNAK SAMBODHI adalah presiden YIP KUM FOOK, ini juga sangat memalukan kerana bermain politik di kuil dan menjadikan kuil sentiasa menjadi masalah, menjadikan Buddha rendah standard, dulu YIP KUM FOOK menipu Rm20,000.00 dari sami Myanmar (Ven. U Nandiya)
ya, jawatankuasa ini tidak malu dan takut berdosa kerana mereka menganggap kuil ini adalah jawatankuasa tertinggi daripada Sangha, KAMI tahu kuil ini daripada pengasas Sangha di Taman Ehsan dan Jalan 5 Taman Desa Jaya (berdekatan stesen Minyak BP), Kepong
perkongsian kisah realiti oleh Ah Keong, jinjang utara
sharing by Thai Buddhist Chetawan Temple(PJ)
Adakah YIP KUM FOOK memusnahkan agama Buddha? kerana dia telah menendang Bhikkhu (VEN. PHRA PIYA DHAMMO) keluar dari Kuil, kesilapan itu akan membawa dosa besar dalam ajaran Buddha, bahawa kerana perpecahan masyarakat Sangha dalam agama Buddha, pada masa hadapan dia akan menderita sepenuhnya. kehidupan, VEN. PHRA PIYA DHAMMO datang melawat KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI tetapi YIP KUM FOOK mengesyaki VEN. PHRA PIYA DHAMMO untuk mengambil alih jawatannya
ReplyDeleteSemua orang di Kepong tahu tentang YIP KUM FOOK, dia seorang yang kotor di Kepong dan dia melakukan pelbagai keburukan seperti membakar kuil Hindu di Taman Daya, kerana tempat itu dia mahu membuka kedai perabotnya dan juga menipu Rm20.000.00 dari Sami Myanmar (Ven. U Nandiya), dan banyak perkara lagi yang dia lakukan pada masa lalu
Kita rakyat Malaysia dan perlu berhati-hati dengan mereka (YIP KUM FOOK DAN KUMPULAN) kerana mereka akan muflis(kebankrapan) di Malaysia pada masa hadapan.. kerana YIP KUM FOOK mencipta segala-galanya untuk mendapatkan wang, dia tidak peduli siapa yang menderita dan apa berlaku kepada orang lain….
Shared by Jason Yap, WAT MEH LIEW THAI BUDDHIST TEMPLE, Kuala Lumpur
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!