Samsul Iskandar Ni Tak Tahu Ke Zahid Tu Ada Kes Mahkamah?

KUALA LUMPUR: Kenyataan hangat yang dikeluarkan oleh bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pada Isnin membuktikan bahawa apa yang pernah disuarakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini adalah benar.

Demikian kata Ketua Penerangan Keadilan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau berkata, kenyataan yang menyebut bahawa wujud gerakan mendapatkan tanda tangan Ahli Parlimen menyokong Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri jelas membuktikan Anwar tidak berbohong sebelum ini.

“Kenyataan Tajuddin hari ini mengabsahkan ikhtiar Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil semula mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2018.

“Kenyataan beliau hari ini juga, menjelaskan bahawa memang benar PH dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai jumlah sokongan ahli-ahli Parlimen yang mencukupi untuk merampas semula kerajaan selepas mandat rakyat dikhianati melalui langkah Sheraton.

“Justeru, ejekan sebahagian khalayak yang melantunkan kata-kata kononnya Datuk Seri Anwar berbohong apabila menyatakan bahawa beliau mempunyai sokongan yang kukuh dan meyakinkan pada 22 September 2020 telah pun terjawab dengan sendirinya,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, kenyataan dikeluarkan Tajuddin juga menzahirkan bahawa pengkhianatan dan agenda peribadi telahpun menggagalkan usaha dan ikhtiar untuk merampas semula Putrajaya.

“Sewajarnya kita sama sekali tidak boleh memberi ruang dan berkompromi kepada pimpinan yang telah dituduh dan disabitkan di Mahkamah dengan amalan rasuah dan penyelewengan yang menjijikkan.

“Mereka mesti mempunyai hari mereka di mahkamah kerana undang-undang mesti dibenarkan untuk mengambil jalannya,” jelasnya lagi lapor AstroAwani.

Bila Sam dilaporkan berkata.. “Sewajarnya kita sama sekali tidak boleh memberi ruang dan berkompromi kepada pimpinan yang telah dituduh dan disabitkan di Mahkamah dengan amalan rasuah dan penyelewengan yang menjijikkan.

Hmmm... Dia tak tahu ke yang Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tu menghadapi 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Bagi 12 pertuduhan pecah amanah, Ahmad Zahid, didakwa menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membuat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagi lapan tuduhan rasuah, Ahmad Zahid didakwa menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi membantu syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan membabitkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. YIP KUM FOOK main politik di Kuil Buddha (SAMNAK SAMBODHI), dia tolak AJK yang siapa lawan dengan dia, AJK dari pengasas YIP KUM FOOK pun tolak, YIP KUM FOOK ni hati sangat fikirannya kotor dan jahat manusia.

    YIP KUM FOOK sangat bodoh dan kurang pendidikan, kalau dia pandai, dia tak akan kacau dan menolak Ven. Phra Piya Dhammo keluar dari Kuil Buddha(SAMNAK SAMBODHI), jika dia cukup pandai, dia perlu menyemak dulu Ven. Phra Piya Dhammo ialah siapa dan dari mana?

    Anda seorang peguam dan DATUK tak boleh berfikir dalam perkara biasa, ini amat memalukan kepada Sultan Selangor yang memberi gelar Datuk kepada anda, jika Sultan Selangor tahu perkara ini, Sultan Selangor mengambil kembali gelaran itu.

    Seperti undang-undang bersekutu Malaysia mengetahui tentang anda menipu orang, mereka akan menutup pejabat peguam anda (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES, Kuala Lumpur No. 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya, Kepong, 52100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur), jika anda benar-benar belajar undang-undang, mungkin anda tidak melakukan (tak berani) membuat kejahatan seperti itu

    Shared by Koh Eng Yong…. WAT MEH LIEW THAI BUDDHIST TEMPLE

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post