Selagi Ada Sumbangan Politik, Selagi Itu Jalan Kita Berlubang-lubang..

SHAH ALAM - Isu jalan raya rosak tidak akan selesai jika peruntukan yang disalurkan bagi penyelenggaraan kemudahan itu masih mengalami ketirisan di setiap peringkat agihan tender kepada kontraktor.

Pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood, Azlan Sani Zawawi berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) disaran menguruskan sendiri pemberian tender kepada kontraktor dan menghapuskan amalan melantik syarikat konsesi seperti yang diamalkan sekarang.

“Selagi ada sumbangan politik, selagi ada pelobi di setiap peringkat dan selagi sistem penyelengaraan ini kena melalui kerenah birokrasi, maka isu jalan raya rosak ini tidak akan selesai.

“Di setiap peringkat mesti ada pihak yang buat untung atas angin. Contohnya bajet untuk buat jalan RM10 juta, tetapi hasil jalan yang dibuat nampak macam berharga RM500,000 sahaja.

“Ini kerana peruntukan itu sudah melalui banyak peringkat seperti kontraktor utama dan subkontraktor. Di peringkat ini akan ada pelobi atau pihak tidak berkepentingan mengambil untung.

“Mana peranan JKR jika pemantauan sudah diserahkan kepada pihak konsesi dan kontraktor utama," katanya.

Mengulas lanjut, ujarnya, sumbangan politik juga menjadi antara punca berlaku rasuah dalam sistem penyelenggaraan jalan raya di negara ini.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye pula berkata, ketirisan dalam sebarang projek penyelenggaraan jalan sudah lama berlaku dan masih belum dapat diselesaikan sehingga sekarang.

Menurutnya, satu jawatankuasa pemantau wajar ditubuhkan pihak berkuasa untuk memastikan tender kepada kontraktor diberi secara telus.

“Saya tidak menafikan rasuah itu berlaku. Apabila peruntukan itu telah diberikan kepada kontraktor, pihak berkuasa mesti mempunyai jawatankuasa untuk memantau setiap kontraktor.

“Jawatankuasa pemantau ini seharusnya meneliti pemberian tender itu dan meneliti kualiti kerja setiap kontraktor agar mereka tidak menggunakan bahan yang murah atau tidak sesuai.

“Apabila kontraktor menggunakan bahan murah dan tidak berkualiti, ia menyebabkan jalan raya yang dibina tidak tahan lama sekali gus menyebabkan pelbagai masalah seperti jalan berlubang dan berbahaya kepada pengguna,” katanya.

Mengulas lanjut, Lam Thye menggesa semua kerajaan negeri mengumumkan peruntukan penyelenggaraan jalan yang diluluskan dalam bajet negeri setiap tahun.

Beliau berkata, rakyat perlu tahu peruntukan yang disediakan setiap tahun dan wang tersebut digunakan pada tempat yang sepatutnya.

CUACA JUGA PUNCA

Dalam pada itu, masalah cuaca seperti hujan dan suhu tinggi merupakan antara punca jalan raya mudah rosak sehingga mengundang kemalangan.

Pakar Keselamatan Jalan Raya, Profesor Madya Dr Law Teik Hua berkata, terdapat sesetengah bahan pembinaan jalan raya yang tidak sesuai digunakan di negara ini khususnya di kawasan yang selalu hujan.

“Semasa hujan, air boleh menyerap masuk melalui celah di antara agregat dan asfalt serta bertindak di bawah tekanan tayar. Akibatnya, bitumen menjadi lebih rapuh, retak dan seterusnya membawa kepada jangka hayat turapan yang lebih pendek.

“Sebab itu mungkin ada sesetengah bahan pembinaan jalan yang kurang sesuai digunakan di tempat yang selalu hujan.

“Ini kerana negara kita banyak hujan berbanding dengan negara lain. Ketika saya pergi London dahulu, dalam setahun pun tak banyak sangat hujan berbanding negara kita,” katanya.

Mengulas lanjut, Teik Hua berkata, punca lain ialah masalah pengurusan penguat kuasa yang tidak sistematik.

“Pihak JKR sudah pasti ada satu sistem pengurusan penurapan yang mereka gunakan sebagai panduan untuk tahu berapa kali perlu mereka melakukan penyelenggaraan jalan.

“Tetapi jika sistem pengurusan mereka berkesan, kenapa jalan masih berlubang? Mereka mesti melihat semula sistem pengurusan mereka sama ada ia terkini atau tidak,” ujarnya.

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Adakah YIP KUM FOOK memusnahkan agama Buddha? kerana dia telah menendang Bhikkhu (VEN. PHRA PIYA DHAMMO) keluar dari Kuil, kesilapan itu akan membawa dosa besar dalam ajaran Buddha, bahawa kerana perpecahan masyarakat Sangha dalam agama Buddha, pada masa hadapan dia akan menderita sepenuhnya. kehidupan, VEN. PHRA PIYA DHAMMO datang melawat KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI tetapi YIP KUM FOOK mengesyaki VEN. PHRA PIYA DHAMMO untuk mengambil alih jawatannya

    Semua orang di Kepong tahu tentang YIP KUM FOOK, dia seorang yang kotor di Kepong dan dia melakukan pelbagai keburukan seperti membakar kuil Hindu di Taman Daya, kerana tempat itu dia mahu membuka kedai perabotnya dan juga menipu Rm20.000.00 dari Sami Myanmar (Ven. U Nandiya), dan banyak perkara lagi yang dia lakukan pada masa lalu

    Kita rakyat Malaysia dan perlu berhati-hati dengan mereka (YIP KUM FOOK DAN KUMPULAN) kerana mereka akan muflis(kebankrapan) di Malaysia pada masa hadapan.. kerana YIP KUM FOOK mencipta segala-galanya untuk mendapatkan wang, dia tidak peduli siapa yang menderita dan apa berlaku kepada orang lain….

    Shared by Jason Yap, WAT MEH LIEW THAI BUDDHIST TEMPLE, Kuala Lumpur

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post