Selesaikah Masalah Bekalan, Bila Kerajaan Naikkan Harga Ayam?

Kerajaan semalam telah memutuskan untuk tidak mengapungkan harga ayam tetapi meneruskan subsidi dengan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia mulai Jumaat ini.

Sebelum ini, kerajaan menetapkan harga maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia bagi ayam bulat standard adalah pada RM8.90 sekilogram dan ayam bulat super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) pada RM9.90 sekilogram.

Mesyuarat Jemaah Menteri semalam juga bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji; gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia.

Harga maksimum telur ayam gred A sebelum ini ditetapkan pada 43 sen sebiji, telur ayam gred B pada 41 sen sebiji dan telur ayam gred C pada 39 sen sebiji.

Itu satu kejayaan buat Penternak-penternak Ayam yang telah mendesak agar harga Ayam dinaikkan sebelum ini..

Rentetan dari desakan itu Kerajaan mengambil tindakan drastik dengan dengan menghentikan eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan mulai 1 Jun kononnya bagi mengatasi isu bekalan ayam dan kenaikan harganya.

Malangnya tindakan tersebut langsung tidak memberi kesan yang besar kepada penternak kerana bekalan ayam di pasaran tempatan masih mendapat permintaan yang tinggi.

Menurut Jurucakap Persatuan Penternak Ayam Pahang seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia pada 31 Mei lalu, tidak logik untuk mengekalkan harga siling RM8.90 dibandingkan peningkatan harga makanan lain sejak kebelakangan ini.

“Tahun 2000, ayam sekilogram RM5.60, harga ikan kembung RM6 sekilo. Sekarang ikan kembung RM20 sekilogram, memang tak logik perbezaan harga ini, Malaysia antara harga ayam paling murah.

“Harga ayam wajar dinaikkan di samping kerajaan menentukan harga dedak dan beri subsidi kepada penternak kerana tiada siapa mahu membela ayam, majoriti orang lama yang mempunyai hutang bank kekal dalam industri ini,” katanya.

Menurut beliau lagi “Pengeluaran ayam negara sebelum pandemik adalah sebanyak 4 juta ekor sehari. Setelah pelbagai liku yang kami hadapi, kami masih perlukan masa lagi untuk mencapai tahap pengeluaran seperti dahulu.

"Untuk mendapatkan jumlah pengeluaran ayam seperti dahulu, mereka memerlukan masa yang panjang bagi menstabilkan keadaan di ladang" tambahnya lagi.

Jelas disitu dinyatakan jumlah pengeluaran ayam tidak stabil dan mereka perlukan masa untuk stabilkan pengeluaran.

Atau boleh juga disifatkan sebagai 'Permintaan melebihi pengeluaran' buat masa ini.. jadi inilah asas masaalah yang kerajaan perlu atasi buat masa ini, bukannya menaikkan harga ayam..

Letaklah harga siling setinggi mana sekalipun selagi Permintaan melebihi pengeluaran kenaikkan harga pasti akan berlaku..

Jadi.. Aku juga setuju dengan apa yang Pengarah Urusan Pasaraya Besar Mydin ni kata..

PETALING JAYA: Ahli perniagaan terkemuka Ameer Ali Mydin menyindir harga siling ayam yang baru diumumkan hari ini dan berkata, ia tidak membawa sebarang perbezaan memandangkan masalah dalam rantaian bekalan masih berlaku.

Semalam, kerajaan mengumumkan harga siling baharu ayam, dengan harga dihadkan pada RM9.40 sekilogram mulai Jumaat. Pada masa ini, ayam keseluruhan standard dihadkan pada RM8.90 sekilogram.

Ameer, yang merupakan Pengarah Urusan Pasaraya Besar Mydin berkata, kerajaan mesti mengutamakan bekalan ayam di pasaran berbanding harga.

“Dengan harga siling baharu, mustahil bekalan ayam di pasaran bertambah baik.

“Keadaan tidak akan berubah dengan harga siling baharu selagi kita terus mengalami kekurangan bekalan,” katanya kepada FMT.

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. The committee of the SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, the committee (YIP KUM FOOK) is red-eyed and jealous when they saw the monks have money, they planned to take money from the monks, who lived there would suffer and be dissatisfied. This is true at the Taman Desa Jaya Buddhist Temple

    their temple committee members have felt nothing, so many people complain about the internet, they also like to know nothing, you must know Buddhists not only in Taman Desa Jaya and Buddhists all over the world have believed and practiced Buddha Dhamma, Our Buddha is not enforcing you to believe his teaching understand!

    Don’t destroy the Dhamma and destroy the Sangha in Buddhism because we know you all are not interested in Buddhist teachings, you destroy the Sangha and you are not a Buddhist practice, you have to raise money from people’s donations only

    Who are kicked monks out from Temple or who related kicked monks, that people will heavy karma in their life in this life and next life, also your family generation life unstable in forever. If you are going somewhere, the others will kick you out from society, this is results of karma

    We know this YIP KUM FOOK well and we are known YIP KUM FOOK from him is a furniture shop business and truck driver to deliver furniture in Desa Jaya, Kepong, run an MCA party in Taman Daya, Kepong but you are in business, we are proud to be happy with you but not interfering with any religion

    We are writing this message over the internet because we want to warn you not to commit crimes against Buddhists (Sangha) anymore, you are the Datuk, the lawyer, the president of any society, we don’t care, thank you very much.

    Sharing by people in Taman Desa Jaya, Kepong and we are love Buddhist teaching

    ReplyDelete
  2. KARPAL SINGH (Lawyer, DAP) AND YIP KUM FOOK (Lawyer, MCA Gombak Chairman) ARE DIFFERENCES IN LIFE
    Karpal studied at St. Xavier's Institution and received his Bachelor of Laws from the National University of Singapore, where he was president of the student union. He was barred from his hostel for protesting the university's decision to mandate certificates of political suitability for incoming students.

    Karpal said he TOOK SEVEN YEARS TO GRADUATE, admitting that he was "playful" and "didn't attend lectures”. After failing his final-year courses, the dean made him sit at the front of his classes; according to Karpal, "I couldn't play the fool anymore and I passed my exams accordingly!

    Datuk YIP KUM FOOK is also a lawyer but he has a different lifestyle, we have many lawyer friends, and they are very kind and compassionate people, this YIP KUM FOOK (lawyer) to suck people's money only

    Many people don’t know about YIP KUM FOOK where, or at which university did he get a degree in law? we are too suspicious of him because he is cheating people everywhere and please be careful with him

    YIP KUM FOOK is also the president of the SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST ASSOCIATION and he is also a Datuk ship or Datuk title of the Sultan of Selangor

    Sharing by Lai, Kepong Hulu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post