Hebat Negara Kita, Urus Jenazah Pun Ada Kartel..

SHAH ALAM - Tiga petugas kesihatan di sebuah hospital di Selangor masing-masing direman lima hari bermula Selasa bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berjumlah antara RM1,000 dan RM5,000 bagi kerja-kerja berkaitan pengurusan jenazah.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Muhammad Syafiq Sulaman selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan dua pembantu kesihatan dan seorang penolong pegawai perubatan itu sehingga 4 Jun depan.

Ketiga-tiga lelaki yang berusia antara 35 hingga 38 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 bagi kesalahan meminta dan menerima rasuah.

Mereka dikatakan telah meminta dan menerima wang suapan daripada individu tertentu sebagai balasan untuk pihak berkenaan terus mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah bagi tempoh 2018 hingga 2021.

Menurut sumber, kesemua lelaki itu ditahan pada jam 6 petang Isnin di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Pada 27 Mei lepas, dua pembantu kesihatan masing-masing berusia 40 dan 42 tahun direman lima hari oleh SPRM bagi membantu siasatan kes sama lapor Sinar Harian

Sebelum ini dalam satu laporan khas oleh Sinar Premium telah didedahkan kewujudan kartel ini..



SHAH ALAM - Ada yang menggelar kumpulan ini sebagai ‘kartel urus jenazah’ malah, ada juga yang memanggil mereka sindiket.

Walau apa pun panggilan mereka, kumpulan pengurusan jenazah ini sanggup mengamalkan rasuah dengan menawarkan sehingga RM300 bagi setiap jenazah kepada petugas di hospital terutamanya hospital kerajaan di seluruh negara.

‘Perebutan’ untuk mendapatkan jenazah sehingga ada yang sanggup memberi rasuah atau duit kopi kepada kakitangan rumah mayat kerana berdasarkan penyiasatan sukarelawan berkaitan pengurusan jenazah.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Sukarelawan VCEE Malaysia, Wan Hilmi Wan Mohd Nor berkata, modus operandi kumpulan berkenaan mudah, petugas di rumah mayat akan menghubungi mereka terlebih dahulu untuk memaklumkan mengenai ada jenazah baharu.

Katanya, selepas itu kumpulan pengurusan jenazah akan meminta maklumat serta nombor telefon keluarga si mati dan membuat waris keliru mengenai caj pengurusan.

Berdasarkan siasatan pihaknya, sindiket itu wujud di seluruh negara dan memperoleh pulangan puluhan ribu ringgit sehari.

“Sewaktu pandemik dulu banyak mayat, kumpulan sindiket boleh dapat sampai RM20,000 hingga RM30,000 sehari berikutan mereka urus 20 hingga 30 mayat sehari.

“Sekarang mungkin berkurang, tetapi sindiket tetap aktif kerana habuan tinggi,” katanya kepada Rasuah Busters baru-baru ini.

Kata Wan Hilmi, kegiatan mengenakan caj tinggi kepada waris dan merasuah kakitangan hospital terbongkar kerana banyak kali permintaan Sukarelawan VCEE yang memberikan perkhidmatan percuma atau caj minimum ditolak oleh kakitangan hospital.

“Beberapa buah hospital yang kami pergi, VCEE tidak dibenarkan masuk membantu urus jenazah. Alasannya sudah ada ‘yang hendak masuk’ uruskan jenazah,” kata yang mempersoalkan bagaimana sindiket boleh mendapat telefon waris dengan cepat.

Katanya, untuk jenazah Covid-19 sebagai contoh sindiket akan mengenakan caj tayamum sehingga RM750 tetapi tidak pula memaklumkan perkara itu kepada waris pada masa tersebut.

“Sedangkan caj tayamum hanya RM15 dan pegawai yang mengurus mayat Covid-19 sudah dibayar gaji oleh Jabatan Agama Islam.

“Ada sindiket yang caj pengurusan sebanyak RM1,500 sehingga RM1,700,” jelasnya.

Katanya, kegiatan sindiket pengurusan jenazah sehingga sanggup memberi rasuah sudah mendapat perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuat beberapa siri tangkapan.

Pada 7 Oktober 2021, lima kakitangan sebuah hospital direman lima hari selepas disyaki meminta dan menerima suapan daripada ejen sebagai balasan mendapatkan kerja pengurusan jenazah di hospital itu.

Dilaporkan, kegiatan meminta suapan itu dilakukan sejak Ogos 2019 hingga Ogos 2021 berjumlah lebih RM20,000.

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Padah bila RASUAH dibiar merebak dan berleluasa kerana nak mengekalkan kerajaan melayu islam, walau pun terbukti korup. Ini pun belum kemuncak

    ReplyDelete
  2. Myanmar devotees say about the committee members of SAMNAK SAMBODHI (YIP KUM FOOK as president) are very stupid and have no Buddhist teachings at all, because they do not know how to manage the Temple

    The temple committee is waiting for donations from the devotees only, they don't know anything, the Myanmar devotees also said and were very sad when it happened like in a Buddhist temple, added that we monks lived there like cows because last time we were a monk (VEN. U NANDIYA) living there, the president YIP KUM FOOK took his donation of about RM20,000.00

    Myanmar devotees said about the committees in front of our monks, looked like a kind person and they were some very good committees but behind the ghost idea, we monks were very scared but we monks came to Malaysia for training only, our monks don’t care what the committees did.

    We are Malaysians and we know about YIP KUM FOOK well because this YIP KUM FOOK is a big ghost in Malaysia, this YIP KUM FOOK can do everything to get money, he is not shy and does not listen to people’s gossip, but one day he will taste what he ate

    If anyone likes to know and understand about YIP KUM FOOK, please go research on GOOGLE, thank you very much

    Sharing by Ong, Kuala Lumpur

    ReplyDelete
  3. Please see this YIP KUM FOOK cheated amounting to RM20,000.00, it belongs to VEN. U NANDIYA. Fundraising donation by Myanmar Devotees to buy large Buddhist marble for SAMNAK SAMBODHI in 2000 that Buddha Marble from Myanmar

    Information and signature in blogspot.com by YIP KUM FOOK and please be aware of the issue as all contributions to Buddhist teachings:

    https://committeesamnaksambodhi1.blogspot.com/2019/01/

    SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE at Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur. YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) is president, Secretary (YAP LEONG LAN) and Treasurer (NG GOOT MEE)

    ReplyDelete
  4. everything about YIP KUM FOOK who is a lawyer in Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, that we want to send a letter to the Sultan of Selangor about giving the title of Datuk to the wrong person like YIP KUM FOOK, because this person is very evil in Kepong, he disturbs the monks and deceives the Myanmar monk’s money and etc.

    we NGO need to remove this guy from the community because this guy is in the community so bad name if anyone doesn't trust us and anyone can ask someone in Kepong, they will answer for you

    who is close friends with him, soon a problem arises because this man eats friends and cheating friends, YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) thinks only about money, that he had a lot of money but his character could not change what had been done badly in the past

    sharing by ah foo, Klang

    ReplyDelete
  5. we are a Buddhist sangha community in Penang and we need to inform all Sangha in Malaysia and abroad because the last time our monks went to visit SAMNAK SAMBODHI, Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur and we monks were kicked out by the Temple president

    we are a monk in Ven. Phra Piya Dhammo was a retired Singapore CID police officer, later he became a monk in Mahindarama, Penang. He practiced under Chief monks, Dr. Ven E Indaratana Maha Thero, Mahindarama Buddhist Temple, Penang, for five years, after which he travelled for Dhamma everywhere in Malaysia

    Ven. Phra Piya Dhammo said, he was very happy and peaceful to stay temporarily in SAMNAK SAMBODHI as it was associated with the higher knowledge and education of the monks, our Bhante said all the monks were very moral and kind like brothers.

    On one occasion, YIP KUM FOOK realized and got angry at our Bhante because this YIP KUM FOOK is the president of SAMNAK SAMBODHI and has the power to get rid of anyone in the Temple but our Bhante did not do anything wrong, also this president called the police, and his thugs to drive away(kick) we monk out of the Temple

    we saved and protected our Buddhist sangha from danger and bullying from someone, you (Bhante), you are not alone, we come to help you

    Forward by BUDDHIST SANGHA COMMUNITY IN PENANG

    Sharing by Kek Lok Si Temple, Penang

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post