Waaa.. Ramainya Ahli UMNO Nak Kencing Atas Kubur Zahid ...


KUALA LUMPUR: Tidak ubah seperti ucapan pada Perhimpunan Agung UMNO, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi `menceritakan’ pengorbanan yang dilakukannya demi UMNO dan Barisan Nasional (BN) sejak awal penglibatannya dalam politik.

Ahmad Zahid turut mengulangi pertemuan kontroversinya dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas bekas Presiden UMNO itu dilantik semula sebagai Perdana Menteri itu ketika memberi keterangan bela diri di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

“Dr. Mahathir minta saya bubarkan UMNO dan minta semua ahli UMNO sertai PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) atas nama Melayu. Dr. Mahathir suruh lupakan UMNO yang dah terlalu kotor dan meminta saya untuk menyertai PPBM.

“Saya menolak untuk bubarkan UMNO. Saya katakan padanya (Dr. Mahathir), ditakdirkan saya sertai PPBM selepas diberi kepercayaan menjalankan tugas-tugas sebagai Presiden dan esoknya saya mati, kubur saya akan banjir,” kata Ahmad Zahid.

Disoal oleh peguam belanya, Datuk Ahmad Zaidi Zainal kenapa kuburnya akan banjir, Ahmad Zahid menjawab: “ada 3.8 juta ahli UMNO akan datang ke kubur saya dan kencing atas kubur saya sebab tu akan banjir”.

Terdahulu, menceritakan mengenai hubungannya dengan Dr. Mahathir, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengatakan Ahli Parlimen Langkawi itu dendam dan mencemburuinya.

Ujarnya, ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), beliau telah ditemui oleh seorang berpangkat Pengarah Cawangan Khas (PCK) yang memintanya untuk menulis surat dan meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

“PCK minta saya tulis dengan tulisan tangan dan tulis saya dengan rela hati letak jawatan bagi menyelamatkan Pemuda UMNO daripada pelbagai tohmahan. Surat itu kemudian dihantar kepada Presiden UMNO ketika itu iaitu Dr. Mahathir.

“Pada pukul 2 pagi, PCK datang semula dan memberitahu saya Dr. Mahathir menerima surat perletakkan jawatan itu tetapi PCK beritahu Dr. Mahathir minta saya tulis satu lagi surat yang menyatakan saya letak jawatan dengan rela hati tanpa sebarang paksaan atau tekanan. Saya tulis surat (kedua) itu mengikut ayat yang diberikan oleh PCK. Selepas saya menghantar surat itu, saya telah dibebaskan daripada tahanan ISA.

“Hakikatnya rasa dendam dan marah datang lebih lama. Dendam dan kecemburuannya dalam politik lebih buruk daripada cemburu di antara suami isteri. Saya tak berniat untuk burukkan individu yang dianggap negarawan dan tokoh negara tetapi saya nak mengatakan yang benar. Biarlah saya simpan apa yang dilakukannya,” kata Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid dikenakan tahanan ISA pada September 1998 selepas menyertai perhimpunan haram yang mencetuskan rusuhan dan kekacauan di ibu negara selepas pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahmad Zahid memberikan keterangan berikut ketika menjawab soalan tambahan peguamnya ketika membela diri atas 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung petang ini. – UTUSAN

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. YIP KUM FOOK main politik di Kuil Buddha (SAMNAK SAMBODHI), dia tolak AJK yang siapa lawan dengan dia, AJK dari pengasas YIP KUM FOOK pun tolak, YIP KUM FOOK ni hati sangat fikirannya kotor dan jahat manusia.

    YIP KUM FOOK sangat bodoh dan kurang pendidikan, kalau dia pandai, dia tak akan kacau dan menolak Ven. Phra Piya Dhammo keluar dari Kuil Buddha(SAMNAK SAMBODHI), jika dia cukup pandai, dia perlu menyemak dulu Ven. Phra Piya Dhammo ialah siapa dan dari mana?

    Anda seorang peguam dan DATUK tak boleh berfikir dalam perkara biasa, ini amat memalukan kepada Sultan Selangor yang memberi gelar Datuk kepada anda, jika Sultan Selangor tahu perkara ini, Sultan Selangor mengambil kembali gelaran itu.

    Seperti undang-undang bersekutu Malaysia mengetahui tentang anda menipu orang, mereka akan menutup pejabat peguam anda (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES, Kuala Lumpur No. 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya, Kepong, 52100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur), jika anda benar-benar belajar undang-undang, mungkin anda tidak melakukan (tak berani) membuat kejahatan seperti itu

    Shared by Koh Eng Yong…. WAT MEH LIEW THAI BUDDHIST TEMPLE

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post