Ismail Akan Diangkat Sebagai Presiden UMNO?

Pemimpin veteran Umno Mohamed Nazri Aziz percaya Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan diangkat sebagai presiden parti itu sekiranya pemilihan parti berlangsung pada penghujung tahun ini.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, perkara itu tidak mustahil berlaku memandangkan lipatan sejarah Umno menyaksikan mana-mana individu yang dilantik sebagai timbalan perdana menteri kemudiaannya akan disokong menjadi timbalan presiden pada pemilihan parti.

Dan kini, katanya, Ismail bukannya pada jawatan timbalan perdana menteri sebaliknya seorang perdana menteri.

"Secara logiknya, jika kita ada pemilihan parti tahun ini. Dia sepatutnya menjadi presiden parti.

“Maksud saya presiden parti tidak semestinya menjadi perdana menteri dalam keadaan sekarang kerana kita perlu mendapat sokongan daripada gabungan kita.

"Contohnya seperti Zahid hari ini. Dia presiden. Kenapa dia bukan perdana menteri? Atas sebab yang jelas, dia ada kes di mahkamah," katanya dalam satu forum bersama Institut Yusof Ishak di Singapura hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan media sama ada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi boleh dikalahkan sekiranya pemilihan parti itu diadakan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, beberapa ahli Umno mendesak parti itu mempercepatkan proses pemilihan parti bukannya menuntut Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan segera.

Langkah mempercepatkan PRU15 dilihat penganalisis sebagai langkah untuk menyelamatkan beberapa pemimpin Umno yang terpalit kes rasuah di mahkamah seperti Zahid dan Najib Razak.

Menurut Nazri, sekiranya Umno masih memilih Zahid sebagai presiden sekiranya pemilihan diadakan, keadaan tidak akan berubah kerana beliau tidak boleh dilantik sebagai perdana menteri.

Jun lalu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mengumumkan parti itu menangguhkan pemilihannya di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) selama 18 bulan.

Sebulan sebelum itu, Umno meminda perlembagaan bagi membolehkan pemilihan parti diadakan enam bulan selepas PRU15.

Mengulas lanjut, kata Nazri apa yang difahami melalui pindaan tersebut bermakna parti perlu memilih presiden dan delegasi yang baru, bukannya menambah tempoh 18 bulan kepada jawatan presiden yang disandang oleh Zahid.

Ketika ditanya apakah akan berlaku sekiranya pemilihan Umno masih berpihak kepada pemimpin-pemimpin kluster mahkamah, Nazri menegaskan ianya terpulang kepada undi rahsia yang diberikan oleh para perwakilan.

Katanya, ahli-ahli Umno jarang sekali untuk bersuara tetapi mereka akan me gunakan saluran undi yang rahsia sebagai tempat untuk menunjukkan suara hati masing-masing terhadap kepimpinan parti.

"Mereka tidak suka bersuara. Apabila undi adalah rahsia, saya fikir mereka akan melakukan perkara yang betul.

"Mereka tidak perlu berkata apa-apa. Mereka hanya mengundi. Itu sahaja." .. lapor MalaysiaNow

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Anonymous9/26/2012 8:08 AM
    Kepada Saudara-saudara dan Saudari-saudari yang hormati sekian,
    Bahawa saya, peguam Yip Jiun Hann, Pemuda MCA Gombak seorang anak Yip Kum Fook ingin bertanya mengapa orang ramai begitu dengki bapa saya beristeri lebih dari tiga? Ini sebuah Negeri demokrasi, dia mahu sepuluh isteri pun hak dia sendiri, sekiranya dia bolih bertanggujawab.

    Demi Islam pun bolih berkahwin lebih daripada empat perempuan. Saya harap orang ramai berfaham dan jangan bodoh.

    Kalau semua mahu cabar demokrasi dan hak asasi, orang ramai bolih bertanya pada YB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak and Pengurusi MCA Malaysia Datuk Dr. Chua Soi Lek, kerana memperbuatan mereka sama dengan bapa saya.

    Yang benar

    Pemuda MCA Gombak
    Sdr. Yip Jiun Hann

    http://margeemar.blogspot.com/2012/06/malaysia-between-les-majeste-treason.html

    REPLY:

    Anon 19:31 @Yip Jiun Hann. saya pekenal saya diri sendiri nama seorang lawyer jugak Marapoo a/l Tanyasapa. Ini orang Malaysia juga ada busybody takdak mau respeck sama demokrasi dak hak-hak kemanusiaan. Saya punya appa juga ada kawin 9 kali estet juga buat. Itu saya punya appa kasi bilang ini Malaysia duduk banyak freedom apa..India, Cina , Malayu juga boleh kasi kawin.Tapi itu Islam kasi kawin Ampat saja Mr.Yip, takda kasi lebih. Tuhan Alah cakap dalam Kitab Kuran kasi kawin satoo,duaa,tigaa, ampaaat. Tapi itu jam kaloo takda bole kontrol mari, angkat satoo jugak Mr Yip. You itu jam angkat Loyer mana ounya tempat?? Univesiti TonSan mana?? Mr.Yip itu main belakang mari pun sini undang2 Malaysia takda kasi macam isteri juga. Itu main banyak2 belakang nanti tabley kira macam you punya bapak loo. Ayoo yoo dey

    http://medantempurkedah.blogspot.com/2012/07/kebodohan-suara-keadilan-persoal-kenapa.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post