Kak Wan Menangis Lagi...

Malaysiakini melaporkan Pengerusi Majlis Penasihat PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pagi ini menyampaikan ucapan kongres wanita dengan tangisan air mata apabila menyentuh konflik dalaman parti yang melibatkan musuh dalam selimut.

Beliau juga dilaporkan oleh FMT telah mempersilakan mana-mana ahli parti yang merasakan tidak lagi serasi dengan perjuangan parti supaya meninggalkan parti dan bukannya bertindak menjadi musuh dalam selimut untuk menghancurkan parti yang telah dibina sejak sekian lama.

Beliau berkata, ahli parti yang kecewa termasuk selepas tewas pada pemilihan supaya tidak bertindak merosakkan dan menyerang parti dari dalam, sebaliknya kembali kuatkan parti dan tidak bermusuh sesama sendiri.

Wan Azizah turut mengimbas kembali kesetiaan anggota PKR ketika dilanda krisis, selepas bekas timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali bersama 10 ahli Parlimen lain bertindak meninggalkan parti melalui Langkah Sheraton sehingga menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang selepas 22 bulan memerintah.

“Saya biasa kalah tetapi tak bermaksud saya memusuhi (lawan). Semua ahli keluarga. Pemilihan sudah berakhir, inilah masanya untuk kita kembali merangkul kekuatan dan terus konsisten dengan perjuangan asal kita.

“Kita tak bermusuh. Kita parti yang sama. Kalau nak tinggalkan…pergilah tetapi jangan jadi musuh dalam selimut, api dalam sekam. Jangan hancurkan apa yang kita bina sama-sama.

“Dalam tempoh 23 tahun ini tidak sedikit daya juang dan kesetiaan kita pada parti telah tergugat. Dengan pelbagai mihnah, tohmah, kemelut, perpecahan dan tiada disiplin pada keputusan. Cukup rencam serta memberi kesan kepada kestabilan organisasi. Tapi ini bukan baru. Timbalan pertama pun (Azmin) tinggalkan kita, jangan lupa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kongres Nasional Wanita PKR di Pusat Konvensyen (IDCC), Shah Alam, hari ini.

Wan Azizah dipercayai merujuk tindakan Azmin yang bertindak meninggalkan PKR melalui Langkah Sheraton hingga mengakibatkan kerajaan PH tumbang.

Menyifatkan Kongres Nasional 2022 kali ini sebagai suatu yang penting, Wan Azizah turut berharap semua anggota parti bersatu menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang dikira cukup mencabar.

“Kita telah melalui proses pemilihan parti yang tidak sedikit mencalarkan nama parti dan menguji persaudaraan kita ketika bertembung semasa berkempen dan membuat pilihan memilih pemimpin parti dalam semarak pesta demokrasi.

“Dalam mana-mana pertandingan akan ada yang menang dan akan ada yang kalah. Itu perkara biasa. Tetapi, kita harus ingat kepada adab sebagai seorang kawan dan lawan, adab akhlak dan kesopanan, nilai integriti dan maruah.

“Saya mahu kita terus kukuh dan terus berganding bahu dalam merangka bukan sahaja keluarga besar PKR tetapi juga keluarga majmuk PKR walaupun kita sedang berhadapan dengan politik taufan dan krisis kepimpinan negara,” katanya.

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Anonymous9/26/2012 8:08 AM
    Kepada Saudara-saudara dan Saudari-saudari yang hormati sekian,
    Bahawa saya, peguam Yip Jiun Hann, Pemuda MCA Gombak seorang anak Yip Kum Fook ingin bertanya mengapa orang ramai begitu dengki bapa saya beristeri lebih dari tiga? Ini sebuah Negeri demokrasi, dia mahu sepuluh isteri pun hak dia sendiri, sekiranya dia bolih bertanggujawab.

    Demi Islam pun bolih berkahwin lebih daripada empat perempuan. Saya harap orang ramai berfaham dan jangan bodoh.

    Kalau semua mahu cabar demokrasi dan hak asasi, orang ramai bolih bertanya pada YB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak and Pengurusi MCA Malaysia Datuk Dr. Chua Soi Lek, kerana memperbuatan mereka sama dengan bapa saya.

    Yang benar

    Pemuda MCA Gombak
    Sdr. Yip Jiun Hann

    http://margeemar.blogspot.com/2012/06/malaysia-between-les-majeste-treason.html

    REPLY:

    Anon 19:31 @Yip Jiun Hann. saya pekenal saya diri sendiri nama seorang lawyer jugak Marapoo a/l Tanyasapa. Ini orang Malaysia juga ada busybody takdak mau respeck sama demokrasi dak hak-hak kemanusiaan. Saya punya appa juga ada kawin 9 kali estet juga buat. Itu saya punya appa kasi bilang ini Malaysia duduk banyak freedom apa..India, Cina , Malayu juga boleh kasi kawin.Tapi itu Islam kasi kawin Ampat saja Mr.Yip, takda kasi lebih. Tuhan Alah cakap dalam Kitab Kuran kasi kawin satoo,duaa,tigaa, ampaaat. Tapi itu jam kaloo takda bole kontrol mari, angkat satoo jugak Mr Yip. You itu jam angkat Loyer mana ounya tempat?? Univesiti TonSan mana?? Mr.Yip itu main belakang mari pun sini undang2 Malaysia takda kasi macam isteri juga. Itu main banyak2 belakang nanti tabley kira macam you punya bapak loo. Ayoo yoo dey

    http://medantempurkedah.blogspot.com/2012/07/kebodohan-suara-keadilan-persoal-kenapa.html

    ReplyDelete
  2. Menangis diperbodohkan oleh atok.
    Konon nak kudakan atok tapi atok kudakan balik sehingga impian terkubur.
    Skrg berharap kpd sotong sebagai org kanan suami yg 'ikhlas' tidak mahu diberi jawatan menteri jika berjaya ke putrajaya.
    Sebagai manusia munafik dan kaki kencing mana berani memegang apa2 jawatan kerana takut dilambung ombak angkara hebatnya kelentong formula songsangnya. Cakap jer penakut dan jangan menipu.Setakat mengadu domba dan memfitnah utk mencari sokongan memang hebat. Belum tentu berupaya jika berada ditempat yg dikecam. Itulah sotong peliharaan kakwan.
    Semoga sotong mampu menghentikan tangisan sandiwara kakwan sejak suaminya gagal menggapai impian.
    Utk kesekian kalinya....tanpa atok...ph tak akan mampu menang pru14. Apatah lagi dgn kembalinya sotong yg nnyata formulanya dah jelas songsang selama ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post