“Langsung Tak Benar Apa Nuar Kata" - Najib

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau pernah meminta Ketua Pembangkang itu menggugurkan kes mahkamah sekiranya mahu disokong menjadi Perdana Menteri.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Pekan itu turut menegaskan beliau sama sekali tidak pernah meminta mana-mana pihak untuk menggugurkan kesnya di mahkamah melalui pengaruh politik.

“Langsung tak benar apa Nuar (Anwar) kata. Saya tak pernah minta sesiapa untuk gugurkan kes saya melalui pengaruh politik. Saya adalah orang parti dan saya akan sentiasa taat kepada keputusan parti,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya pada Jumaat.

Pada Khamis, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson mendedahkan, Najib pernah memberi surat akuan bersumpah (SD) untuk menyokong beliau menjadi Perdana Menteri, namun dengan syarat kes mahkamah mensabitkan bekas Perdana Menteri itu tidak diteruskan.

Bagaimanapun, beliau enggan menuruti kehendak Najib dan membayangkan ia sebagai punca beliau gagal mendapat sokongan mencukupi untuk diperkenan menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas lanjut Najib dalam hantarannya itu juga melahirkan kecurigaannya terhadap dakwaan Anwar yang mana memberitahu beliau mempunyai sokongan ahli Parlimen yang mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, jika Anwar mempunyai sokongan majoriti, sudah tentu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantik beliau memegang jawatan tersebut.

“Tapi saya pelik. Sekiranya apa yang Anwar kata adalah benar bahawa dia ada sokongan 120 ahli Parlimen, kenapa pula Istana Negara tidak lantik dia jadi PM? lapor Sinar Harian

Pada November dua tahun lalu, pembangkang tiada sokongan cukup untuk mengadakan undian belah bahagi terhadap Belanjawan 2021 di peringkat dasar. Ketika itu, undian belah bahagi dikatakan akan menguji sokongan di Dewan Rakyat kepada perdana menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin.

Sebelum itu pada Oktober, Anwar mendakwa mempunyai sokongan secukupnya dalam bentuk SD untuk menubuhkan kerajaan baharu.

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ble ikan senohong bagi komen..
    Dngo boleh, pecaya tk la kot..

    ReplyDelete
  2. KARPAL SINGH (Lawyer, DAP) AND YIP KUM FOOK (Lawyer, MCA Gombak Chairman) ARE DIFFERENCES IN LIFE
    Karpal studied at St. Xavier's Institution and received his Bachelor of Laws from the National University of Singapore, where he was president of the student union. He was barred from his hostel for protesting the university's decision to mandate certificates of political suitability for incoming students.

    Karpal said he TOOK SEVEN YEARS TO GRADUATE, admitting that he was "playful" and "didn't attend lectures”. After failing his final-year courses, the dean made him sit at the front of his classes; according to Karpal, "I couldn't play the fool anymore and I passed my exams accordingly!

    Datuk YIP KUM FOOK is also a lawyer but he has a different lifestyle, we have many lawyer friends, and they are very kind and compassionate people, this YIP KUM FOOK (lawyer) to suck people's money only

    Many people don’t know about YIP KUM FOOK where, or at which university did he get a degree in law? we are too suspicious of him because he is cheating people everywhere and please be careful with him

    YIP KUM FOOK is also the president of the SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST ASSOCIATION and he is also a Datuk ship or Datuk title of the Sultan of Selangor

    Sharing by Lai, Kepong Hulu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post