Najib Mungkin Dapat Pengampunan Dan Jadi PM Semula?

SHAH ALAM - Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan bahawa ada kemungkinan Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pengampunan penuh atas kesalahannya termasuk penyelewengan, pecah amanah dan salah guna kuasa.

Ujar beliau, ia membolehkan Ahli Parlimen Pekan itu bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang dan menjadi Perdana Menteri semula.

“Saya tidak fikir Najib menggemari idea untuk masuk penjara. Dia mahu diampunkan tanpa masuk penjara.

“Sudah tentu hanya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang boleh memaafkannya,” katanya dalam siaran di Facebook rasminya pada Khamis.

Ulas Ahli Parlimen Langkawi itu, Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan berhubung perkara berkenaan sebelum keputusan dibuat.

“Jika dapatan tidak sebulat suara, kemungkinan pengampunan akan diberikan. Ini adalah hasrat orang rasuah yang percaya bahawa kerajaan yang rasuah akan bertolak ansur dengan rasuah mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ramai pengundi yang merasakan bahawa mereka tidak mempunyai alternatif lain dalam memilih pemimpin memandangkan semua ahli politik korup.

“Nasib baik perkara itu tidak begitu benar. Terdapat ahli politik yang tidak rasuah, cintakan negara mereka, dan mahu Malaysia sekali lagi menjadi Harimau Asia.

“Terdapat juga pertubuhan bukan kerajaan yang mahukan Malaysia menjadi sebuah negara yang hebat. Malangnya NGO bukan parti politik,” menurutnya.

Jelasnya, cara terbaik untuk NGO mencapai perjuangan mereka dalam membersihkan kerajaan adalah dengan mengundi ahli politik bersih yang tidak berkuasa sekarang tetapi mahu negara pulih sebagai Harimau Asia.

“Atau mereka mencalonkan diri dalam pemilihan sebagai calon dari parti yang bersih tanpa bergabung dengan parti-parti lain,” katanya lapor Sinar

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post