Najib Punca Masalah Malaysia Dengan Waris Sultan Sulu - Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan, apabila berlaku pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013, Najib mengarahkan kerajaan menghentikan bayaran wang serahan kepada waris kesultanan itu kerana menyalahkan mereka sebagai dalang.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Langkawi itu menjelaskan, Najib kemudian gagal mengemukakan bukti kukuh bahawa pencerobohan itu adalah terdiri anggota waris kesultanan Sulu.

“Waris kesultanan Sulu tidak buat salah, jadi mengapa beliau (Najib) berhenti bayar? Bila beliau menghentikan bayaran (wang serahan) itu, kerajaan sudah dianggap mungkir janji.

“Bila kerajaan sudah tidak bayar wang serahan sejak tahun 2013, mereka (waris kesultanan Sulu) ambil tindakan undang-undang di mahkamah antarabangsa ke atas kerajaan kita, walaupun mahkamah berkenaan tidak mempunyai sebarang bidang kuasa ke atas Malaysia,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Premium di bangunan Yayasan Al-Bukhary di sini pada Rabu.

Beliau mengulas dakwaan Najib bahawa kerajaan PH melakukan kesilapan besar dalam menangani isu tuntutan waris kesultanan Sulu terhadap Sabah sebelum ini.

Menurut Najib kesilapan itu berpunca tindakan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menulis surat kepada waris Sultan Sulu untuk menyatakan rasa kesal dan menawarkan bayaran RM48,000 bagi menyelesaikan kes bayaran yang dihentikan.

Berikut adalah laporan dari The Malaysian Insight.

NAJIB Razak yang mungkir janji membayar wang serahan kepada waris kesultanan Sulu punca ancaman kedaulatan negara yang sedang Malaysia hadapi di mahkamah dan tribunal antarabangsa, kata Dr Mahathir Mohamad.

Selepas menghentikan pembayaran itu pada 2013, ekoran pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, pentadbiran Najib bagaimanapun tidak dapat membuktikan waris kesultanan Sulu dalang insiden berdarah itu.

“Waris kesultanan Sulu tidak buat salah, jadi mengapa beliau (Najib) berhenti bayar? Bila beliau menghentikan bayaran (wang serahan) itu, kerajaan sudah dianggap mungkir janji.

“Bila kerajaan sudah tidak bayar wang serahan sejak 2013, mereka (waris kesultanan Sulu) ambil tindakan undang-undang di mahkamah antarabangsa ke atas kerajaan kita, walaupun mahkamah berkenaan tidak mempunyai sebarang bidang kuasa ke atas Malaysia,” katanya, seperti dipetik Sinar Harian.

Bayaran RM5,300 setahun kepada waris kesultanan Sulu berasal daripada perjanjian penyerahan wilayah Borneo Utara, yang hari ini merupakan sebahagian daripada Sabah, kepada Sultan Sulu pada 1878 kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara British.

Hak dan tanggungjawab di bawah perjanjian itu kemudiannya diwarisi Malaysia apabila Sabah menyertai persekutuan yang baharu dibentuk pada September 1963.

Dr Mahathir menafikan isu yang berbangkit sekarang berpunca daripada surat bekas peguam negara Tommy Thomas yang menawarkan bayaran RM48,000 untuk menyelesaikan pembayaran yang terhenti.

Sebaliknya, Dr Mahathir yang jadi perdana menteri selepas pilihan raya umum 2018 berkata Thomas menulis surat itu kerana pentadbiran Pakatan Harapan yang mengambil alih kerajaan mahu menyelesaikan isu itu dengan waris kesultanan Sulu.

Beliau menjelaskan pihaknya mahu menyelesaikan perkara itu kerana perjanjian tersebut dibatalkan oleh Najib tanpa berunding dengan waris kesultanan Sulu.

“Itu punca masalah. Najib tidak boleh buat (batalkan perjanjian) secara ex-parte dengan tidak melibatkan pihak kedua iaitu waris kesultanan Sulu itu sendiri.

“Kalau beliau tidak buat keputusan sebegini, tiada kes untuk waris berkenaan bawa ke mahkamah.

“Peguam negara sewaktu kerajaan PH (Tommy Thomas) pula terpaksa menghantar surat menyuarakan kekesalan di atas tindakan Najib dan menyatakan komitmen kerajaan untuk kembali bayar wang serahan mengikuti butiran perjanjian yang diwarisi.

“Kita hendak menyelesaikan perkara itu. Namun pada masa sama, kita hendak menekankan mahkamah antarabangsa tidak boleh menentukan kuasa jurisdiction terhadap aset negara kita.

“Dengan kata lain, kita tidak iktiraf sebarang keputusan dibuat di mahkamah Madrid, Sepanyol, Perancis, dan Luxembourg, cuma kita hendak tunaikan semula janji kepada waris kesultanan Sulu,” katanya.

Pada 12 Julai, akhbar Financial Times di London melaporkan dua aset anak syarikat Petronas di Azerbaijan disita waris kesultanan Sulu yang menuntut AS$14.92 bilion atau kira-kira RM63 billion daripada Malaysia.

Ia dibuat susulan keputusan mahkamah timbang tara di Paris yang mengarahkan Malaysia membayar pampasan itu kepada pihak yang mendakwa diri mereka waris kesultanan Sulu.

Petronas kemudian menjelaskan dua anak syarikatnya itu sudah dilupus semua asetnya di Azerbaijan.

Malaysia juga berpendirian tuntutan itu tidak sah dan tidak berlandaskan undang-undang, dan mendapat kebenaran untuk menggantung keputusan timbang tara berkenaan.

Minggu ini, Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menolak usul beberapa ahli Parlimen yang mahu isu tersebut dibahas. Beliau memberi alasan perbahasan terbuka isu itu di Dewan Rakyat boleh mendedahkan strategi Malaysia menanganinya secara undang-undang.

Minggu lalu juga Jemaah Menteri setuju menubuhkan pasukan khas bagi meneliti dan menyusun tindakan lanjut berhubung isu ini untuk mempertahankan kedaulatan Malaysia.

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Celah mana tuduhan Ahli Parlimen Langkawi itu menjelaskan, Najib kemudian gagal mengemukakan bukti kukuh bahawa pencerobohan itu adalah terdiri anggota waris kesultanan Sulu.

    Kalau tentera kita dah kena bunuh nak lagi ke kerajaan bayar pampasan lagi... goreng mamak bodoh ni dah tak laku.... meluat lagi ade ler...

    “Waris kesultanan Sulu tidak buat salah, jadi mengapa beliau (Najib) berhenti bayar? Bila beliau menghentikan bayaran (wang serahan) itu, kerajaan sudah dianggap mungkir janji.

    Ini fakta waris Sultan Dulu itu dengan mengesakan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

    Pada 16 Februari 2013, Menteri Dalam Negeri waktu itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kumpulan itu menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana ia diambil British di bawah kerajaan Sulu.

    Kerajaan Filipina pada 24 Februari 2013 kemudian menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post