Pemimpin PKR Syok Sendiri?

 

SAYA merujuk kenyataan-kenyataan yang dilaungkan oleh barisan pimpinan PKR semasa kongres parti itu yang berlangsung dari 15 hingga 17 Julai lalu.

Pada umumnya, kenyataan mereka seolah-olah memberi gambaran bahawa Malaysia telah lama bankrap dan ramai rakyat mati kebuluran.

Mereka memperlihatkan juga semangat gila kuasa dengan berani mengatakan hanya PKR yang boleh menyelamatkan negara daripada perkara-perkara atau masalah-masalah tidak diingini.

Dalam masa sama, mereka menonjolkan PKR seperti mempunyai kuasa mutlak terhadap semua masalah. Perkara ini diucapkan sendiri oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim apabila menyebut, “Hanya kita saja yang boleh menyempurnakan segala kebaikan dan kebajikan kepada rakyat.”

Untuk peringatan, golongan pembuat dasar dan golongan pelaksana di sektor kerajaan lebih ramai jika mahu dibandingkan dengan ahli politik. Jadi bagaimana kata-kata Adam Adli ini benar?

Dengan itu, saya ingin mencabar PKR untuk membuat aku janji secara bersumpah bagi menentukan pihak mereka kuat iman dengan tidak akan menyalahgunakan kuasa yang ada.

Akhir kata, ingatlah ungkapan ini iaitu kehidupan di dunia adalah perjuangan. Dalam perjuangan itu ada cabaran dan dalam cabaran itu ada dugaan dan cubaan.

Tiada sebarang kemenangan di dunia ini, kalau ada pun ia bersifat sementara, bukannya bersifat hakiki iaitu kekal. Jadi, tidak perlu mana-mana pihak menunjuk pandai sangat apabila bercakap.

Selagi kita tolak politik agama atau politik Islam, jangan harap kita diberkati, dirahmati dan juga lebih dilindungi oleh Allah SWT kecuali kita mengikut pemerintahan Khalifah Omar Abdul Aziz yang mana serigala dan kambing boleh hidup bersama secara aman damai dan harmoni.

TEROPONG JAUH, 
Jerantut, Pahang

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. "Tun ada pulangkan dana RM2.6 juta itu tak? tanya Bossku dalam FB nya. Boleh panggil Atok kau penyamun!?" Bossku soal Mahathir

    Saksi yang memberitahu mahkamah bahawa Muhyiddin dibayar RM1.3 juta juga mengaku telah memberi RM2.6 juta kepada Tun Mahathri selepas dia menjadi PM pada PRU14.

    Itu RM2.6 juta – bukan dana dikatakan RM2.6 bilion yang pernah masuk akaun Bossku sebelum PRU13 dulu tu.

    Tetapi dana RM2.6 bilion itu telah dikembalikan empat bulan kemudian.

    Sebab itu Bossku didakwa bawah AMLA 9 kali kearana menerima dan didakwa 6 caj lagi kerana memulangkan dana tersebut kepada penghantar.

    Sebab itu, Bossku tidak didakwa merompak, menyamun atau mencuri atau menggunakan dana disebut RM2.6b itu tapi didakwa bawah AMLA.

    Namun sehingga kini tiada seorang pemimpin PH/PN yang pernah keluarkan statement yang mengaku dana yang dikatakan RM2.6b itu sudah dikembalikan sebab semua mahu kekalkan.

    Persepsi fitnah jijik bahawa Bossku sudah curi dana tersebut untuk digunakan bagi membeli cincin, beg tangan dan sebagainya atau disorok Bossku..

    Bagaimana pula dengan Tun Mahathir Adakah Tun pulangkan dana RM2.6 jota itu.!? Sekiranya tidak dikembalikan, dana itu sudah digunakan di mana? Untuk CSR juga ke?

    Bagaimana dengan Tun, elok rakyat gelar Tun sebagai penyamun, perompak atau pencuri.!?

    Boleh panggil kamu penyamun, Bossku soal pada Mahathir..!?

    Makin pedih makin bernanah atok

    kikikikki...


    KHALAS.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post