PRU15: Pertandingan Sengit BN, PKR

 


SUNGGUHPUN tempoh tamat penggal Parlimen ke-14 dijangkakan pada 16 Julai 2023, namun sudah timbul suara-suara mendesak Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sebelum ini, UMNO menangguhkan kesemua pemilihan parti, baik di peringkat akar umbi hingga nasional selama 18 bulan. Tempoh tersebut akan tamat pada penghujung 2022 dan pemilihan UMNO perlu diadakan sebelum 30 Disember ini. Persoalanya, apakah PRU15 akan berlangsung sebelum Disember 2022?

Dalam pada itu, pergolakan medan politik negara dilihat semakin dinamik dan mencabar termasuk perubahan drastik dalam kepimpinan PKR dan kemunculan bibit-bibit DAP akan bekerjasama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak (UMNO) yang dilaporkan dalam media dalam talian. PKR dan DAP merupakan pemain utama dalam gelanggang politik negara yang menentang UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam menguasai Putrajaya.

Kemunculan semula Rafizi Ramli, bekas Ahli Parlimen Pandan dan kejayaannya menduduki barisan tertinggi PKR dijangka mencorakkan semula kepimpinan PKR serta memulihkan semangat perjuangan parti itu. Perubahan besar dalam barisan kepimpinan PKR akan menyuntik semangat baharu kepada ahli-ahlinya yang keletihan dalam perjuangan mereka untuk meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, berdekad lamanya.

Penyertaan Rafizi dalam barisan utama parti akan menyedarkan semula ahli-ahli untuk terus berjuang dengan harapan baharu, di samping memulihkan populariti dan maruah PKR dalam kalangan rakyat yang sudah menghilang. Ini terbukti dengan kemerosotan sokongan pengundi terhadap PKR dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Jadi, faktor Rafizi dan kumpulannya yang mendominasi hampir 20 jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) akan mencorakkan segala dasar dan hala tuju politik PKR. Pasti corak perjalanan parti serta strategi kempen PKR menghadapi PRU15 akan berubah mengikut stail Rafizi dan kumpulannya.

Pendekatan ‘khemah besar’, iaitu gabungan antara semua parti politik yang menentang BN yang diutarakan oleh sesetengah pemimpin parti-parti yang melawan BN, termasuk pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka menimbulkan suasana kurang selesa dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) yang cenderung terhadap idea sama. Parti-parti yang menyertai gabungan PH merupakan rakan perjuangan PKR dalam PRU14 yang membawa kejayaan luar biasa dengan menjatuhkan kuasa BN yang mentadbir negara ini sejak merdeka.

Rafizi dengan jelasnya menyatakan ketidaksenangannya terhadap pendekatan ‘khemah besar.’ Malah Rafizi dengan tegasnya membayangkan PKR akan bertanding solo pada PRU15.

SULU

Dalam pada itu, Rafizi yang baru dilantik sebagai Timbalan Presiden PKR terus melancarkan serangan terhadap BN. Sebagai permulaan kempen melawan BN, Rafizi mengaitkan isu tuntutan waris kesultanan Sulu dengan pentadbiran kerajaan BN dahulu. Media antarabangsa melaporkan, kononnya waris kesultanan Sulu merampas dua anak syarikat Petronas, hak milik kerajaan Malaysia di Azerbaijan yang bernilai RM62.59 bilion. Dakwaan beliau ini disebar luas dalam media sosial, memeranjatkan rakyat yang sedang dilanda pelbagai masalah termasuk kenaikan harga barang dan kemerosotan ekonomi kesan pandemik Covid-19.

Beliau juga menggesa pemimpin-pemimpin PKR di akar umbi agar menggunakan media sosial secara aktif untuk menentang BN menjelang PRU15. Malah kemenangan Rafizi sebagai Timbalan Presiden PKR, orang nombor dua terpenting dalam hierarki PKR juga dijangka menimbulkan kesulitan bagi pihak lawan untuk menuding jari kononya PKR adalah sebuah parti politik yang bersandarkan dan mendahulukan kepentingan Anwar yang didakwa kononya dizalimi oleh kerajaan terdahulu.

Sebaliknya, Rafizi dijangka melepaskan PKR daripada bayangan dan genggaman Anwar secara beransur-ansur.

Dalam pada itu, pola pengundian pada PRN Melaka dan Johor baru-baru ini menunjukkan sebahagian signifikan jumlah pengundi Melayu mengalihkan sokongan mereka daripada UMNO/BN kepada Bersatu. 

Malah undi Melayu dikesan pecah antara BN, Bersatu dan PKR (PH). Jadi, apakah PKR mampu mengalih sokongan pengundi Melayu kepada PKR sekali gus menentukan keputusan PRU15?

PKR yang menyertai PH memenangi 49 daripada 71 kerusi Parlimen yang ditandingi pada PRU14.

Persoalannya, apakah PKR akan terus kekal sebagai rakan politik PH dalam mengekalkan kekuatan mereka menghadapi PRU15? 

Apakah BN akan melihat PKR mengulangi prestasi cemerlang semasa PRU14 yang diperolehnya pada PRU15 nanti? 

Apakah PKR akan terus bekerjasama dengan DAP yang kini lebih kelihatan cenderung untuk bekerjasama dengan Najib (UMNO) dalam menghadapi PRU15?

Apa pun, rakyat akan menyaksikan satu pertandingan hebat antara calon BN dan PKR pada PRU15. Kita tunggu dan lihat!


Oleh: Datuk M. Periasamy, Penganalisis sosial dan politik.

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Dulu serangan sotong tanpa dibalas.
    Sekarang serangan sotong dibalas dgn fakta yg jitu. Ditambah lagi dgn setiap serangan terus melumpuh dan menyebabkan sotong semakin meroyan.
    Formula lama sah formula songsang. Ingat rakyat nak hadap semua tu balik??!
    Nampaknya serangan sotong, atuk, kit sial nyata memakan diri sendiri. Tak seperti serangan mrk sebelum pru14. Lagipun rasa hanceng kencing mereka masih melekat di hati rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Camni, sotong vs lanun la macam cerita dalam pirate of carribean.

      Delete
    2. Sotong akan longlai di mata pedang jack sparrow....hihihi

      Seperti longlainya langkah kejang.

      Delete
  2. Semoga manusia bangsat yg pernah fitnah TSKI mantan mb selangor sempat mohon maaf. Takut nanti mengagau beratus tahun mencari di padang masyhar nanti. Angkara langkah kajang yg kejang sanggup memfitnah rakan sesama parti.
    Semoga babi bangsat tu sempat memohon maaf. Politik biar berpada. Jangan keterlaluan. Jangan bangga dan bongkak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post