Sebenarnya.. Kempen Rafizi Hanya Untungkan Najib - Penganalisis

PETALING JAYA: Seorang penganalisis menyifatkan tindakan Rafizi Ramli menggesa ahli PKR “menyerang” Najib Razak dengan membuat laporan polis setiap kali beliau membuat kenyataan di media sosial sebagai terdesak dan dangkal.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, walaupun Najib dilihat sebagai sasaran menarik, namun bekas perdana menteri itu bukan individu yang “lembut” atau mudah “dijinakkan”.

“Dengan pengalaman Najib yang begitu luas, bukan mudah untuk jadikan beliau sasaran yang lembut atau mudah.

“Amat dangkal dan daif sekali atau mungkin Rafizi terdesak mengemukakan strategi sedemikian rupa,” katanya.

Berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional ke-16 Ahad lalu, Rafizi meminta semua perwakilan parti itu di seluruh negara membuat laporan polis terhadap Najib kerana didakwa memainkan isu perkauman dan meracuni pemikiran rakyat.

Rafizi yang memenangi jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti baru-baru ini, menetapkan tugas utama kepada perwakilan PKR ketika ini ialah memberi tekanan kepada Najib yang sering mempengaruhi rakyat menerusi pelbagai kenyataan di media sosial.

Mengulas lanjut, Azmi berpendapat strategi Rafizi yang cuba mencipta persepsi “Najib individu yang perlu ditewaskan” hanya akan menguntungkan ahli Parlimen Pekan itu dan “mematikan” langkah PKR serta pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-15.

“Walaupun ribuan laporan polis dibuat ahli PKR demi menyahut seruan Rafizi, yang mendapat untungnya adalah Najib dan Barisan Nasional kerana memberi publisiti menjelang PRU15.

“Ini adalah strategi yang akan makan diri sendiri, bukan saja terhadap Rafizi, tetapi PKR dan pembangkang,” tambahnya.

Penganalisis keselamatan dan politik dari Universiti Teknologi Mara, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, acuan propaganda politik sempit atau serangan berbentuk peribadi tidak lagi relevan dalam arena politik negara ketika ini.

“Serangan berbentuk peribadi adalah perkara tidak sihat dalam politik negara. Sekiranya ini terus berlaku, maka rakyat akan lihat politik ini tidak sihat dan tidak baik,” katanya.

Beliau berkata, rakyat dahagakan politik segar, bukannya mainan politik yang boleh menjauhkan mereka daripada arena politik, seterusnya mengakibatkan penurunan trend pengundian dalam pilihan raya.

“Perlunya ahli politik sama ada dari pembangkang atau kerajaan melepaskan seteru mereka dan kembali ke arah politik lebih progresif.

“…kerana apa yang kita mahu adalah membina satu bentuk persepsi imej politik negara yang bebas daripada kecaman atau strategi berbentuk hasutan, atau perkara tidak sihat kepada demokrasi matang. Ini harapan rakyat,” katanya lapor FMT

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Bila fakta melawan auta...kredit penuh buat najib. Lagipun kegagalan rafizi dgn formulanya menambah lagi sokongan buat najib.
    Rumours dikalangan rakyat turut melanda dgn dikatakan penolakan rafizi memegang jawatan kabinet kerana dia tidak yakin formulanya akan berjaya dalam kerajaan ph.
    Dia mungkin takut dikecam seperri formula pengajian percuma, harga kereta gagsl direalisasi.
    Kalau manusia yg realistik dalam ideanya mungkin beliau berani memegang jawatan kabinet ph.

    ReplyDelete
  2. Isu Sultan Sulu : Rafizi buat lapuran polis seluruh negara terhadap Bossku, yang teruk kena belasah ialah Brother Anwar Bin Ibrahim.

    Lagi teruk Brother Anwar Bin Ibrahim kena main dengan Rafizi.

    Bossku boleh jawab dengan selumber dan penuh berfakta tuduhan dan fitnah jijik Rafizi. Brother Anwar Bin Ibrahim lari masuk gua tangan tangan kotor berlumur berdarah angkara keluarganya tentera kita terbunuh peristiwa Lahat Datu.

    Nurul Izzah boleh posting bergambar di istana Sultan Kiram di Sulu sedangkan tentera Malaysia ada yang dibunuh kejam.
    Bukan kah anak gay boy tua Malaysia penah bergambar dengan Setan Sulu dolu..!?

    http://malayohmalay.blogspot.com/2017/10/khalid-anggap-pertemuan-nurul-izzah.html?m=1

    Media Filipina dan antarabangsa telah ‘memainkan’ secara besar-besaran bagaimana beberapa pemimpin pembangkang Malaysia mengadakan pertemuan dengan pemberontak Mindanao.

    Penglibatan ‘orang dalam’ yang menyalurkan maklumat kepada waris Sultan Sulu dan pasukan guamannya untuk mencari jalan merampas hak pemilikan Malaysia di luar negara.

    Parlimen Pekan itu berkata, walaupun beliau perdana menteri pada 2017, tuntutan waris sultan Sulu tidak sampai ke timbang tara.

    “Pada masa itu, mereka hanya berhajat untuk memfailkan timbang tara. Notis timbang tara itu dihantar selepas Mei 2018 apabila PH mengambil alih tampuk pemerintahan Putrajaya.

    “Kenapa mantan Peguam Negara semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Tommy Thomas tidak menghantar wakil Malaysia ketika proses timbangtara dibuat.

    Kerajaan perlu segera menubuhkan jawatankuasa siasatan bagi meleraikan isu tuntutan waris Sultan Sultan yang didakwa merampas aset PETRONAS di Azerbaijan daripada pelbagai sudut.

    “Ini kerana adalah amat malang jika kecuaian berlaku di pihak kerajaan yang diketahui Tun Mahathir semasa PH memerintah ada niat sabotaj terhadap kepentingan negara dari dalam.

    “Tetapi sebaliknya menghantar surat permohonan maaf dan bersetuju untuk membayar semula (reimbuse). Tidakkah ia seolah-olah mengiktiraf tuntutan tersebut?

    mengapa Kabinet PH tidak membincangkan isu penting yang menjejaskan kedaulatan kita? Adakah mereka tidak nampak atau mereka tidak peduli? Itulah sebabnya bekas menteri PH perlu mengesahkan mereka tidak membincangkan atau bertindak mengenai perkara itu.”

    Pada otai otai Brother Anwar Bin Ibrahim saudara kamu bernama Rafizi itu adalah jelmaan dan klon Tun Mahathir dalam PKR. Parti PKR sekarang sedang ternak ular sawa dalam reban ayam PKR. Tak serik serik Brother otai ini kena main...

    Dey tamby brapa banyak kena main haah..!!

    KHALAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. dak nak tanya je bang khalas, macam mana duit 42juta masuk akaun hang tak sedar lepas tu duk pulun guna. tu je nak tau pandangan hang

      Delete
    2. Kena tanya juga mantan gabenor bnm, penjaga akaun yg mengurus akaun.
      Sama dgn wang tong milo selepas pru14 konon nak selamatkan malaysia. Ntah berapa jumlah....

      Delete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post