Selain Mahathir, Ketua Penerangan UMNO Juga Terima RM1.16 Juta

 


SHAH ALAM: Bekas Pengurus Pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, syarikat itu memberi sumbangan dana RM1.16 juta kepada Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan untuk tujuan politik dan Pilihan Raya Umum (PRU), ketika perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Hamidi Mohd Noh; David Tan Siong Sun, 47, yang juga saksi pendakwaan ke-17, berkata sumbangan diberikan secara bulanan kepada Shahril merujuk kepada kod nama 'S Pat' dalam buku lejar syarikat berkenaan.

Hamidi: Shahril adalah rakan baik kepada (bekas Pengarah UKSB dan ahli UMNO), Wan Quoris (Shah Wan Abdul Ghani) dan (bekas Ketua Pemuda UMNO), KJ (Khairy Jamaluddin).

Siong Sun: Betul.

Hamidi: Shahril diberikan sumbangan itu kerana beliau baik dengan mereka?

Siong Sun: Ya.

Pada 13 Jun lalu, Wan Quoris Shah mengesahkan bahawa syarikatnya memberi sumbangan dana politik antara RM50,000 hingga RM200,000 kepada Khairy yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan.

Wang untuk tujuan bantuan politik, bencana dan aktiviti kemanusiaan itu tidak diserahkan secara terus kepada Khairy, sebaliknya diberikan menerusi UMNO Bahagian Rembau di mana Khairy adalah Timbalan Ketua UMNO di bahagian terbabit.

Pada 18 Mei lalu, bekas Pengarah UKSB, Harry Lee Vui Khiun mengesahkan syarikatnya menghantar wang tunai setiap bulan dalam mata wang dolar Singapura kepada Ahmad Zahid dari 2014 hingga 2018 berhubung kontrak sistem Visa Luar Negara (VLN).

Bayaran itu bermula akhir 2014 dengan SG$200,000 sebulan, sebelum meningkat kepada SG$520,000 sebulan pada 2017.

Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan VLN, serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh kementerian terbabit.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama ketika itu, mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Ahmad Zahid didakwa melakukan semua kesalahan itu di Sri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Dalam pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zander Lim Wai Keong; Siong Sun berpendapat tiada keperluan untuk membuat laporan polis selepas beberapa ahli politik mengeluarkan kenyataan menafikan pernah menerima sumbangan dana politik daripada UKSB.

"Wang (sumbangan) itu pun kita sudah beri dan perbicaraan kes sedang berlangsung, tiada keperluan (buat laporan polis)," katanya.

Pada 17 Jun lalu, bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan pernah menerima RM1.3 juta daripada UKSB antara Jun sehingga Ogos 2018, selain menyifatkan perkara itu tidak berasas kerana dalam tempoh itu beliau menjalani pembedahan kanser sebelum mengambil cuti beberapa bulan untuk rawatan lanjut.

Lima hari selepas itu, seorang lagi bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan tidak mengetahui mengenai apa-apa sumbangan dana politik atau wang daripada UKSB, serta menegaskan sedia dipanggil pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes terbabit.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung esok lapor BH

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Sebelum geely ambil alih proton, proton asyik rugi memanjang. Asyik minta bantuan billion2 dari kerajaan. Asyik nak diselamatkan. Konon syarikat nasional. Perlu ada semangat nasionalisme.Perlu diselamatkan.
    Nak diselamatkan rupa2nya para vendor yg terdiri dari suku sakat, saudara mara dia. Patutlah mereka kaya mendadak tapi berbisnes memang mangkuk. Tak ikhlas.
    Hanya nak daddykasi.

    Bila geely nak ambil alih terpaksa pula ambil masa kerana melayan karenah vendor proksi dan kroni. Sampai geely kata mereka mampu menghasilkan 60% lebih murah dari vendor kroni dan proksi dia. Tengok!!!
    Nampak sangat proton melingkup bukan kerana tidak cekap tapi terpaksa melayan sikap vendor suku sakat yg tamak. Tamak dgn kekayaan dunia.
    Syarikat yg dicipta utk kayakan proksi dan kroni.
    Memang sial hidup keturunan saka ini.
    Semoga terkubur selepas pru15.

    ReplyDelete
  2. Tun Mahathir terima dari UKSB RM2.6 juta melalui anak buah Tan Sri Rahmat.

    Tak abis abis Melayu kena bodoh bangangkan dng kaum mata sepet nih.. Bila lah orang Melayu nak percayakan kaum sendiri...!?

    Jika tidak kait dng nama Mahathir, masakan si Cina David Tan tanpa sebab nak memberi duit rasuah kepada budak Tan Sri Rahmat ini dan atas sebab apa dan atas kapasiti apa nak jolok duit rasuah kat budak Rahmat tu..!?

    Tak cukup dng Cina Jho Low yg lesap tak ke mana yang tunggu masa nak tepok tangan tengok kebodohan pemimpin Melayu datang pulak si David Tan membodoh bangangkan pemimpin Melayu utk bercakaran sesama sendiri..

    Apa lah sangat si budak Rahmat tu masa kan si Cina David Tan itu beria ia nak bagi duit rasuah RM2.6 juta kalau bukan apak sedara nya bernama Tun Mahathir yang jadi PM kali ke 2 dlm kerajaan Pakatan Harapan bertuankan DAP@LeeKwanYew.

    Bila PDRM dan SPRM nak tangkap dan siasat budak Rahmat tu. Elok rampas harta budak Rahmat ni segera..!!

    Mahkamah kes Datuk Zahid Hamidi hari ini diberitahu bahawa Tun Mahathir juga menerima dana politik dari UKSB sejumlah RM2.6 juta.

    Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), syarikat yang diberi projek tersebut, serlahan paling nyata ialah ia memperlihatkan betapa tahap rasuah di negara kita sudah di tahap yang begitu parah dan jijik paling kronik sekali.

    Syarikat yg dikawal oleh kaum Cina tersebut seolah-olah begitu bebas menabur wang di sana sini kepada orang-orang berpengaruh.

    Apakah ia bermakna melalui projek visa itu, kemasukan rakyat asing, terutama daripada China ke negara kita begitu bebas dan tanpa batasan

    Tak cukup dengan Jho Low yang bodoh bangangkan pemimpin Melayu bercakaran kini David Tan pula yang bodoh bangang kan semua pemimpin Melayu.

    Kaum Jho Low@LeeKwanYew di Singapura dan di Malaysia bersama dengan bapak tiri Jho Low terbaru bernama David Tan sedang tepok tangan ketawa terbahak bahak melihat betapa bodoh bangang pemimpin Melayu dikudakan oleh kaum Lee Kwan Yew@JhoLow@DavidTan ini.

    Selagi pemimpin Melayu beri muka pada kaum Cina memang nak melingkup haramjadah lah semuanya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post