Siapa Arah Tommy Thomas Tulis Surat Ni Kepada Waris Sultan Sulu?

Surat bekas peguam negara Tommy Thomas kepada peguam yang dilantik oleh pihak yang mendakwa sebagai waris sultan Sulu dijadikan sandaran dalam keputusan timbang tara baru-baru ini yang kini mengancam untuk merampas aset Malaysia bernilai berbilion ringgit di luar negara.

Penelitian terhadap 297 perkara dalam keputusan timbang tara itu menunjukkan sekurang-kurangnya lebih dari 10 kali surat Thomas dipetik ketika hakim timbang tara Gonzalo Stampa menjelaskan kewajaran anugerah diberikan kepada penuntut.

Proses timbang tara itu berakhir di mana Malaysia diperintahkan untuk membayar AS$14.9 billion (RM60 billion) kepada kumpulan tersebut, menjadikan ia sebagai pampasan kedua terbesar seumpamanya di dunia, malah mampu menyebabkan kerugian lebih besar daripada skandal 1MDB.


Dalam surat bertarikh 19 September 2019, Thomas yang menjadi peguam negara semasa pentadbiran Pakatan Harapan menyatakan kekesalan apabila kerajaan Malaysia menghentikan pembayaran tahunan kepada waris kesultanan Sulu, sebuah kerajaan yang pernah memerintah beberapa wilayah di kepulauan Melayu termasuk apa yang hari ini merangkumi negeri Sabah.

Pembayaran tersebut dihentikan sejurus selepas pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah oleh ratusan penyokong setia Sulu pada 2013.

Selepas menyatakan kekesalannya, Thomas turut menyenaraikan tunggakan bayaran termasuk 10% faedah, di mana jumlah keseluruhannya berjumlah RM48,230.

Thomas kemudian menawarkan untuk menghantar jumlah tersebut “dengan segera” kepada pihak penuntut sebagai pertukaran untuk menamatkan sebarang tindakan timbang tara.

"Malaysia kini bersedia dan sanggup membayar kepada klien anda semua tunggakan bayaran dari 2013 hingga 2019," tulisnya sambil menambah tawaran tersebut harus dibalas pihak penuntut untuk menghentikan sebarang langkah timbang tara diambil.

Timbang tara itu dibuat selepas tuntutan dibuat oleh lapan individu, di mana mereka memetik perjanjian pada 1878 antara Sultan Sulu Mohamet Jamal Al-Alam dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British, sebuah syarikat kolonial Britain yang ditubuhkan bagi mengeksploitasi sumber alam di wilayah itu.

Dalam perjanjian tersebut, sultan menyerahkan kedaulatan di beberapa wilayah yang terletak di Utara Borneo yang kini dikenali sebagai Sabah.

Susulan beberapa proses undang-undang di Sepanyol, keputusan timbang tara itu diumumkan sebuah mahkamah di Paris pada Februari tahun ini di mana pihak penuntut dianugerahkan AS$14.92 bilion (RM60 bilion) termasuk faedah dan kos.

Keputusan tersebut dikecam oleh Putrajaya, di mana ia mengatakan Stampa yang merupakan hakim timbang tara Sepanyol tidak mempunyai kuasa untuk memberikan anugerah tersebut.

Bagaimanapun, ia tidak menghalang peguam kepada penuntut untuk mula menguatkuasakan pampasan itu awal bulan ini, dengan menyampaikan notis rampasan aset ke atas dua anak syarikat Petronas di Luxembourg.

Sebagai reaksi kepada tindakan tersebut, sehari kemudian, Malaysia mendapat perintah penangguhan di Paris untuk menghentikan pelaksanaan anugerah timbang tara tersebut, yang mengundang amaran peguam penuntut untuk menyasarkan aset-aset Malaysia di negara lain.

Bagaimana surat Thomas membantu dalam kejayaan tuntutan Sulu

Ketika mengemukakan kes dalam prosiding timbang tara tersebut, penuntut Sulu beberapa kali menggunakan tawaran yang dibuat Thomas, di mana Stampa merujuknya dalam mewajarkan penganugerahan berbilion dolar itu.

Stampa berkata Malaysia melanggar perjanjian 1878 apabila menghentikan bayaran tahunan sebanyak RM5,300 sejak 2013.

“Encik Thomas mengambil pendirian yang sama dalam suratnya pada 19 September 2019 ... ketika beliau menawarkan penyelesaian dengan kembali membuat pembayaran, dengan syarat pihak penuntut menghentikan tindakan timbang tara.

“Secara jelas (dan benar), peguam negara Malaysia tidak pernah menganggap timbang tara ini sebagai satu serangan terhadap prerogatif kedaulatan Malaysia.”

Kemudiannya, Stampa kembali mengulangi apa yang dikatakan Thomas.

“Pihak responden (Malaysia) turut mengakui semua pembayaran itu dihentikan pada 2013 dan tidak dibayar kepada penuntut sejak itu. Pada 19 September 2019, Malaysia berkata bahawa ‘… ia kini bersedia dan sanggup membayar klien semua tunggakan dari 2013 hingga 2019 dan bersetuju untuk mematuhi Geran 1878 dan Pengesahan Penyerahan 1903 mulai sekarang berhubung pembayaran akan datang. Sementara mengenai tunggakan, Malaysia juga bersetuju untuk membayar faedah mudah sebanyak 10% p.a. bagi pembayaran tahunan untuk setiap tahun yang dirujuk’..”

Stampa juga turut merujuk kenyataan lain oleh Thomas dalam menyimpulkan sultan Sulu tidak pernah melepaskan dirinya daripada kedaulatan ke atas wilayah Borneo Utara.

Stampa berkata Malaysia bersetuju bahawa “penilaian bukti yang ada pada timbang tara ketika ini mengekalkan Sultan tidak pernah dilucutkan atau dilupuskan daripada kedaulatan wilayah Borneo Utara yang disebut dalam Perjanjian 1878 dan Wasiat Pengesahan 1903.”

Wasiat Pengesahan itu ditandatangani Sultan Sulu Jamalul Kiram II, mengesahkan beliau sudah menyerahkan pemilikan Borneo Utara kepada penjajah British.

Stampa turut merujuk kepada fakta bahawa tiada sebarang keraguan ditimbulkan oleh Thomas yang menunjukkan bahawa prosiding timbang tara itu akan melanggar kekebalan kedaulatan Malaysia.

“Terma itu mendedahkan tiada sebarang keraguan ditimbulkan pada waktu tersebut (i.e., 19 September 2019), sebaik sahaja timbang tara yang dibuat ketika ini dimulakan, menyatakan prosiding yang dijalankan akan melanggar kekebalan kedaulatannya.”

Satu lagi tamparan kepada Malaysia adalah perkataan yang digunakan dalam surat Thomas tersebut, yang membawa kepada kesimpulan ia adalah transaksi komersial dan tertakluk kepada timbang tara.

Pendirian yang diambil oleh Thomas tersebut adalah bercanggah dengan dasar kerajaan ketika ini.

“Subjek tuntutan itu bukan bersifat komersial dan tidak boleh dibawa ke prosiding timbang tara, malah Perjanjian 1878 sendiri tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara,” kata Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan bersama Kementerian Luar dalam maklum balas kepada keputusan timbang tara itu pada Februari.

Ketika menyimpulkan penemuannya, Stampa sekali lagi merujuk surat Thomas dalam memutuskan Malaysia masih terus mematuhi Perjanjian 1878 tanpa sebarang keraguan.

Beliau memetik satu baris daripada surat Thomas mengenai pembayaran tahunan Malaysia kepada waris sultan Sulu, “..dari 1963 hingga 2012, di mana, ia tidak pernah putus dan berterusan selama 49 tahun”.

“Penimbang tara berpandangan Responden (Malaysia) terus menunaikan Perjanjian 1878 – secara sukarela dan tanpa ragu-ragu - sehingga akhir 2012,” tambah Stampa.

Stampa kemudiannya mengisytiharkan Malaysia gagal menunaikan pembayaran seperti di dalam Perjanjian 1878 dan menambah ia “tidak dapat menunjukkan pada masa yang sama mengikut mana-mana alasan kontrak bagi tindakannya yang tidak menjalankan tanggungjawab-tanggungjawab kontrak tersebut”.

“Sebaliknya, responden secara sukarela mengakui bahawa ‘… malangnya, pembayaran.. dihentikan pada 2013,” katanya, sekali lagi memetik Thomas.

Dipetik dari MalaysiaNow

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Aaikk 34 laporan jer pasal Bossku.. ingat dah cecah 34 jota di hari ke dua ini...


    ato puak otai dah terbau bacin kena main budak Tun bernama Rafizi tu..


    Otai Gayboy kena test Rafizi tu.... mintak Rafizi buat RCI pasal Forex zaman Tun dolu ke, desak Rafizi buat RCI pasal Pulau Batu Putih yg Tun serah pada anok Lee Kwan Yew tu kerr...

    apasal la bebal sangat otai otai gay boy ni... test kaw kaw Rafizi hantam Tun dolu klu Rafizi senyap wat bodo sah Rafizi tu klon Tun dlm PKR....

    Pandora papers ni patut Rafizi kena bersuara juga tapi Rafizi diam bisu mcm gampang sial... otai otai sklian nnpk tak Rafizi ni barua Tun dan Daim..

    Bodoh bodoh blako otai otai reformasi ni rupa nya... Brother nak selamat otai kena pecat Rafizi sekarang..


    kikikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin dia serang najib dalam keadaan najib tengah lapang dari tugasan kabinet memang makan taik si piji pondan tu.
      Tambah lagi segala formula dia sah songsang belaka.
      Nak pakai idea langkah kajang melawan musuh tapi musuh tak sebodoh maka langkah kekejangan jadinya.
      Mcm saka kerala 24/7 meratib nama najib...makin menyampah rakyat melihat muka munafiknya.
      Dia perlu kepala licin boboi utk mencermin mukanya baru ada sikit kesedaran...hihihihi

      Delete
  2. Yg arahkan AG bangang tulis surat tu najib kot....kahkahkahkahkah

    Kabinet kerajaan phancing sah bodoh, tongong dan bangang.
    Angkara surat AG bangang maka secara tidak langsung malaysia mengikhtiraf lanun sulu yg serang lahad datu. BODOH!!!!

    Si sotong tongong konon bersemangat dpt pegang jwtn timb presiden meroyan menyalahkan najib sedangkan najib sah tiada dlm kabinet hancing. Ntahlah sampai bila sotong nak jadi munafik.
    Inilah angkara sejak sotong tertunduk2 mencium tangan kerala yg pernah menghumban mentornya ke penjara lebih 20 tahun yg lepas. Sejak itu makin terserlah tongongnya.
    Konon tak ingin terima jawatan menteri kerajaan hancing slps pru14. Bersorak para mahacai..hihihi.
    Semua tahu ko takut dikecam bila formula tongong dan songsang ko tak boleh pakai langsung. Umpama projek kereta terbang phancing.
    Kaki kencing dan fitnah mcm sotong standard mangkuk tongong selepas mencium tangan kerala...kahkahkahkahkahkah

    ReplyDelete
  3. Sebelum buka mulut buat komen bodo di sini, elok la hangpa pi baca dulu isi kandungan Perjanjian di antara Sultan M. Jamal Al Alam dengan British North Borneo Company itu. Fahamkan baik-baik baru masuk berdebat.

    Ikut perjanjian tersebut, Kesultanan Sulu telah bersetuju memajak wilayah-wilayah pemerintahan mereka yang merupakan hampir keseluruhan negeri Sabah sekarang ini kepada British North Borneo Company. Tempoh pajakan ialah SELAGI ADA BULAN DAN MATAHARI. Syarikat itu kemudiannya memohon kepada Queen of England agar Sabah ditadbirkan sebagai Tanah Jajahan British.

    Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, penduduk Sabah membuat suatu referendum di bawah kelolaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyertai PTM (kemudiannya dinamakan Malaysia).
    Oleh itu, segala hal ehwal pentadbiran termasuklah kewajipan membayar wang pajakan terserah kepada Malaysia.

    Itulah yang kita lakukan...meneruskan bayaran pajakan yang di buat oleh Kolonial British sejak tahun 1887 kerana matahari masih menyinar di Sabah dan Bulan juga masih muncul di sana.

    Bila berlaku pencerobohan Lahat Datu pada tahun 2013, kerajaan pimpinan Najib telah mengarahkan bayaran pajakan ini diberhentikan kerana kononnya keturunan Sultan Sulu telah cuba menceroboh kedaulatan negara ini. Kes Lahat Datu tak ada kena mengena dengan kontrek pajakan ke atas Sabah. Tak patut dihentikan bayaran dan tak perlu mengundang "disputes".

    Kalau bayar pun cuma USD$ 5,500 saja setahun, jauh teramat kecil berbanding dengan berbilion yang Si babi Najib tu rembat. Tommy Tommas ke yang jadi Peguam Negara atau Muhammad Islam bin Muslim ka yang memegang jawatan tersebut di zaman kerajaan Babi mana sekali pun memerintah, wajib mengambil tanggung-jawab membayar wang pajakan yang telah dimetrai melalui suatu perjanjian yang di "ratify" oleh Badan Undang-Undang Antarabangsa. Tak boleh la memandai-mandai nak mencabuli perjanjian antarabangsa.

    Kerana Si Bodoh Bangang tu mengambil keputusan tak mau teruskan bayaran pajakan, maka semua masalah ini terjadi. Sekarang Keturunan Sultan Sulu dah terbuka mata untuk menuntut berbilion2....(saya rasa ini termasuk penyelarasan semula kadar pajakan). Berita baiknya, dalam perjanjian asal tersebut, tidak dimasukkan cluause mengenai penyelarasan kadar pajakan setiap beberapa tempoh tertentu. Ni macam perjanjian penjualan air mentah kita kpd Singapore. Walaupun Si Kutty tu cuba nak naikkan tarif, Singpore buat tak kisah je...sebab tak ada dalam clause.

    Tapi dalam kes perjanjian dengan PLUS, Al Kutty dan Si Tamak Pendek Al Daim bijak pula memandang ke hadapan mengenai kaedah terbaik untuk menghisap darah rakyat apabila mereka memasukkan clause kadar kutipan tol PLUS perlu dilakukan setiap tempoh beberapa tahun bagi menaikkan kadar kutipan. Sepatutnya sebagai PM dan Menteri Kewangan, perjanjian tersebut perlu membela rakyat, bukannya mencekik darah rakyat demi keuntungan kroni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat. waris kesultanan sulu tu, ada apa? negara pun tiada, hidup menggarapkan ihsan kerajaan filipina. Memang patut sangat kerajaan malaysia menghentikan bayaran tersebut,,kerana kebiadaban waris sultan sulu melakukan pencerobohan bersenjata di lahad datu. isu serious ini boleh dijadikan asas untuk memberhentikan sewaan dan membatalkan perjanjian GILA ( selama ada bulan & matahari ) tu. tetapi, ag dah buat silap,,kita tanggung la akibat. berhenti la salahkan org itu dan ini, sebaliknya dakwa bekas ag bodoh tu, habis cerita.

      Delete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post