Surat 'Luar Biasa Bodoh' Hang Kata Najib?.. Baca Ni Apa Tommy Kata

Pada 13 Mac lalu,Najib mempersoalkan tindakan Tommy menyatakan rasa kesal kepada peguam Sulu selepas Malaysia memberhentikan bayaran RM5,300 setahun dalam surat kepada peguam di United Kingdom (UK) yang mewakili keturunan Sulu yang menyaman negara pada tahun 2019.

Najib tidak faham mengapa Tommy mengaku Malaysia kesal dalam surat kepada peguam Sulu yang disifatkannya sebagai 'Luar Biasa Bodoh' sedangkan bayaran tersebut dihentikan pada tahun 2013 selepas insiden pencerobohan Lahad Datu.

”Yang saya tak faham ialah Peguam Negara masa kerajaan PH telah tulis surat pada tahun 2019 kepada peguam UK mewakili keturunan Sulu yang sedang saman negara kita untuk mengaku Malaysia kesal dengan pemberhentian bayaran dan menawar untuk bayar “tunggakan” dari tahun 2013 hingga tahun 2019 berjumlah RM48,300 bagi menyelesaikan kes.

“Saya memang tak faham kenapa dia kesal. Dia kesal bahawa ‘hanya’ 10 ahli anggota keselamatan kita terbunuh atau apa?” soal Najib lagi.

Najib juga mempersoalkan adakah Tommy dan PH fikir keturunan Sulu akan menghentikan kes setelah dibayar pampasan RM48,300 sahaja.

Sedangkan mereka sanggup mengupah peguam UK untuk saman Malaysia untuk pampasan berpuluh bilion ringgit di negara Sepanyol.

Najib turut kesal kerana selain kerajaan PH tidak menghantar wakil bagi kes Mahkamah Sepanyol, surat Tommy pada tahun 2019 telah dijadikan bukti dan alasan utama oleh peguam keturunan Sulu.

Ini kerana surat tersebut disifatkan sebagai pengakuan bahawa negara telah “salah” dan Malaysia “kesal”.

Surat tahun 2019 itu juga digunakan oleh peguam UK untuk menyangkal pendirian Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun bahawa identiti waris terbabit diragui.

”Sekiranya kamu kata Malaysia sudah mengaku salah dan kesal, adakah kami masih berpeluang untuk menang kes ke?” soal Najib.

Banyak betul soalan Najib mengenai isu ini nampaknya..

Setelah buat bodo saja bila ramai pihak mempersoalkan tindakannya menulis surat itu bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas akhirnya buka mulut berhubung isu tuntutan waris Kesultanan Sulu.

Berikut adalah penjelasannya..

Semalam, Tommy berkata, kandungan Perjanjian 1878 berhubung penyerahan sebahagian besar Sabah oleh Sultan Sulu, Sultan Mohamet Jamal Al-Alam kepada dua wakil dan ejen Syarikat Borneo Utara British dideraf dengan jelas.

Katanya, perjanjian itu mempunyai kesan perundangan yang menujukkan hasrat kedua-dua belah pihak supaya ia dikuatkuasakan mengikut undang-undang.

Beliau menjelaskan, tiada sebarang kandungan utama dalam perjanjian itu yang menunjukkan ia mempunyai maksud samar-samar, sebaliknya jelas menyatakan tanah yang dikenal pasti dalam dokumen berkenaan diserahkan untuk selama-lamanya.

Perenggan dalam perjanjian itu, katanya, tidak boleh ditafsirkan untuk membawa maksud lain, selain ia adalah pemberian secara terang-terangan yang mempunyai kesan undang-undang berhubung pemindahan hak milik tanah terbabit daripada Sultan Sulu kepada Syarikat British.

Tommy berkata, ia bukan pajakan dan tidak pernah bertujuan bagi tempoh sementara dengan pertimbangan bagi penyerahan itu ialah pampasan sebanyak 5,000 dolar setahun, yang secara tersiratnya juga adalah untuk selama-lamanya.

"Jumlah itu adalah tetap dan tidak tertakluk kepada sebarang kenaikan atau semakan. Sepanjang pengetahuan saya, kerajaan tidak menjelaskan secara terbuka pada 2013 mengapa ia menghentikan pembayaran pampasan tahunan kepada pihak yang menuntut (Kumpulan Sulu).

"Penjelasan tidak rasmi diberikan ialah ia berikutan pencerobohan bersenjata pengganas Sulu di Lahad Datu di Sabah pada 2013. Bagaimanapun, tiada bukti boleh mengaitkan pihak menuntut yang menerima pampasan tahunan dengan penceroboh itu.

"Jika kerajaan ada bukti sedemikian, cara yang bijak adalah memfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi Sabah di Kota Kinabalu bagi mendapatkan perintah bahawa kumpulan itu telah kehilangan hak untuk menerima bayaran pada masa hadapan dan bahawa Perjanjian 1878 tidak lagi berkuat kuasa.

"Jika itu berlaku, tindakan kerajaan untuk menghentikan pembayaran akan dibenarkan mahkamah, malangnya pihak yang bertanggungjawab ketika itu tidak mengambil langkah ini," katanya.

Katanya, tanpa sebarang alasan menghentikan pembayaran kepada pihak yang menuntut selepas 50 tahun dan tanpa meminta kebenaran mahkamah, kerajaan sudah memungkiri perjanjian berkenaan dan pihak menuntut berhak bagi pelaksanaan spesifik melalui perjanjian yang dipertikaikan itu.

"Ia secara praktikalnya bermaksudMalaysia mesti membayar tunggakan pampasan tahunan sebanyak RM5,300 daripada 2013 hingga 2022 dan mengaku janji untuk membayar jumlah sama setiap tahun selepas itu," katanya lagi.

Thomas memberi penjelasan mengenai pertikaian antara kumpulan Sulu dan kerajaan yang membawa kepada aset dua anak syarikat PETRONAS di Azerbaijan dirampas kumpulan itu yang dikatakan menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia, seperti dilaporkan Financial Times.

Menurutnya, perbincangan awam mengenai isu berkenaan dicemari dengan pelbagai maklumat salah dan penipuan.

Bagaimanapun, Thomas berkata, oleh kerana perjanjian itu tidak menyatakan sebarang klausa berhubung penimbang tara dan oleh kerana Pejabat Konsul Her Britannic Majesty bagi Borneo sudah tidak wujud, forum paling sesuai untuk menyelesaikan pertikaian adalah mahkamah di Sabah.

Katanya, keputusan yang diputuskan oleh mana-mana forum lain yang dikata menjalankan bidang kuasa terhadap pertikaian ini adalah tidak sah dan sepatutnya tidak diendahkan sepenuhnya oleh kerajaan.

Selanjutnya, beliau berkata, kerajaan memohon untuk mengetepikan semua keputusan Mahkamah Tinggi Madrid, termasuk pelantikan penimbang tara, Dr Gondoza Stampa (yang membenarkan tuntutan kumpulan Sulu), di mana mahkamah Sepanyol pada 21 Jun tahun lalu berpihak kepada Malaysia dengan mengetepikan semua keputusan sebelum ini oleh Mahkamah Tinggi.

Dipetik dari Berita Harian

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Cubaan terbaru Tun Mahathir alih tiang gol.

    Cubaan Mahathir alih tumpuan terhadap skandal skandal kroni dan diri sendiri , Cubaan ‘desperate’ Mahathir mahu bawa persepsi konon konon ada sesuatu tidak elok maka Mahathir lancar serangan “false flag operation” dengan menyerang hubungan Jho Low dan Tan Sri Appandi Ali.

    Fakta kenapa Tun mencipan cuba alih tiang gol disebabkan Appandi adalah individu yang sedang mengepalai siasatan penyerahan Pulau Batu Puteh yang diserah kepada jiran secara tergopoh gopoh dan secara solo oleh Mahathir.

    Mahathir serang Appandi berurusan dengan Jho Lo, tapi buat bodoh bangang mcm ayam berak kapur tidak ada telo nak usik Zeti/Tawfeq terima duit rasuah AMLA 700 jota dari Jho Lo.

    Penyerahan dibuat dimasa Singapura mendedahkan akaun akaun kroni milik Tun Mahathir dan juga keluarga Zeti disiasat oleh Polis dan CAD Singapura.

    Usaha menghalang Appandi Ali menjadi ketua menyiasat terhadap Mahathir , maka Mahathir cuba melakukan ‘character assisination’ terhadap Appandi.

    Mahathir sibuk hal Appandi , membisu hal Zeti dan Nazlan. Mahathir yang tidak pernah mahu beri komen (syyhh..baca : tak ada telor) berkenaan rasuah Zeti dan Taufik Ayman RM700 juta yang menerima sogokan dari Jho Lo sebanyak dua kali.

    Jika akaun Najib dikendalikan oleh dua orang lain dikira curi ,kenapa akaun Nazlan dan Zeti dikendalikan sendiri tidak dikira mencuri pula.

    Undang undang apa dikira Najib salah dan undang2 apa yang kata Nazlan dan Zeti tidak bersalah?

    Seluruh negara rancak berbual filem terbitan tempatan “Mat Kilau” cecah kutipan RM90 jota. Dlm masa sama rakyat sedang lihat aksi 'Mat Pulau' yg serah Pulau Batu Putih pada anak Lee Kwan Yew dalam cubaan nya alih tiang gol kes Apandi Ali dng Jho Low tapi tak ade telor dan membisu bila Zety terima AMLA RM700 jota dari Jho Low.

    Makin renta makin bertambah telor nya oopsss silap..!! makin bertambah bodoh nya.

    kikikiki..

    KHALAS

    ReplyDelete
  2. Malaysian 'Jho Low 2' Bukit Aman bawa pulang dari Thailand. Peergh tajuk berita terrbaek lah..!!

    Mungkin kah tokey Cina Teow@Jho Low 2 ni pun lesap juga akhirnya seperti Jho Low..!?

    Teow mengasaskan Kumpulan MBI dan mengendalikan kompleks hiburan, termasuk resort di Danok di sempadan Thailand- Malaysia, dan juga membina empayar perniagaan daripada skim pelaburan dalam talian yang menarik pelabur dari China, Thailand, Malaysia, Indonesia dan Macau.

    Pada 2017, Teow telah ditangkap oleh Biro Penindasan Narkotik (NSB) Polis Diraja Thai atas tuduhan dadah tetapi dia melarikan diri dari Songkhla dan terlepas daripada hukuman mati.

    Teow@Jho Low 2 ni seribu kali lebih mulia lebih kaya raya lagi dari Datuk Nikky yang lesap semasa serbuan dan Jho Low 1 pun lesap jadi beruang.

    Sebabnya Cina Teow@Jho Low 2 ni lebih kaya giler dari tokey judi lain kerana Cina Teow@Jho Low 2 ini menganjurkan online gambling melibatkan rakyat China Tanah Besar, rakyat Vietnam, Cambodia, Thailand dan Malaysia. Lepas tu dia buat duit dengan membuka nite clubs, brothels.

    Ramai yang terliur dengan kekayaan Cina Teow@Jho Low 2 ini. Besar peluang nak lesap lagi lebih cerah kali ini.

    Kenapa PDRM terkinja kinja, excited semacam nak bawa balik Teow@Jho Low 2 tu ke KL....? Sebabnya dia ada duit banyak. Kesudahannya dibuang kes macam sekor lagi tokey Cina yang terlibat dalam money laundering baru-baru ini..kalau kena dakwa ke mahkamah tokey judi online tokey bapak ayam along pakai baju Polo bukan baju tahanan reman.

    Tak baik sangka baik.. elok sangka buruk. Dah banyak fakta kejadian tokey judi online tokey ayam, tokey along yg lesap ada yang jadi beruang, lesap masa serbuan dan macam macam lagi ini.

    Cerita lesap lolos dalam serbuan ini dah jadi benda biasa pada pihak berkuasa Malaysia selagi Kartel Mafia Kerala ini berkuasa di Malaysia..

    ReplyDelete
  3. Sekarang adalah SAMNAK SAMBODHI (Taman Desa Jaya, Kepong) ialah tempat menyimpan hantu dan tempat membuang hantu oleh presiden YIP KUM FOOK (MCA Gombak) kerana presiden ini dalam perkara yang lebih kotor di kuil, dia tidak fikir dia sendiri adalah hantu besar dan syaitan di Malaysia, dari dulu hingga sekarang tidak pernah berhenti buat jahat, hari ini ramai orang Kepong tahu tentang dia dan apa yang dia buat

    Sekarang kawan dia musuh dia sebab dia curang dengan kawan karib dia, lepas dia tipu dan jual sebidang tanah di Johor kat Encik Lim dan Encik Lim bayar dia semua, lepas tu Encik Lim nak tengok tanah tu. tetapi tidak ada tanah, Encik Lim adalah yang terakhir mengupah peguam untuk mendapatkan wang itu balik

    YIP KUM FOOK tidak berasa malu dan dia sangat bodoh untuk menipu orang, mungkin dari generasi atuk dan nenek, YIP KUM FOOK seperti manusia tidak mudah mati kerana dia perlu menderita di dunia ini untuk masa yang lama, semua yang dia lakukan atau buat, dan semua akan berpindah kepada anak-anaknya akan dapat derita

    menambahkan sangat penting untuk menjadi presiden kuil (persatuan Buddha), ini adalah banyak dosa dan karma berat untuk mengikuti ajaran Buddha, agama Buddha bukan untuk anda bermain dan menghina, kerana agama Buddha adalah agama manusia hormati seluruh dunia

    satu hari nanti dia akan terima apa yang dia buat, awak tak boleh lari dari apa yang awak buat, awak akan hidup sendiri dan tanpa kawan..kita bersama menolak orang jahat di Malaysia dan kita sayang Malaysia

    Daripada Rakyat Kepong (Mr. Ng & Mr. Lim)

    ReplyDelete
  4. BAYARAN BALIK WANG TAK DITUNTUT DIJANGKA MENINGKAT RM95 JUTA TAHUN INI..KHAMIS, 04 DISEMBER 2008 12:00 AM

    KUALA LUMPUR: Jumlah bayaran balik wang tak dituntut (WTD) dalam simpanan Pendaftar Wang Tak Dituntut kepada pemilik dijangka meningkat sehingga RM95 juta pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

    Pada tahun lepas, katanya RM58 juta WTD telah dibayar balik kepada empunya berbanding RM15 juta pada tahun 2002.

    "Melalui usaha berterusan yang dilakukan kerajaan, ramai pihak yang menuntut berjaya memperolehi wang mereka kembali," katanya di sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.

    Sehingga Oktober 2008, seramai 51,000 orang telah memperolehi wang tersebut, meningkat daripada 46,000 orang pada tahun 2007 dan 42,000 orang pada 2006.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan SENATOR DATUK YIP KUM FOOK(MCA Gombak) yang ingin mengetahui jumlah WTD yang terkumpul oleh pendaftar dan apakah usaha yang diambil oleh kerajaan untuk mengesan pemilik WTD ini.

    Ahmad Husni berkata jumlah WTD yang diterima setiap tahun oleh pendaftar menunjukkan peningkatan yang ketara apabila tempoh WTD selama setahun sebelum sesuatu wang yang tak dituntut perlu diserahkan oleh syarikat atau firma kepada pendaftar dimansuhkan melalui pindaan Akta Wang Tak Dituntut berkuatkuasa 1 Jan, 2003.

    Pada tahun 2006 dan 2007, katanya jumlah WTD yang diterima oleh pendaftar terus meningkat dengan kadar yang tinggi apabila banyak sekuriti tak dituntut diserahkan ke dalam Akaun Depositori Pusat Menteri Kewangan telah dijual dan hasil jualan dibayar kepada pendaftar sebagai WTD.

    Jumlah WTD dalam simpanan pendaftar sehingga 31 Dis 2007 adalah sebanyak RM2.85 bilion.

    Ahmad Husni menjelaskan bahawa pendaftar, selaku pemegang amanah sentiasa berusaha membantu orang awam yang menghadapi masalah dalam semakan WTD di syarikat dan firma berkenaan.

    "Orang ramai boleh mengemukakan pertanyaan melalui kaunter pejabat pendaftar atau panggilan telefon atau secara bertulis serta melalui internet," katanya.

    Kerajaan pada tahun 2006 telah membangunkan Sistem Kewangan dan Pengurusan Perakaunan Kerajaan di bawah kawalan Jabatan Akauntan Negara untuk menyimpan rekod WTD yang diserahkan oleh syarikat dan firma sejak tahun daftar 2005. BERNAMA

    * SENATOR DATUK YIP KUM FOOK tidak perlu bertanya apa-apa kerana dia ditipu ramai orang di Kepong dan juga playboy di mana-mana, dia sangat jahat, sekarang ramai orang tahu apa yang dia lakukan

    ReplyDelete
  5. Amanat bagi pengundi yang lawan boboi di PRU 15 kali ini. Pilih calon bukan parti lagi

    Sekiranya PejWang bergabung dng PKR/PH ka atau UMNO/ BN ka sblom PRU 15 nih... kalau Boboi diletak jadi calon pada mana mana gabungan tsb ditakdirkan lawan lawan calon PAS. Maka semua pengundi pengundi Melayu dari kedua dua gabungan itu hendaklah memilih calon PAS.

    Sekurang kurang nya akidah calon PAS dan semangat Islam tidak diragui lagi berbanding legasi Boboi ini ada yang menganut akidah COMANGO dan liberal.

    Cari lah calon yang kurang mudarat pada Islam berbanding legasi acah acah power Melayu Islamik dlm diam diam pulau di gadai, tanah tergadai dan akidah pun digadai semua.

    ROS lulus tangguh pemilihan maka pilihanraya akan diadakan selewat lewatnya November ini.

    Beri laluan Parti PejWang ada Mukhriz dan Tun Mahthir ke laut dalam untuk selama lamanya PRU 15 nanti.

    Wahai Boboi jika datang PRU 15 ini jangan lah kau cemas ia juga ketentuan Allah PRU 15.

    Parti PejWang dah melingkup sebelum PRU 15 itu benar. RUU lompat parti itu benar. PejWang melingkup konon jadi kuasa ke tiga pun benar. Apak mu melingkup di PRU 15 kali ini, Itu adalah paling benar. Lingkupkan boboi maka melingkuplah legasi tak guna ini tepat sekali benar.

    Selepas PRU PejWang dan Boboi melingkup akan disimen selama lama nya adalah benar. Tiada yang tidak benar melainkan benar blako lingkupkan Boboi di PRU 15 bersama legasi haramjadah ini adalah benar dan paling benar benar blako.

    KHALAS

    Reply

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post