“Tengoklah Anwar Sekarang... - Daim

SUDAH tiba masa tokoh politik veteran berundur untuk memberi ruang kepada generasi baharu memimpin negara, kata Daim Zainuddin.

“Sosok ini mesti berundur demi negara dan beri peluang generasi baharu naik.

“Selagi mereka masih kekal di sini, generasi baharu tidak boleh naik,” kata bekas menteri berusia 84 tahun itu dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight di pejabatnya di Menara Ilham.

Beliau memberi pandangannya mengenai masa depan Malaysia selepas pentadbiran Pakatan Harapan tumbang pada 2020.

Daim memberi contoh bekas seterunya Anwar Ibrahim sebagai contoh tokoh politik yang perlu berundur.

Katanya, presiden PKR itu malah cuba menghalang bekas naib presiden parti itu, Rafizi Ramli dari menguasai jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Daim berkata, Anwar sebelum ini menyalahkan beliau apabila Mohamed Azmin Ali menewaskan Rafizi dalam persaingan jawatan timbalan presiden sewaktu pemilihan PKR 2019.

“Apabila Azmin menang, dia (Anwar) datang jumpa dan beritahu ‘Azmin tak akan berani cabar saya tanpa sokongan awak’.

“Saya beritahu Anwar, biarlah betul. ‘Awak yang minta Rafizi lawan Azmin. Jadi apabila Rafizi kalah, maknanya awak kalah. Lagi teruk, awak beritahu orang Rafizi kalah sebab Daim.

“Macam mana saya, sebagai orang luar, yang tak kenal pun ahli awak, kawal parti awak? Lepas itu, dia diam dan tak datang jumpa saya lagi,” kata Daim sambil ketawa.

Katanya terlalu ramai pemimpin veteran masih bergantung kepada kuasa politik di Malaysia dan cuba menghalang pemimpin muda meningkat naik.

“Tengoklah (Anwar) sekarang. Dia cuba sekat Rafizi. Kalau saya jadi (Anwar), saya sudah letak jawatan.

“Awak nak perubahan tapi awak tak mahu berubah dan sekarang anak perempuan awak pun lawan,” katanya.

Terlepas peluang

Walaupun bersara dari politik, Daim bersama pemimpin seperti bekas ketua wanita Umno Rafidah Aziz tampil berkempen untuk Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum 2018.

Daim kecewa apabila pentadbiran yang berjaya dibentuk PH selepas itu tumbang pada 2020.

“Kita ada peluang apabila kita menang pilihan raya pada 2018. Orang Melayu keluar dan tolak Umno. Tapi malangnya ahli politik tetap jadi ahli politik, mereka ada cita-cita dan biarkan agenda parti kuasai agenda nasional.

“Semua pihak ambil pendirian sendiri dan tidak ambil pendirian bersama. Mereka setuju dalam kabinet, kemudian apabila keluar sebut perkara lain.

“Saya kata waktu itu, kerajaan ini tak akan lama. Ini bukan cara tadbir kerajaan.”

Daim berkata, keadaan itu serupa dengan perkembangan di Jepun dan Indonesia selepas pentadbiran parti LDP dan Golkar yang memerintah sebegitu lama diganti.

“Ada ketidakpastian dan ketidakstabilan dan semua orang tidak sabar dan biar agenda parti mengambil alih (pentadbiran). Tentulah kita salahkan Dr Mahathir (Mohamad) kerana letak jawatan.

“Maksud saya dia ada sebab sendiri tetapi saya tidak fikir dia patut letak jawatan. Dia ada sokongan ahli parlimen untuk kekal kerana semua orang mahu sekat Anwar.

“Orang Melayu tidak suka Anwar. Hanya PKR, tapi tidak semua kerana ada blok Azmin, DAP dan Amanah.

“Tetapi cita-cita peribadi terlalu kuat sehingga mereka tidak peduli kepada negara. Sekarang ini kembali kepada Umno dan klusternya. Peluang itu sudah terlepas.

“Sukar sekali untuk dapat peluang lain. Nampaknya tak ada. Malah sehingga hari ini pun (pembangkang) masih berpecah. Dan ini akan berterusan hingga 10 tahun jika kita tidak hati-hati.”

Daim yang meraih PhD dari Universiti Malaya pada usia 81 tahun tetap optimis pada masa depan Malaysia.

“Kita ada masa depan tetapi kita perlu putuskan. Generasi baharu perlu sertai dan kemudian pendidikan perlu main peranan.

“Kemudian mungkin waktu itu kita ada peluang untuk laraskan semula negara,” katanya lapor The Malaysian Insight

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Anonymous9/26/2012 8:08 AM
    Kepada Saudara-saudara dan Saudari-saudari yang hormati sekian,
    Bahawa saya, peguam Yip Jiun Hann, Pemuda MCA Gombak seorang anak Yip Kum Fook ingin bertanya mengapa orang ramai begitu dengki bapa saya beristeri lebih dari tiga? Ini sebuah Negeri demokrasi, dia mahu sepuluh isteri pun hak dia sendiri, sekiranya dia bolih bertanggujawab.

    Demi Islam pun bolih berkahwin lebih daripada empat perempuan. Saya harap orang ramai berfaham dan jangan bodoh.

    Kalau semua mahu cabar demokrasi dan hak asasi, orang ramai bolih bertanya pada YB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak and Pengurusi MCA Malaysia Datuk Dr. Chua Soi Lek, kerana memperbuatan mereka sama dengan bapa saya.

    Yang benar

    Pemuda MCA Gombak
    Sdr. Yip Jiun Hann

    http://margeemar.blogspot.com/2012/06/malaysia-between-les-majeste-treason.html

    REPLY:

    Anon 19:31 @Yip Jiun Hann. saya pekenal saya diri sendiri nama seorang lawyer jugak Marapoo a/l Tanyasapa. Ini orang Malaysia juga ada busybody takdak mau respeck sama demokrasi dak hak-hak kemanusiaan. Saya punya appa juga ada kawin 9 kali estet juga buat. Itu saya punya appa kasi bilang ini Malaysia duduk banyak freedom apa..India, Cina , Malayu juga boleh kasi kawin.Tapi itu Islam kasi kawin Ampat saja Mr.Yip, takda kasi lebih. Tuhan Alah cakap dalam Kitab Kuran kasi kawin satoo,duaa,tigaa, ampaaat. Tapi itu jam kaloo takda bole kontrol mari, angkat satoo jugak Mr Yip. You itu jam angkat Loyer mana ounya tempat?? Univesiti TonSan mana?? Mr.Yip itu main belakang mari pun sini undang2 Malaysia takda kasi macam isteri juga. Itu main banyak2 belakang nanti tabley kira macam you punya bapak loo. Ayoo yoo dey

    http://medantempurkedah.blogspot.com/2012/07/kebodohan-suara-keadilan-persoal-kenapa.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post