Istilah “khemah besar” digunakan untuk menggambarkan keutamaan Anwar dalam menyatukan semua parti pembangkang untuk menghadapi Barisan Nasional pada PRU15.
Namun berlaku percanggahan antara beliau dan Rafizi, bilamana pada April lalu Rafizi menentang cadangan itu. Katanya, Langkah Sheraton pada Mac 2020 menunjukkan gabungan itu boleh dikhianati oleh parti komponen seperti yang dilakukan oleh Bersatu.
Nik Nazmi Nik Ahmad, yang memenangi satu daripada empat jawatan naib presiden PKR berkata, pemilihan parti menunjukkan ahli PKR menolak strategi “khemah besar” dan “pakatan politik pintas” dengan pihak yang “berulang kali menolak pembaharuan, keadilan sosial serta semangat berbilang kaum”.
Kelmarin, Rafizi di dalam Facebooknya menggesa ahli PKR memilih 20 calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi melengkapkan barisan kepemimpinan sesi 2022-2025 dalam kalangan mereka yang menolak idea khemah besar.
Guan Eng mengulas mengenai penolakan idea "Khemah Besar" itu berkata “Itu dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar sewaktu pemukiman di Port Dickson. Itu faktanya. Kalau nak buat keputusan yang berlawanan, bermakna dia lawan Anwar lah,”
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub pula berkata “Apa pasal nak tolak (khemah besar)? Kita nak bawa kemungkinan Anwar menjadi Perdana Menteri itu berjaya. Kita nak semua parti pembangkang bersatu..
Apapun diharap Rafizi berhati-hati dengan tindakannya itu yang jelas melawan kehendak Anwar Ibrahim.. Bukalah lipatan sejarah dan lihatlah apa yang terjadi kepada individu-individu yang bertentangan kemahuan dengan Anwar Ibrahim..
Laporan berkaitan..
KUALA LUMPUR: Mana-mana pihak yang mempertikaikan konsep khemah besar umpama menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana perkara tersebut diputuskan beliau yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH).
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, konsep itu adalah alternatif untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), sekali gus perlu diadakan bagi menyatukan pembangkang.
“Itu ialah keputusan yang dibuat oleh PH yang mana konsep khemah besar adalah ingin menyatupadukan parti pembangkang yang tulen.
“Itu dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar sewaktu pemukiman di Port Dickson. Itu faktanya. Kalau nak buat keputusan yang berlawanan, bermakna dia lawan Anwar lah,” katanya ketika dihubungi.
Kelmarin, bakal Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli di dalam Facebooknya menggesa ahli PKR memilih 20 calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi melengkapkan barisan kepemimpinan sesi 2022-2025 dalam kalangan mereka yang menolak idea khemah besar.
“Kita wajar memilih calon yang secara jelas menolak khemah besar. Sebahagian besar anggota PKR di seluruh negara pada dasarnya menolak khemah besar dan mahu PKR membina kekuatan sendiri.
“Undilah calon yang konsisten menolak khemah besar,” tulis Rafizi.
Guan Eng bagaimanapun enggan mengulas isu ‘keluarga dalaman’ PKR itu sehingga kesemuanya dimuktamadkan pada 17 Julai ini.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub turut berkata, tiada sebab menolak konsep khemah besar kerana ia adalah persetujuan bersama dalam PH.
“Apa pasal nak tolak (khemah besar)? Kita nak bawa kemungkinan Anwar menjadi Perdana Menteri itu berjaya. Kita nak semua parti pembangkang bersatu.
“Yang mana ingin kerjasama, kita pelawa. Yang tidak mahu, kita ucapkan terima kasih dan kita hormati,” katanya. – UTUSAN
'Khemah Besar': Semoga Rafizi Tak Kena Cantas..
byAnak Sungai Derhaka
-
1
We hope the ruler of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Cancel or revoke this title of Datuk ship DATUK YIP KUM FOOK叶金福 because he is very bad in the Chinese community in Malaysia, also very disturbed Buddhist monks, anyone can write a letter to the Sultan of Selangor to inform about MCA YIP KUM FOOK叶金福
ReplyDeleteWe also hope that everyone loves Malaysia, do not mess it up and don't like other people, only then can we live in this country in peace and happiness. DATUK YIP KUM FOOK叶金福 is very proud of himself, now the world is different from the past and now many people have education, you cannot fool them
DATUK YIP KUM FOOK叶金福made the Samnak Sambodhi Buddhist Temple (吉隆坡甲洞帝沙再也三宝) destroyed and now the Temple is near to collapse because he is playing politics in the temple, everyone know about that
Sharing by Tony Toh & friends
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!