SHAH ALAM - Walaupun Mahkamah Persekutuan belum mendengar rayuan terakhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pembabitannya dalam kes syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC), namun sudah ada cakap-cakap mengenai siapa bakal menjadi calon Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) nanti.
Antara nama disebut-sebut bakal bertanding atas tiket BN bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pekan adalah anak sulung Najib iaitu Datuk Mohd Nizar.
Mohd Nizar, 44, kini dianggap calon paling sesuai menggantikan Najib sekali gus meneruskan legasi ditinggalkan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sekiranya Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC, akhir bulan ini.
Oleh itu, tidak hairanlah jika Mohd Nizar yang juga Ketua Pemuda UMNO Pekan dilihat sering turun padang dan menghulurkan bantuan kepada penduduk parlimen berkenaan yang memerlukan perhatian dan ditimpa musibah seperti banjir atau kebakaran.
Felo Penyelidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, tidak salah jika BN memberi peluang dan ruang kepada Mohd Nizar bertanding di Parlimen Pekan dalam PRU15 jika Najib disabitkan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan nanti.
Awang Azman menegaskan tindakan itu membolehkan Mohd Nizar membuktikan sama ada beliau layak atau tidak meneruskan legasi Najib dan datuknya, Tun Abdul Razak yang menjadi Ahli Parlimen Pekan, sejak beberapa dekad lalu.
Bagaimanapun, Awang Azman tidak menolak kemungkinan bahawa Mohd Nizar bakal berhadapan dengan cabaran dan saingan sengit calon anak muda dari parti lain bagi mempertahankan kubu kuat BN dan kerusi dimenangi bapanya, sejak 1976 lagi.
"Suatu ketika dulu memang keputusan pilihan raya banyak ditentukan oleh pengaruh keluarga misalnya, Tun Abdul Razak kepada Najib; Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Mukhriz; Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Nurul Izzah (PKR) serta Lim Kit Siang kepada Lim Guan Eng (DAP).
"Bagaimanapun, dalam konteks sekarang persaingan dan populariti dalam kalangan kelompok politik keluarga akan bertambah namun mereka sukar mendapat tempat dalam masyarakat lebih besar kerana rakyat sekarang mempunyai pendedahan, pemahaman dan sumber maklumat lebih baik dari zaman dulu.
"Ini antara cabaran terbesar bakal dihadapi Mohd Nizar, biarpun beliau dianggap calon 'favourite' atau pilihan dan diramal tidak akan menghadapi masalah besar untuk mempertahankan kerusi Pekan yang disandang oleh bapanya sekarang," katanya ketika Sinar Premium.
Awang Azman berkata demikian ketika diminta mengulas siapa paling layak menjadi calon BN di Parlimen Pekan pada PRU15 nanti, jika Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah dibuat oleh Mahkamah Rayuan terhadap Najib dalam prosiding selama 10 hari yang bakal berlangsung mulai 15 hingga 26 Ogos ini.
Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta dan memerintahkan bekas Perdana Menteri itu dipenjara 12 tahun dan didenda sebanyak RM210 juta.
Tidak lama selepas itu, pada 8 Disember 2021, panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman berkenaan.
Untuk rekod, Najib menang dengan majoriti 24,859 undi apabila memperoleh 43,854 undi dalam pertembungan empat penjuru di kerusi Parlimen Pekan pada PRU14 lalu.
Sebelum ini, nama Mohd Nizar pernah menjadi bualan hangat apabila dikatakan akan menjadi calon BN bagi merebut kerusi DUN Chini susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas di Bangsar, 7 Mei 2020.
Bagaimanapun, BN kemudiannya memilih Mohd Sharim Md Zain sebagai calonnya dalam PRK Chini sekali gus mempertahankan kerusi DUN berkenaan.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, BN perlu mengenal pasti calon sesuai untuk menggantikan Najib di Parlimen sekiranya Mahkamah Persekutuan mengekalkan bekas Perdana Menteri ke-6 itu bersalah seperti diputuskan oleh Mahkamah Rayuan, sebelum ini.
Mazlan berkata, salah satu jalan terbaik boleh diambil BN adalah dengan memilih anak sulung Najib untuk bertanding bagi menggantikan beliau di Parlimen Pekan pada PRU15 nanti.
"Sebenarnya keluarga Najib dan Tun Abdul Razak adalah golongan elit politik yang mempunyai legasi yang berpengaruh dan dihormati serta dianggap istimewa dalam kalangan masyarakat Melayu terutama di Parlimen Pekan, Pahang.
"Justeru, tidak hairan jika Najib diangkat menjadi Perdana Menteri selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya. Begitu juga jika Mohd Nizar bertanding di Parlimen Pekan, bermakna beliau akan meneruskan legasi keluarganya yang dihormati pengundi Melayu di sana.
"Oleh itu, saya meramalkan Mohd Nizar tidak akan menghadapi masalah besar untuk menang jika beliau bertanding di Parlimen Pekan pada PRU15 nanti, sekali gus mampu menyambung legasi bapa dan datuknya. Malah, orang Melayu di Pekan amat menghormati dan menghargai jasa Tun Abdul Razak," katanya.
Bagaimanapun, keputusan muktamad siapa bakal calon BN di Parlimen Pekan akan diputuskan oleh Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN selepas berbincang dengan parti komponen lain apabila Dewan Rakyat dibubarkan dan tarikh PRU15 ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kelak ~ Sinar
![]() |
Mohd Nizar (kanan) bersama Ketua Pemuda UMNO Raub, Fadzli Mohamad Kamal |
Bagaimanapun, keputusan muktamad siapa bakal calon BN di Parlimen Pekan akan diputuskan oleh Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN selepas berbincang dengan parti komponen lain apabila Dewan Rakyat dibubarkan dan tarikh PRU15 ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kelak ~ Sinar
Kesian kuda kayu Tun budak Rafizi Ramli. Bila kuda kayu Tun terpekik terlolong pasal LCS suma walaun dan blogger Tun pun ikut satu kali terpekik terlolong berlari lari dari satu bukit ke satu bukit... kikiki.
ReplyDeleteSemua goreng mamak kuda kayu Tun sangat mudah bossku lawan. Dari dolu lagi aku pesan lawan fitnah jijik goreng mamak dengan fakta, data dan stasistik suma melingkup ke laut dalam akhirnya... kikikiki
Satu kali kuda kayu terpekik terlolong maka kuda kuda kayu Tun yg lain tumpang sekaki termasuk blogger reformasi spt Budin Blog, Kelengge blog, KluangDimond Blog dll.
Rafizi dengan angkuhnya membuat “pendedahan” kononnya ada dua syarikat sub-kontraktor digunakan secara berlapis-lapis untuk mengaut keuntungan 200% daripada projek LCS.
Bossku bertanya esay question pada Rafizi, siapa pemilik kedua-dua syarikat itu?
Akhirnya Raja Formula Luar Tabii terpaksa mengaku bahawa kedua-dua syarikat sub-kontraktor tersebut merupakan syarikat usaha-sama 51%-49% antara Boustead dengan syarikat Jerman gergasi Rheinmetall AG yang merupakan pakar sistem senjata anti-udara.
Wakil-wakil syarikat Jerman yang disebut Rafizi adalah Gordon Hargreave, dan Luitjen Rolf Ennega yang kemudian ditukar dengan Frank Hoffmann.
Memetik sumber, bossku menegaskan perkara tersebut biasa dilakukan malah turut dibuat dalam gabungan Celcom-Digi yang bermula dan diluluskan zaman PH juga.
Hadooiii iii mana nak letak muka kuda kayu Tun nih..!! Goreng mamak tak cukup masin.!
Pengurusan syarikat gabungan itu diketuai oleh orang asing yang merupakan wakil Digi/Telenor manakala pengerusi ialah dari Axiata biarpun Axiata mempunyai pegangan saham yang lebih besar.
Sekiranya Rafizi menuduh orang asing iaitu wakil Rheinmetall terlibat songlap dalam projek LCS maka siasatan terperinci sangat dialu-alukan.
Kuda kayu Tun sila cuba lagi.... tak cukup garam lah goreng mamak kuda kayu tun mamak nih...
Tekak kembang goreng mamak ni weii...!!
Haahh cuba goreng lagi weeiii..!!!
Haahh Tepokkkk..!!
kikikiki
KHALAS
Macam ni punya kemampuan daya berfikir cyber trouper Najib.......mampuih...
DeleteBudak sotong yg suatu ketika dahulu mengata atok lidah bercabang dan tidak boleh dipercaya.
DeleteDemi kuasa dunia sanggup tertunduk-tunduk mencium tangan atok. Tangan yg pernah memenjara mentor konon nya reformasi.
Kalau akulah...sekali dah sedar manusia tu munafik dan lidah bercabang...jangan haraplah tunduk sambil mencium tangannya. Tambah lagi kalau orang itulah mengutuk dan menghina serts memfitnah.
Sekarang menyalak projek lcs yg jelas ada nampak kemajuan berbanding projek terowong ghaib dapigs yg langsung tak nampak apa2 di tapak projek.
Mungkin ghaib hanya utk penglihatan para mahacai phanceng yg lemas dikencing sahaja yang mampu melihat progress projek tersebut.
Sotong berani ker nak siasat terowong brader dapigs?
Dapigs abang besar phanceng.
Sotong sah tak bertulur berdepan dgn abang besar dapigs. Tak akan berani.
Standard munafik sotong phanceng!!!!
Kalau kroni Tun itu bukan rasuah itu dipanggil 'Offset'. Pada Kuda kayu Tun bernama Rafizi LSC kira 'offset' atau 'rasuah'..!?
ReplyDeleteBak mai sini saye aje yang jawab lah..
Kuda kayuTun Mahathir budakRafizi Ramai memfitnah jijik bossku dia langsung tidak menjawab isu komisen 200% yang kuda kayu Tun Rafizi timbulkan, cukup sekadar membayangkan dia tidak terbabit dalam skandal ini kerana subkontraktor CAD dan CED adalah syarikat-syarikat bersekutu LTAT.
Berikut adalah latar belakang pembabitan LTAT (melalui Boustead) di dalam CAD. Anak syarikat LTAT, Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC) meluluskan pembelian saham 51% di dalam CAD pada 28 April 2010. 49% lagi saham CAD dimiliki oleh Rheinmetall Air Defence AG (RAD), sebuah syarikat kontraktor pertahanan dari Jerman yang dipegang melalui anak syarikat milik penuhnya RD Investment AG.
Bagai mana dengan tuan kuda kayu anak Ramai ini nak kata pada penyokong dan walau Tun bila Airasia beli pesawat ribu juta Tun kata itu 'Offset'. Setiap perniagaan lumrah mintak 'offset' itu dibolehkan. Link bawah ni haah
https://pakdin-my.cdn.ampproject.org/v/s/pakdin.my/105094/?amp_gsa=1&_js_v=a9&usqp=mq331AQKKAFQArABIIACAw%3D%3D#amp_tf=From%20%251%24s&aoh=16603047998295&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&share=https%3A%2F%2Fpakdin.my%2F105094%2F
Dr Mahathir Mohamad berkata, walaupun beliau tidak berani untuk membuat sebarang keputusan berhubung dakwaan rasuah oleh Pejabat Kesalahan Berat (SFO) British yang dikaitkan dengan AirAsia dan AirAsia X, tetapi rasuah hanya berlaku apabila duit yang diterima oleh seseorang itu digunakan untuk diri sendiri.
“Umpamanya kalau kita beli kapal terbang, kita minta ‘offset’. Sama ada kita anggap ‘offset’ itu sebagai rasuah atau tidak, terpulang kepada anda.
“Bagi saya kalau kita boleh dapat sesuatu kerana kita membeli sesuatu dengan harga tinggi, kenapa kita tak boleh terima?
Kalau kroni Tun Mahathir kuda kayu mungkin kata itu 'offset'. Kalau bukan kroni tuan kuda kayu nya Rafizi fitnah jijik dlm kes LCS dan sebagainya kuda kayu Tun akan kata itu 'rasuah'
Bodoh melantun lantun punya kuda kayu Tun.
Walaun kuda kayu Rafizi link tu tak pembohong lidah bercabag macam Tun haah
KHALAS
Buktikan saya campur tangan, ambil wang projek LCS, Najib beritahu Tun Mahathir.
ReplyDeleteNajib akan berhenti daripada menjawab dakwaan PH dan Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang dan Langkawi Tun Mahathir Mohamad jika beberapa persoalan dikemukakannya dapat dijawab.
Persoalannya yang perlu dijawab ialah mengapa kerajaan PH diketuai Tun Mahathir sebelum ini berdiam diri berhubung isu LCS ketika berkuasa dari 2018 hingga 2020 sedangkan LCS pertama sepatutnya diserahkan pada April 2019.
Mengapakah Tun Mahathir diam menikus sepenuhnya tarikh akhir penghantaran April 2019 terlepas. Mengapakah Tun Mahathir langsung tidak berbunyi pada tahun 2019 apabila tarikh akhir penghantaran terlepas?
“Bagaimana pula dengan tahun 2020? Atau tahun 2021? Kenapa PH diketuai Tun Mahathir dan Lim Kit Siang senyap spt berada di tanah perkuburan.?
Kalau Tun Mahathir cabar buktikan dia trrima duit rasuah RM2.6 juta dari UKSB sedangkan anak penakannya mengaku terima duit rasuah RM2.6 juta bagi pihak Tun.
Maka elok lah buktikan Najib campur tangan, ambil wang projek LCS, Najib beritahu pada Tun Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang dan Rafizi Ramli..!!
We would like to announce to all Malaysian Buddhists, that if anyone is political, please do not allow them to join any Buddhist Temple committee or Buddhist association because they hope and expect something from Buddhists, like the SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE(吉隆坡甲洞帝沙再也三宝), there now is very problematic because the president is an MCA politician “DATUK YIP KUM FOOK (叶金福 Datuk Yip Kim Hock)”
ReplyDeleteFor example, like DATUK YIP KUM FOOK 叶金福 and he is cheating everywhere, also playboy to people wife everywhere, he doesn't have any Buddhist rules, then after go to get a position as Buddhist temple president, this is very ugly and shameful.... used police and gangsters to remove the Buddhist monks out from Temple
This SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE(吉隆坡甲洞帝沙再也三宝) is founded by Buddhist Sangha Kelantan at Taman Ehsan and then moved to Taman Desa Jaya, Kepong...You! (YIP KUM FOOK) just become a president of Temple but you reject all old committees, your mind is very dirty.... now Buddhist devotees wake up to understanding what happened at Temple
We and the devotees know very well about SAMNAK SAMBODHI because we are close to the Buddhist monks in Kelantan, we were in the committee for a long time because the last time Temple was nothings, we had to support the Sangha to build the Temple, but you (Yip) defrauded the Sangha of RM20,000.00, this is a dirty mind and stupid thought
Political ideas and Buddhist teachings, please do not mix because Buddhism is a way of human life in this world and the afterlife, DATUK YIP KUM FOOK叶金福 needs to understand more on this, because of he / you higher education (law graduate), we are ordinary people, cannot be compared to you
Tony Keong, Kepong
PRO-UMNO-MCA anti-Buddhist! 马华是反佛教!..DATUK YIP KUM FOOK 叶金福 (骗财骗色) 洗钱案最后上诉聆审
ReplyDeleteMCA PRO-UMNO anti-Buddha! DATUK YIP KUM FOOK (menipu wang dan seks) perbicaraan rayuan akhir kes pengubahan wang haram
PRO-UMNO-MCA is anti-Buddhist! DATUK YIP KUM FOOK (cheating money and sex) money laundering case final appeal hearing
By Buddhist group Kepong, Kuala Lumpur
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!