Kesiannya Kat Najib.. Katanya Kebebasan Dia Kini Terancam..

"Nyawa, kebebasan dan hak saya untuk mendapat perbicaraan yang adil, kini terancam," dakwa Datuk Seri Najib Razak.

Najib berkata demikian selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan peguam utamanya, Hisyam Teh Poh Teik untuk menarik diri daripada mengendalikan rayuan akhir kes SRC International Sdn Bhd.

Laporan berkaitan..

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui beliau kini tidak dapat mempertahankan diri dengan adil selepas permintaan peguam belanya Hisyam Teh Poh Teik untuk mengecualikan diri, ditolak Mahkamah Persekutuan.

Bercakap kepada sidang media selepas prosiding ditangguhkan, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau membantah sekeras-kerasnya keputusan panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat untuk meneruskan proses rayuan.

Katanya lagi, Hisyam berulang kali memberitahu Mahkamah Persekutuan tentang ketidaksediaan mereka untuk membuat hujahan, atas alasan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melihat hampir 200 jilid dokumen berkaitan SRC International.

“Saya hendak memasukkan dalam rekod di sini bahawa saya membantah sekeras-kerasnya prosiding rayuan hari ini, di mana hak saya, kehidupan saya dan hak untuk perbicaraan yang adil sedang dipertaruhkan.

“Seperti yang anda sedia maklum, peguam saya telah menyatakan mereka tidak dapat meneruskan hujahan (lisan) kerana kekangan masa. Malangnya mahkamah tidak membenarkan perkara itu berlaku.

“Justeru saya tidak dapat membentangkan pembelaan saya hari ini dan hanya pendakwaan yang dapat membentangkan hujah mereka bagi kes berprofil tinggi seperti ini.

"Ini sesuatu yang tidak pernah berlaku, di mana dalam kes jenayah, tertuduh tidak mempunyai peguam bela,” tegasnya lagi.

Najib, yang disabitkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta berhubung dana RM42 juta SRC International, sekali lagi menjelaskan mengapa mengambil keputusan untuk menggantikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

“Saya ingin jelaskan bahawa Tan Sri Muhammad Shafee telah melakukan kerja yang cukup baik dalam pembelaan, biarpun kalah di peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Dan cubaan saya untuk mendapatkan Peguam Kanan United Kingdom juga ditolak.

“Atas sebab itu saya tiada cara lain melainkan melantik barisan Hisyam dan Datuk Zaid Ibrahim, kerana saya perlukan perspektif berbeza,” kata Najib sambil menerangkan ia adalah kebiasaan bagi pasukan baharu untuk melihat kesemua dokumen berkaitan dalam kes berkenaan.

Susulan permohonan pembelaan untuk ditangguhkan perbicaraan itu juga ditolak, Najib berkata, Hisyam tiada jalan lain melainkan membuat permohonan untuk mengecualikan diri.

“Itu pun tak dibenarkan Mahkamah Persekutuan. Saya kini terpaksa berhadapan dengan realiti bahawa saya mungkin tidak akan ada peguam bela lagi,” katanya lagi.

Yang paling menyedihkan, Najib berkata, beliau tidak mampu untuk mempertahankan diri, biarpun percaya Hisyam dan pasukannya mampu untuk membuat pembelaan kukuh sekiranya permohonan penangguhan mereka dibenarkan.

“Saya cuma mampu berdoa untuk perbicaraan yang adil dan saksama,” katanya lagi lapor AstroAwani

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kemenangan milik barua barua Lee Kwan Yew dan proksi

    Kemenangan pada Singapura dan Lee Kwan Yew bila barua nya dengan selamber ter senyum bodoh sambil mengaru gentel telo labuh yg tak gatal memberikan Pulau Batu Putih dan digadainya pada anak Lee Kwan Yew.

    Dengan kemenangan barua LeeKwanYee @DAP sebagai proksi ini maka PRU nanti jangan terkejut barua barua Lee Kwan Yew dan proksi menguasai negara ini akan digadai Malaysia.

    Hanya seorang Jho Low semua Melayu berjaya dibodohkan melalui barua DAP@LeeKwanYew. Betapa bodohnya bercakaran sesama Melayu angkara Jho Low seorang. Kes torwong dasar laut lansung barua barua pemimpin Melayu ini sunyi pekak dan buta tuli buat buat bodoh tak tau.

    Kemenangan pada Jho Low dengan melesapkan wang berbillion ringgit terus bebas lesap, kemenangan pada CEO Astro berjaya memiliki banglo mewah puluhan jutaan hasil kerja lendir bersama Tim Lessner.

    Kemenangan ini juga pada Zety dan Taufik Ayman anak penyamunnya kerana berjaya mencuri RM700 juta duit AMLA berbanding amount yang dipalsukan tandatangani Najib hanya berjumlah 34 juta...!! Hebat yang 700 juta buat buat buta tidak didakwa yang 34 juta ditandatangai secara palsu dibongkar habis habisan..!!

    Bekas Perdana Menteri boleh ditogelkan semua termasuk akaun bank tetapi Zety dan Taufiq Ayman Jho Low Nik Faisa pula sebaliknya.

    Mereka tak hebat sebenarnya cuma mereka nampak hebat kerana kartel mafia Kerala yang melindungi sebab itu mereka kelihatan nampak hebat dan kebal.

    Begitu juha kemenangan pada Nik Faisal dan beratus pegawai kaum Cina bersekongkol di bank AmBank berjaya memalsukan dokuman dan tandatangan Najib sudah semestinya dengan habuan jutaan ringgit. Nothing is free in this world..!!

    Kemenangan Mazlan ya cuba menipu dan perdaya mahkamah yang dia sendiri jadi hakim yang dia sendiri kantoikan dirinya bahawa OKT telah menubuhkan syarikat SRC semata mata mata untuk mencuri.

    Apabila bukti terbaru terdedah, didapati Hakim itu sendiri yang meluluskan syarikat SRC atau berada bersama pihak yang meluluskan nya ketika berjawatan di Maybank.

    Kemenangan pada Maha Fitnah jijik bila Najib jadi mangsa fitnah jijik kelian.

    Sekiranya kartel mafia Kerala ini melingkup PRU 15 nnti mka Zety Taufik Ayman Nik Faisal Jho Low Nazlan tak cukup tanah nak larikan diri...!!

    KHALAS

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wb. Najib dah didapati bersalah. Cepat2 sumbatkan dia ke dalam penjara. Lepas tu diam lah dia. Wassalam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post