Skandal LCS : Najib Razak Mana?.. Najib Razak?

Bukan rahsia lagi bahawa projek kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion yang dianugerahkan kepada anak syarikat Boustead Heavy Industries Corp Bhd (BHIC) 11 tahun lalu telah dibelenggu dengan kos berlebihan dan kelewatan, tanpa satu kapal pun dihantar setakat ini.

Tetapi bagaimana keadaan menjadi begitu teruk, memandangkan projek itu yang telah menerima RM6 bilion bayaran daripada kerajaan telah mengancam syarikat induk BHIC, Boustead Holdings Bhd (BHB), dan merupakan pelaburan utama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)?

Pada 16 Dis 2011, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), di mana LTAT mempunyai pegangan efektif sebanyak 61%, menerima surat anugerah daripada Kementerian Pertahanan untuk menghantar enam LCS yang digelar "Kapal Tempur Littoral Generasi Kedua ( Kapal Peronda Generasi Kedua). Kelas Frigate)” sebagai sebahagian daripada pelan pembaharuan armadanya. 

BNS sepatutnya menghantar kapal pertama pada 2017, dengan setiap baki unit yang tinggal akan diserahkan pada selang enam bulan sehingga 2021. 

BNS ialah unit tidak langsung BHIC dan dikawal dengan ketara oleh BHB.

Kontrak rasmi akhirnya ditandatangani setahun kemudian pada 17 Julai 2014. Pada masa ini, BHB menyatakan bahawa penghantaran pertama telah dipindahkan ke April 2019, bukannya 2017 seperti yang dicadangkan pada asalnya.

Pada 2015 dan 2016, BNS mencatatkan kerugian, sebahagiannya disebabkan oleh peruntukan pertukaran asing ke atas kontrak dengan pengeluar peralatan asal untuk projek LCS dan pesanan variasi (VO). 

Selepas 2017 yang menguntungkan, ia mengalami kerugian pada 2018, sekali lagi akibat daripada VO yang melibatkan reka bentuk dan peralatan kapal.

Perbincangan mengenai VO dan kos tambahan menjadi tumpuan berikutan perubahan kerajaan pada 2018. Projek itu digantung pada tahun berikutnya, sementara menunggu hasil rundingan.

Pada Oktober 2019, menteri pertahanan ketika itu Muhammad Sabu memberitahu Dewan Rakyat bahawa projek itu telah siap 55.7% pada 3Q2019, berbanding sasaran siapnya sebanyak 78%.

Akibatnya, kapal pertama akan dihantar tiga tahun kemudian daripada tarikh akhir April 2019.

Ia juga didedahkan bahawa nilai kontrak projek itu mencecah RM9.1286 bilion, dan kos tambahan untuk menyiapkan kesemua enam kapal berjumlah RM1.4 bilion, atau RM10.63 bilion secara keseluruhan.

Pada Ogos 2020, menteri kanan (pertahanan) ketika itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu Dewan Rakyat tentang rancangan untuk menghadkan kos projek pada RM9 bilion, tetapi hanya untuk dua kapal, yang akan dilakukan sama ada oleh BNS atau syarikat lain.


Laporan berkaitan..

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa sekurang-kurangnya sebanyak RM890 juta dana telah diselewengkan daripada pengendalian projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang bermula pada 2011 itu.

Katanya, penyelewengan itu antaranya membabitkan tindakan penipuan melalui wang yang dipindahkan kepada pihak yang bertujuan menipu kontrak dan duplikasi kontrak dengan tuntutan berganda.

Jumlah penyelewengan dana itu menurut beliau telah dikenal pasti melalui siasatan dalaman dijalankan terhadap projek tersebut yang setakat tahun ini telah menelan belanja RM6 bilion meskipun tidak ada satu kapal perang berjaya disiapkan.

Susulan daripada itu, beliau mempersoalkan sikap Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang berdiam diri dan tidak mengambil tindakan menangani penemuan penyelewengan berkenaan.

“Saya percaya siasatan dalaman ini telah sampai kepada Hishammuddin. Sebagai menteri yang menandatangani kontrak dalam tahun 2014, beliau juga Menteri (Pertahanan)yang menandatangani perjanjian tambahan pada 31 Mei 2022 untuk menghidupkan kembali projek ini.

“Sebagai Menteri Pertahanan yang paling lama menguruskan projek ini, beliau sudah tentu tahu tentang segala laporan dalaman mengenai penyelewengan projek ini.

“Kenapa sehingga sekarang beliau tidak mengambil tindakan untuk menangani penemuan penyelewengan berjumlah RM890 juta itu kerana tidak ada satu kes pun yang dibawa terhadap pihak yang dinamakan terlibat di dalam penyelewengan tersebut?” soal beliau dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, antara pemimpin terlibat dalam projek tersebut ialah Menteri Pertahanan pada tahun 2011 iaitu Datuk Seri Dr Ahmad zahid Hamidi yang bertanggungjawab mengeluarkan Surat Lantikan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk membina dan membekalkan enam ‘second generation patrol vessels’ (SGPV) LCS dengan jumlah kontrak RM9 bilion.

Katanya, Kerajaan Persekutuan juga menandatangani kontrak akhir berjumlah RM9 bilion bersama BNS pada 17 Julai 2014 dengan Hishamuddin sebagai Menteri Pertahanan ketika itu merupakan pihak yang merundingkan perkara tersebut.

Rafizi berkata, Perdana Menteri pada ketika LOA dan kontrak projek itu diselesaikan ialah Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau akan terus mendedahkan maklumat terperinci berkenaan penyelewengan itu satu persatu sehingga ketiga-tiga pemimpin terbabit tampil memberikan penjelasan.

“Skandal kapal perang terbengkalai ini berlaku di bawah pengawasan dan pengurusan mereka, wajiblah mereka tampil menjelaskan kepada rakyat,” jelasnya.

Pada masa sama, Rafizi berkata, penyelewengan LCS itu dilihat lebih kritikal berbanding skandal lain pernah berlaku kerana memberikan kesan yang pelbagai dimensi termasuk antaranya membabitkan kebajikan perajurit dan sistem pertahanan negara.

Projek LCS bernilai RM9.128 bilion dianugerahkan kepada BNS oleh kerajaan melalui Kementerian Pertahanan pada tahun 2011 dan sejumlah RM6 bilion sudah dibayar bagi tujuan pembinaan keenam-enam kapal berkenaan secara serentak.

Bagaimanapun, hingga kini tiada satu pun LCS yang disiapkan dan diserah kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), walaupun perjanjian kontrak pada Januari 2014 menggariskan bahawa LCS 1 iaitu dua buah kapal pertama sepatutnya diserahkan kepada kerajaan pada April 2019.

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Fakta dan bukti terbaik dari Bossku jawab fitnah jijik pembinaan kapal perang. Bossku beri fakta bukan goreng bodoh bangang macam Tun Mahathir bila menjawab.

    Projek ini diberi kepada syarikat Boustead milik LTAT – bukan diberi kepada syarikat swasta kroni anak cucu.

    Diberi kepada LTAT supaya kepakaran tempatan untuk membina kapal perang dapat dibina dan juga untuk mengelakkan masalah projek kapal OPV terdahulu yang diberi kepada syarikat swasta PSC Naval Dockyard bernilai sehingga RM30 bilion diberi masa PM4 yang akhirnya terpaksa dibail-out kerajaan.

    Projek bernilai RM6 bilion itu masih berjalan dan bukan tiada sebarang kemajuan seperti projek terowong Pulau Pinang DAP yang bernilai RM6.43 bilion.

    Projek LCS ini adalah bawah kawalan Boustead, LTAT atau TLDM – bukan di bawah kroni atau pihak swasta dot PSC Mahal Dockyard Amin Shah yang lesap larikan diri mcm Jho Low.

    Keuntungan daripada projek-projek tersebut akhirnay mengalir kepada LTAT iaitu tabung veteran anggota tentera.

    Projek ini bukan tidak pernah disiasat. Ianya disiasat oleh jawatankuasa ditubuhkan PH pada tahun 2018. Bukan banglo es MoF Lim Gian Eng terlajak murah tengah bicara buang kes..!!

    Projek masih dimajukan masa BN tetapi telah diperlambatkan kerajaan PH selepas PRU14 pada tahun 2018 dan dibekukan sepenuhnya pada tahun 2019

    Pandemic Covid menimpa pada tahun 2020 dan 2011. Projek akhirnya dibenarkan untuk sambung semula pada bulan April 2022 oleh kerjaan hari ini.

    Jawatan kuasa kira-kira (PAC) bagi projek ini dipengerusikan oleh Wong Kah Woh iaitu ahli parlimen yang juga ketua pemuda DAP. Bila DAP jadi pengerusi PAC maka fitnah jijik mula direka untuk kenakan Bossku bukan nak selesaikan masalah.

    Selepas PRU14, pengerusi LTAT, pengerusi serta boss Boustead dan Panglima Tentera turut ditukar kerajaan PH.

    Projek juga telah diperlambatkan oleh siasatan yang dilancarkan oleh kerajaan PH lalu projek dibeku pada tahun 2019.
    Masa projek dibeku pada tahun 2019, Menteri Pertahanan Mat Sabu.

    Cadangan yang paling bangang tidak boleh diterima akal ialah dari Anwar untuk hentikan projek sepenuhnya setelah RM6 bilion sudah dibelanja dan kemajuan projek sudah pada tahap 60%?

    Boustead rugi, pekerja Boustead dibuang kerja, vendor-vendor tempatan rugi, kepakaran tidak dapat dibina, LTAT rugi, TLDM juga rugi sebab tiada kapal baharu dan kerajaan rugi sebab telah belanja RM6 bilion tanpa sebarang hasil.

    Siapa yang “menang” jika projek dibatalkan? PH yang menang sebab boleh samakan projek ini dengan projek terowong bawah laut.

    PH lewatkan projek pada tahun 2018, bekukan projek pada tahun 2019, lalu tanya kenapa tiada sebarang kapal diserahkan pada tahun 2022?

    So, bagaimana pula kapal-kapal boleh siap?
    Yang pelik Rafizi terpekik terlolong pasal kapal perang tapi bisu kes banglo lajak laris dan torwong bawah laut..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak baca ke laporan pac tu, PH freeze sbb nk siasat apobondo duit mengalir kapal takdak. Ala kejadahnya kapal tak siap sbb PH plak. Stok barang pun dh outdated nak buat tukun ke. Majlis pelancaran pun mengencing je, basah kepala tukang rasmi ..

      Delete
    2. Kalau baca cerita penglipur lara kau pencacai najib dan geng penyamun umno, memang najib suci bersih tak pernah buat salah. Cuba baca cerita dari sudut lain pihak yangdirectly terbabit di sini
      https://www.amenoworld.org/2022/08/skandal-lcs-laksamana-tan-sri-dato-sri.html?m=1

      Berhentilah drp asyik memperbodohkan orang!

      Delete
  2. Lama dah buat tak siap2. Suruh je sprm siasat semua pihak

    ReplyDelete
  3. Saudara Rafizi.. Sila dedahkan lagi.. Duit yg dibazirkan tulah yg boleh bantu rakyat. Knp yg lain tk bongkar seperti Saudara Rafizi bongkar

    ReplyDelete
  4. Rafizi fitnah bossku salahkan semua. Kah kah kah itu lenggok bahasa bukan Rafizi. Gaya bahasa nya mirip tuan nya Tun Mahathir.

    Maklumlah H20 nampak tak mrmbantu Tun dan kejadian semasa PRN Bangsa Johor dulu di mana MB Johor ada pertalian dengan H20.

    Parti PejWang hilang segala deposit semasa PRN Bangsa Johor diadakan maka dengan itu menyebabkan Tun naik hangin mencipan satu badan.

    GTA yang dilagukan Tun lansung tak dapat sambutan. GTA akan melenyapkan hayat politik boboi dengan cepat bila PRU 15 diadakan penghujung Oktober' 2022 ini.

    Lingkupkan Boboi PRU15 maka melingkuplah keturunan Kerala ini dari politik negara selama lamanya.

    Bila 1MDB kantoi besar maka LCS pulak dikaut Tun melalui kuda kayu baru Rafizi Ramli.

    1) Salah Panglima TLDM sebab nak kapal yang lagi kuno kononnya. Rafizi kena ingat ini bukan syarikat kroni. Projek LCS ini adalah bawah kawalan Boustead, LTAT atau TLDM – bukan di bawah syatikat kroni atau anak cucu seperti sykt kroni PSC Naval Dockyard Amin Shah Buisness Focus yang lesap larikan diri mcm Jho Low lesap sampai hari ini.

    Apa apa yang berlaku bukan lagi bidang tugas Bossku setelah kerja kerja dilakukan. Menyalahkan Bossku tidak adil sama sekali.

    2) Salah PH (ha3 PH masa 22 bulan arahkan siasatan, konon sebab siasatan tu yang melambatkan). Menteri Pertahanan PH Mat Sabun ini drop out studen ITM bidang kuliner. Kuliner 'goreng mamak' itu saja kelebihan Mat Sabu. Mana dia tahu pasal aset pertahanan negara. "Elephant fight elephant grass die in the middle."

    Projek juga telah diperlambatkan oleh siasatan yang dilancarkan oleh kerajaan PH lalu projek dibeku pada tahun 2019.
    Masa projek dibeku pada tahun 2019, Menteri Pertahanan Mat Sabu.

    3) Salah rakyat Malaysia sebab tak faham dan tak cerdik macam dia (katanya memang biasa projek persenjataan lambat dan belanja akhir lebih mahal). Rakyat cerdik dan pandai menilai. Yang bodoh bangang menilai pemimpin PH. Contoh seperti cadangan yang paling bangang tidak boleh diterima akal ialah dari Anwar untuk hentikan projek sepenuhnya setelah RM6 bilion sudah dibelanja dan kemajuan projek sudah pada tahap 60%?

    10 surat dihantar oleh Panglima Potaseh lantikan PH ditujukan pada Menteri Pertahanan elok Menteri Pertahanan yang jawab. Kalau semua bossku nak jawab elok berhentikan saja menteri pertahanah itu..!!

    Boustead rugi, pekerja Boustead dibuang kerja, vendor-vendor tempatan rugi, kepakaran tidak dapat dibina, LTAT rugi, TLDM juga rugi sebab tiada kapal baharu dan kerajaan rugi sebab telah belanja RM6 bilion tanpa sebarang hasil.

    Brother Anwar Bin Ibrahim lulusan Sastera UM bukan akauntan atau lawyer. Tahun 70 MCE gred 3 pun layak ikuti kursus lawyer doktor, engineering dll. Nampak tak low class mentaliti pemikiran pemimpin PH ini.

    Siapa yang “menang” jika projek dibatalkan? PH yang menang sebab boleh samakan projek ini dengan projek terowong bawah laut.

    Sepatutnya Rafizi terpekik terlolong guling guling atas jalandara pasal kes torwong bawah laut dan kes banglo lajak murah tokong di Pulau Pinang sanun..!!

    ReplyDelete
  5. Siapa boleh siasat dengan jujur, bebas, telus dan berani? SPRM tak boleh harap dan percaya

    ReplyDelete
  6. Punca utama (root cause) masalah ini ialah silap meletak org yg tak kompeten pada jawatan penting, dari pengurusan sehinggalah pelaksana projek. Pengalaman aku bertahun dlm fabrication & construction OG & marine, inilah cabaran besar orang melayu berbisnes. Tengok je apa jadi dgn TH engineering, Serbadinamik, Sapura malah MMHE pun ada masalah hampir sama. Cita2 nak jadi world class fabricator, tapi time nak buat kerja semua hancuss..

    ReplyDelete
  7. Kelakar! Kuda Kayu Tun budak Rafizi tergolek dog lagi.. kah kah kah

    LCS: Najib balun kaw kaw Raja Formula PKR dengan fakta padu. Bufak Rafizi ni setakat nak countinue goreng mamak ni tekak rakyat dah kembang nak muntah. Rakyat dah naik meluat goreng mamak ni..!!

    Dia faham apa maksud “fitnah”?

    Fitnah ialah orang yang tuduh Tabung Haji bankrap lalu sebabkan ramai keluarkan duit dari TH untuk lemahkan TH dan hilang tempat Haji.

    Segi prima facie memfitnah TH dan diarahkan untuk bela diri tetapi kesnya ditarik balik dan digugurkan oleh si keling paria Tommy Thomas.

    Kes TH Itu benar-benar fitnah.

    Pakatan yang letakkan pakar elefen yang kelayakan utamanya ialah tak habis kursus kulinari sebagai Menteri Pertahanan tuduh Bossku lemahkan pertahanan negara?

    Apa yang PH buat untuk perkuatkan pertahanan negara semasa mereka memerintah. Aset pertahanan mana yang ditambah?

    Raja Formula Songsang yang pernah mengaku tugas sebenarnya ialah untuk hasut Rakyat. Sepanjang Tun berkuasa 22 bulan dan PH Nilai Ringgit Malaysia, Indeks BSKL, Pertumbuhan Ekonomi tak pernah memulih sekali pun ke tahap sebelum PRU14.

    Defisit kerajaan serta nisbah hutang kepada KDNK, Penarafan Kredit Antarabangsa, Karas dividen jubah TH, LTAT, KWSP ASB ASN tak pernah memulih sekali pun ke tahap sebelum PRU14.

    Nilai aset Khazanah Nasional tak pernah memulih sekali pun ke tahap sebelum PRU14. Khazanah Nasional, nilai aset bersih naik hampir 4 kali ganda dari RM32b ke RM116b jatuh mendadak selepas PRU14 dan tak pernah sekali pun pulih ke paras sebelumnya.

    Kuda kayu Tun budak Rafizi bila nak terpekik terlolong guling guling atas jalanraya bagi kes torwong bawah laut tokong..!?

    Bossku fitnah PH jual aset negara ker..!?

    KHALAS

    ReplyDelete
  8. http://abnnasution.blogspot.com


    best blogger no delete

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post