Lepas Najib.. Zahid Pulak Kot?

"Saya terkejut. Saya kecewa dengan keputusan mahkamah yang tidak membenarkan saya memasukkan bukti baharu yang saya sesungguhnya percaya hakim Mohd Nazlan mempunyai konflik kepentingan yang tinggi.

"Beliau pastinya mempunyai pengetahuan peribadi yang dalam tentang semua transaksi berkaitan dana 1MDB dan juga SRC, selain penyiasatan berkaitan penglibatan beliau dalam Maybank oleh SPRM," katanya kepada media di lobi Istana Kehakiman di Putrajaya, semalam.

Mohd Nazlan adalah Hakim Mahkamah Tinggi (kini Hakim Mahkamah Rayuan) yang mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dana SRC dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun serta didenda RM210 juta pada 28 Julai 2020.

Sebab Mahkamah tak ikut kehendak dia.. maka diapun kecewalah dan penyokong-penyokong dia mulalah mendakwa yang perbicaraan itu tidak adil.. Hakim pulak yang dia nak bicarakan..

Bertabahlah Najib..

Laporan berkaitan..

PUTRAJAYA: Permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan pendengaran ra­yuan akhir kes pe­nyelewe­ngan dana SRC International Sdn. Bhd. dan memasukkan bukti baharu ditolak oleh Mahkamah Persekutuan di sini, semalam.

Dengan keputusan panel lima hakim yang diketuai Ke­tua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat itu, pendengaran rayuan akhir Najib akan diteruskan esok.

Bagaimanapun, difahamkan, pihak pembe­laan akan memfailkan semakan terhadap keputusan mahkamah itu.

Sama ada Mahkamah Persekutuan akan mem­buat keputusan terhadap rayuan akhir itu pada hari terakhir pende­ngaran 26 Ogos ini ti­dak dapat dipastikan.

Mahkamah Persekutuan telah memaklumkan kepada pihak terlibat sebanyak empat kali tiada sebarang pe­nangguhan diberikan kepada prosiding rayuan akhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak walaupun berlaku penukaran peguam.

Namun begitu, berdasarkan surat firma guaman, Tetuan Shafee yang sebelum ini mewakili Najib dari hari pertama beliau didakwa, Ahli Parlimen Pekan itu tetap menamatkan perkhidmatan mereka.

“Walaupun mengetahui tarikh perbicaraan telah ditetapkan le­bih awal, perayu masih menamatkan perkhidmatan peguam lama dan melantik peguam baharu. Itu adalah haknya tetapi perayu tidak sepatutnya datang ke mahkamah dan menyatakan peguamnya tidak bersedia untuk menjalankan kes.

“Berdasarkan Peraturan 6(a) Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Etiket) 1978 (Kaedah 1978), seseorang peguam tidak boleh menerima sesuatu kes sekiranya tidak mampu menjalankannya. Oleh itu, apabila seorang peguam menerima sesuatu kes, beliau perlu dilihat sebagai mampu untuk menjalankan kes dan mewakili anak guamnya apabila diperlukan.

“Peraturan 1978 ini turut mengenalpasti mahkamah di negara ini tidak cenderung untuk memberikan penangguhan kecuali terdapat alasan kukuh. Peraturan asasnya ialah, peguam perlu mengambil semua langkah untuk bersedia menghadapi perbicaraan pada tarikh yang ditetapkan,” kata Hakim Tengku Maimun Tuan Mat ketika membaca penghakiman sebulat suara menolak permohonan Najib untuk menangguhkan rayuan.

Hakim Tengku Maimun bersidang bersama-sama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Menurut Hakim Tengku Maimun, panel lima hakim itu menerima pakai hak seseorang tertuduh untuk mendapatkan perbicaraan yang adil adalah sebahagian daripada hak untuk hidup dan kebebasan peribadi sebagaimana yang dinyatakan dalam Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Hak untuk tertuduh memilih peguam pilihannya adalah sebahagian daripada hak mendapatkan perbicaraan yang adil sebagaimana yang dinyatakan dalam Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan. Tetapi apa yang ingin kami katakan, hak ini bukan hak mutlak.

“Kami bersetuju, dalam kes yang sesuai, sekiranya peguam tidak bersedia meneruskan kes, Mahkamah boleh mempertimbangkan untuk memberikan penangguhan. Tetapi dalam kes ini, kami tidak berfikiran begitu,” kata beliau.

Memetik kata-kata Hakim Richard Talalla dalam penghakimannya dalam kes Lai Cheng Chong lawan pendakwaan, Hakim Tengku Maimun menyatakan keadilan yang ditangguh dalam kes itu adalah keadilan yang dinafikan kepada tertuduh lain.

“Tidak boleh dipertikaikan ketika ini, keadilan tertangguh di mahkamah yang membawa kepada penafian. Terdapat begitu banyak kes tertunggak.

“Statistik menunjukkan punca utama bagi situasi malang ini ialah penangguhan perbicaraan pada tarikh yang ditetapkan, sebahagian besarnya disebabkan oleh peguam yang memohon perkara yang sama atas pelbagai alasan yang boleh dielakkan jika urusan mereka diuruskan dengan adil dan munasabah. Ini mengambil kira kewajipan peguam bukan sahaja kepada anak guam tetapi juga kepada mahkamah dan orang ramai secara amnya.”

Sementara itu, Najib dalam sidang akhbar selepas prosiding itu, menyuarakan rasa terkejut dengan keputusan mahkamah semalam. Bekas Presiden UMNO itu menyatakan permohonan untuk memasukkan bukti baharu itu cukup kuat untuk diterima mahkamah namun tidak berlaku sedemikian.

“Saya terkejut. Saya kecewa dengan keputusan mahkamah yang tidak membenarkan saya memasukkan bukti baharu yang saya sesungguhnya percaya Hakim Mohd. Nazlan mempunyai konflik kepentingan yang tinggi,” ujarnya.

Hisyam pula menyatakan, pihaknya akan berbincang mengenai langkah seterusnya berdasarkan keputusan itu dan akan memaklumkan kepada mahkamah mengenainya esok. – UTUSAN


UMNO perlu dilihat bersih dari Pemimpin-pemimpin yang korup untuk membolehkannya kembali menerajui negara..

Meletakkan Pemimpin-pemimpin mereka yang dibuktikan oleh Mahkamah sebagai korup di dalam Penjara akan memperlihatkan UMNO sebagai sebuah Parti yang tidak melindungi salah laku Pemimpin-pemimpin mereka..

Lepas Najib.. Zahid Pulak Kot?

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. KEMENANGAN BARUA LEE KWAN YEW DAN PROKSI

    Fakta rayuan yang cukup kuat ditolak mentah mentah oleh mahkamah. Maka kemenangan pada Sang Maha Raja Fitnah jijik dan kemenangan pada Barua Lee Kwan Yew dan DAP.

    Kemenangan peribadi pada Jho Low dan bangsa Jho Low di Singapura dan Malaysia. Jho Low yang bebas lesap dan nama Jho Low akan dijulang sebagai pejuang bangsa Cina yang meruntuhkan kerajaan Melayu Islam.

    Hanya seorang Jho Low semua Melayu berjaya dibodohkan melalui barua DAP@LeeKwanYew. Betapa bodohnya bercakaran sesama Melayu angkara Jho Low seorang. Kes torwong dasar laut lansung barua barua pemimpin Melayu ini sunyi pekak dan buta tuli buat buat bodoh tak tau.

    Hakim Zainun dan hakim hakim lain penyokong ICERD, G25 dan COMANGO yang menyokong LGBT sudah tunjukkan jalan keluar dan songsang pada rakyat Malaysia terutama kaum Melayu.

    Malaysia kekal akan diterajui oleh pemimpin fitnah jijik kartel mafia, dan pemimpin Melayu terdiri pejuang LGBT, Gay, Liberal Pluralisisma dan COMANGO G25 dan ICERD menguasai setia penjuru.

    Anak cucu dan kroni kartel mafia ini bebas dan kebal dari apa apa kesalahan. Nevin Tan anak kroni taikun Vincent Tan contoh anak kartel yang kebal dati hukuman walaupun berkilo kilo pokok ganja mampat dirampas Navin Tan tetap bebas tidak didakwa.

    Penyanyi melayu dan melayu marhaen lain dihukum gantung kesalahan menanam ganja.

    ------- sambung

    ReplyDelete
  2. sambung....

    Penganalisis PKR pun tak yakin dengan Rafizi dan kajian Invoke bahawa PKR mampu rebut undi atas pagar.

    Pada Gay Tua Brother Anwar Bin Ibrahim saudara kamu Rafizi itu bukan milik kamu dan bukan milik PKR. Saudara kamu Rafizi Bin Ramli kuda kayu milik Tun Mahathir Bin Mohamad bersama Tun Daim Zainuddin. Kamu pelihara ular sawa dalam reban ayam.

    Pada Brother Anwar Bin Ibrahim sudah teruk kena main dengan Assmin dan Zuraidah dan kali ini Rafizi sedang main kan brother lagi. Pada Gay tua ini pandai pandai lah bawa diri nak hidup kami pun tidak bersama mu dalam perjuangan naluri songsang kamu.

    Keputusan menolak rayuan hakim Nazlan di mahkamah adalah kemenangan pada barua barua Melayu bertuankan LeeKwanYew @DAP. Maka lengkap sudah penguasaan kartel mafia Kerala disegenap sudut dan penjuru negara bertuankan LeeKwanYee@ DAP

    Konsep Acah acah Power Melayu Islamik akan terus dijaja pada PRU 15 kali ini. Menjelang PRU ini Melayu yang mereka tagih dan dicari kembali. Jho Low yang sepatutnya dicari terus lesap dan dilupakan oleh barua DAP@LeeKwanYew setelah rekayasa fitnah jijik mereka sudah menang dalam rayuan nanti.

    Percaya lah sesudah PRU 15 nanti maka barua barua DAP@LeeKwanYee ini akan mula maki hamun bangsanya Melayu sekiranya perniagaan anak cucu kartel mafia Kerala mengalami kerugian.

    Selepas Kartel Mafia Kerala menang PRU 15 maka Melayu sekali lagi akan jadi bahan maki hamun sang fitnah jijik bila anak cucu gagal dalam perniagaan dan dibailout oleh kerajaan.

    Untuk melindungi anak cucu yang bodoh berniaga maka barua barua Melayu akan cari alasan mudah dengan maki hamun orang Melayu. Alasan maki hamun Melayu oleh ketua mafia kerala ini semata mata untuk menutup kebodohan anak cucu nya rugi dalam berniaga.

    Maka dengan ini resmi sudah kemenangan Jho Low dan kaumnya LeeKwanYew@DAP seronok ketawa terbahak bahak menyaksi kan barua tunggngan nya dari species Melayu Liberal G25 ICERD, Melayu LGBT, Melayu COMANGO berantakan dan berbunuhan sesama Melayu.

    Jangan terkejut selapas Pulau Batu Putih digadai pada anak Lee Kwan Yew maks dengan kemenangan barua nya PRU nanti negara Malaydis ini akan digadai pula.

    Sesungguhnya aku sudah menjalankan mengingatkan dan berusaha menentang fitnah jijik sedaya mungkin. Sesungguhnya aku berlindung diri dan keturunan ku selepas ini dari malapetaka fitnah jijik ini.

    Kemenangan pada Jho Low dengan melesapkan wang berbillion ringgit terus bebas lesap, kemenangan pada CEO Astro berjaya memiliki banglo mewah puluhan jutaan hasil kerja lendir bersama Tim Lessner, kemenangan juga pada Zety dan Taufik Ayman anak penyamunnya kerana berjaya mencuri RM700 juta duit AMLA, kemenangan pada Nik Faisal dan beratus pegawai bank AmBank berjaya memalsukan dokuman dan tandatangan dengan habuan jutaan ringgit. Kemenangan pada Maha Fitnah jijik bila Najib jadi mangsa fitnah jijik kelian.

    Parlimen Pekan akan menyaksikan kemenangan dengan majority puluhan ribu bila anak Najib jadi calon pada PRU 15 dan akan meneruskan legasi gemilang ayahnda nya yang teraniya angkara fitnah jijik durjana.

    Insyallah dari semangat yang tersisa ini kebangkitan ini akan diteruskan oleh anak Najib untuk menguburkan legasi fitnah jijik selama lama nya dari Tanah Melayu

    Melayu yang memilih fitnah jijik menguasai kamu maka tunggu sajalah padah yang menimpa nasib bangsa ,agama dan akidah dipijak pijak oleh barua ini terhadap bangsa Melayu..!!

    KHALAS

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post