Mengapa Najib Dibiarkan Sendirian?

MEMANG menyedihkan bila memikirkan nasib yang dialami bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mula menjalani hukuman penjara sejak kelmarin. Ramai rakyat biasa terutamanya golongan B40 yang banyak menerima bantuan semasa pentadbiran beliau dahulu berdukacita.

Lebih menyedihkan, Najib yang juga bekas Presiden UMNO seolah-olah bersendirian setelah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta setelah didapati bersalah dalam kes SRC International Sdn. Bhd.

Yang hadir memberi sokongan kepada beliau di mahkamah kebanyakannya adalah penyokong akar umbi UMNO dan pengikut yang setia bersama Bossku semasa beliau susah dan senang. Mungkin ada nama-nama besar UMNO yang turut hadir namun kelibat mereka terlindung agaknya di sebalik penyokong Najib yang ramai itu.

Bilangan pemimpin UMNO yang secara terbuka menyatakan simpati kepada Najib pada hari beliau masuk penjara boleh dibilang dengan jari. Antaranya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua Penerangan, Shahril Hamdan; Ketua Pemuda, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Puteri, Datuk Zahida Zarik Khan serta beberapa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) seperti Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad, Tan Sri Noh Omar dan Isham Jalil.

Setakat ini, belum dapat dilihat dalam media sosial coretan simpati pemimpin-pemimpin UMNO yang lain, lebih-lebih lagi yang mempunyai jawatan dalam Kabinet dan kerajaan. Mungkin mereka menyuarakannya dalam hati.

Memang besar jasa Najib terhadap UMNO sehingga sanggup mengorbankan diri demi kelangsungan parti yang dianggotai lebih tiga juta orang. Namun, di mana suara tiga juta orang itu ketika Bossku bermalam di penjara?

Tidak ramai yang bersuara lantang mempertahankan Najib termasuk dalam isu kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ‘ghaib’ walaupun dikatakan telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara (AGC). Yang sering kedengaran suara Mohd. Puad namun selepas itu tidak disahut oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.

Malah, yang tampil membuat laporan polis dalam isu melibatkan suami Ketua Hakim Negara pun adalah seorang bekas pemimpin Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman. Di mana pula pemimpin-pemimpin yang masih bersama UMNO dalam isu ini?

Begitu juga dengan Zamil Ibrahim yang merupakan bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK). Beliau yang membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan konflik kepentingan melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali dalam kes SRC International Sdn. Bhd. Mengapa bukan pemimpin muda UMNO yang berbuat demikian?

Jauh berbeza dengan suasana panas yang melanda negara ketika Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dua kali meringkuk dalam penjara pada 1999 dan 2014 dahulu. 


Selain penganjuran demonstrasi jalanan, pemimpin-pemimpin PKR dan parti-parti pembangkang yang lain secara berterusan menyuapkan naratif ‘Anwar tidak bersalah’ kepada para penyokong mereka dan rakyat.

Semangat setiakawan mereka terhadap Anwar adalah jauh lebih tinggi berbanding apa yang diperlihatkan oleh sebahagian besar pemimpin UMNO ketika ini. Seolah-olah mereka berpendirian: “Najib sudah masuk dalam. Kita teruskan sahaja kehidupan seperti biasa.”

Apakah Najib hanya diangkat dan julang ketika ada kuasa dan ketika dilanda musibah, beliau dibiarkan begitu sahaja?

Dari segi positifnya, pemimpin-pemimpin dan penyokong UMNO menunjukkan sikap tertib dan menghormati keputusan mahkamah walaupun yang dimasukkan ke dalam penjara itu adalah tokoh yang pernah menjadi Presiden mereka.

Mungkin juga mereka terkejut dan beremosi dengan keputusan mahkamah terhadap Najib dan perlu mengambil masa untuk menenangkan fikiran sebelum mengeluarkan kenyataan termasuk meluahkan simpati. Hanya Allah SWT yang tahu apa dalam hati mereka.

Apa yang pasti, majoriti rakyat Malaysia tidak melupakan segala jasa Bossku terhadap mereka dan negara sentiasa mengenang pelbagai kebaikan yang pernah dilakukannya sewaktu menjadi Perdana Menteri dahulu. – MalaysiaGazette

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Sabar najib. Tak lama lagi zahid akan join kau. Pastu latiff dll. Then kau boleh bentuk kabinet kluster perasuah di penjara...... ha ha ha

    ReplyDelete
  2. Syabas Nizar Najib Tun Razak tolak pemimpin bacul dan pengkhianat.

    Anak sulung bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berharap ahli dan pemimpin UMNO tidak mensia-siakan pengorbanan ayahnya sehingga dipenjara.

    Selepas ayahnya dipenjara pemimpin ini berjumpa dengan Tun Mahathir bukan berjumpa pemimpin UMNO.

    Datuk Mohamad Nizar berkata, ayahnya betul-betul sayangkan UMNO yang dianggap sebagai parti keramat.

    Malah Najib sanggup berkorban asalkan UMNO dan Barisan Nasional kembali menjadi parti pilihan rakyat Malaysia.

    “Kalau masih ingat apabila kita mula-mula kalah dahulu dialah yang pertama ke hadapan mempertahankan parti. Dia juga tidak minta parti mempertahankan dia.

    “Dia sanggup dicaci, dikeji dan difitnah macam-macam tetapi dia masih teruskan. “Saya fikir jika ayahanda saya diberikan pilihan antara penjara dan selamatkan diri, beliau lebih rela pilih penjara daripada menjadi pengkhianat dan bacul kepada perjuangan parti

    Syabas Nizar Najib..tolak pemimpin si bacul pengkhianat dari bumi Mat Kilau

    ReplyDelete
  3. Sendirian tapi di belakang kamu dah ramai mula sedar siapa pencatur hebat tersebut. Para munafik yg akan terkubur slps pru15 nanti.
    Bersabarlah...ada rahmat disebaliknya.
    Berjuang sendirian menumbangkan phanceng dan kerajaan sheraton. Syabas!!!
    Berjuang sendirian di mahkamah dunia tanpa menghasut rakyat berguling2 di jalanan walaupun nampak kepincangan nyata aspek keadilan.
    Biarlah mrk rasa gembira atas kemenangan mahkamah dunia. Biarkan...
    Munafik yg kayakan waris dan rakannya secara mendadak belum tentu terlepas mahkamah akhirat.
    Dia berani sembang bab rasuah, menyamun, mencuri tapi hakikatnya fakta dan sejarah tidak pernah munafik!!!
    Semoga terkubur legasi sial itu selps pru15 nanti.

    ReplyDelete
  4. We have opened and founded the SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE (吉隆坡甲洞帝沙再也三宝) in Taman Ehsan in 1989 and we invited Datuk YIP KUM FOOK叶金福 to open the temple as well but moved to Taman Desa Jaya in 1990, in 1993 we bought the place where it is now.

    Our chief monk who worked hard for our Temple also rented a house for the temple for payment by our chief monk at that time because we all need to go to the Buddhist temple to stay in Taman Desa Jaya, Kepong for some devotees to come to chant and pray because there is no and does not have a Buddhist temple

    When we moved to a new place, DATUK YIP KUM FOOK叶金福 set up a new committee, and the old committee fired all of them, the temple has some problems because this Datuk Yip runs the temple like a political system because he doesn't know about Buddhist teachings, also because he is a businessman who sells a furniture store in Taman Desa Jaya and he is also an MCA Chairman in Taman Daya

    Also the son of DATUK YIP KUM FOOK叶金福...YIP JIUN HANN叶君瀚, 律师 who is the chairman of MCA Gombak always told the devotees about the temple, he said this temple is my father's temple and belongs to my father, when any devotees hear that, they are not happy and don't like it, we know his son is mentally ill since he was a small child

    In 1994 DATUK YIP KUM FOOK full position as the president of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE (吉隆坡甲洞帝沙再也三宝) then slowly many problems happened, then Ven. U Nandiya came and stayed in the Temple, soon because the next land had to have one Buddha statue, then Ven. U Nandiya plans to have a Marble Buddha Statue from Myanmar, after which Ven. U Nandiya arranged to collect donations from devotees

    Therefore, donating sufficient funds to pay for the Buddha statue, then Ven. U Nandiya and our Master went to Myanmar to see the statue, then the statue arrived safely but the donation money is still having problems because the money is in Ven. U Nandiya's hand, DATUK YIP KUM FOOK叶金福 heard the remaining money donation with Ven. U Nandiya. In one day later, DATUK YIP KUM FOOK叶金福 came to Ven. U Nandiya to cheat about money...Document about donation money on internet "https://committeesamnaksambodhi1.blogspot.com/2019/01/" anyone can research it, this is very shameful for our Buddhist in way of life

    Other topics Buddhist monk (Ven. Phra Piya Thammo) was pushed out of the temple, DATUK YIP KUM FOOK叶金福 used thugs and police to remove the Sangha from the Buddhist temple, this is very insulting to the Sangha in the world, all monks are Buddhist students or Buddhist followers if you destroy one sangha, Other Sangha will protect other Sangha and also very big sins in Buddhism, he叶金福 will vibrate or shake for your whole life, karma will come to you

    Now we are very sad when we drive past the temple because it is very quiet, no one goes to the temple, only Myanmar monks are there to take care of the place, maybe soon the temple will be closed, but DATUK YIP KUM FOOK叶金福 is not a problem because he has money a lot already….DATUK YIP KUM FOOK叶金福, need to think about the money building temple is money donation by devotees

    Ah Lee former committee’s members of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE(吉隆坡甲洞帝沙再也三宝), “next message, we will explain more about this”

    ReplyDelete
  5. Jho Low dah dikesan dan dijumpai di Shanghai. Nik Faisal belum jumpa.. Yang jumpa Jho Low bukan PDRM yang jumpa Jho Low cuma juru gambar amatur..

    PDRM juga gagal kesan Zety dan Taufik Ayman. Adakah PDRM tidak akan jumpai Taufik dan Zety selama lamanya. Dipercayai Taufik dan Zety masih berada di Malaysia...!!

    Jho Low dan Nik Faisal sudah sah PDRM gagal jejaki mereka dan berada diluar negara.

    Berdasarkan maklumat yang peroleh jurugambar amatur, Jho Low berada di China. Malah kita menerima gambar beliau sedang bercuti di Disneyland Shanghai.

    https://www.thevibes.com/articles/news/70162/jho-low-spotted-in-shanghai-disneyland-in-2019-journalist

    “Apa yang kita tahu bahawa Jho Low sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak,” katanya.

    Wartawan Tom Wright dan Bradley Hope yang telah melancarkan kempen untuk membongkar lebih lanjut mengenai Jho Low membuat dakwaan itu selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipenjarakan pada 23 Ogos lalu.

    https://youtu.be/RzErTPRkUOA

    Anda mungkin fikir dia akan bersembunyi seperti James Bond di suatu tempat tetapi sebenarnya dia hanya berkeliaran di sekitar pusat beli-belah, duduk di Shanghai Disneyland dan dia sentiasa mempunyai banyak telefon. Dia memainkannya seperti piano.

    PDRM sah gagal menjejaki Nik Faisal Zety Taufik Ayman CEO Astro.. Jho Low peenah dijumpai oleh wartawan Al Jazeera semasa 22 bulan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

    https://www-aljazeera-com.cdn.ampproject.org/v/s/www.aljazeera.com/amp/features/2020/11/16/how-1mdb-fugitive-jho-low-tried-to-bargain-for-his-freedom?amp_gsa=1&amp_js_v=a9&usqp=mq331AQKKAFQArABIIACAw%3D%3D#amp_tf=From%20%251%24s&aoh=16619549030772&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&ampshare=https%3A%2F%2Fwww.aljazeera.com%2Ffeatures%2F2020%2F11%2F16%2Fhow-1mdb-fugitive-jho-low-tried-to-bargain-for-his-freedom

    Dalam masa Jho Low membelek belek handphone di Disneyland Shanghai sambil ketawa riang berjaya membodoh bangang pemimpin Melayu bercakaran sesama sendiri. Kaum Cina Jho Low di Singapura dan proksi nya di Malaysia juga tepok tangan melihat betapa bodoh nya pemimpin Melayu bercakaran sesama sendiri.

    PRU 15 masa ini orang Melayu tidak perlukan Mahathir, tetapi Mahathir yang perlukan orang Melayu. Orang Melayu tahu siapa itu Mahathir dan parti PEJUANG nya dan mereka beri telur ayam kepada Mahathir pada PRN Johor.

    Parti Mahathir tanding 42 kerusi tewas dengan hilang wang deposit pada kesemua 42 kerusi.

    Dalam waktu sama Mahathir memperkayakan sahabat dan kawannya dalam perniagaan.Hampir semua yang kaya raya terdiri dari “Non-Malay” yang Mahathir bantu.

    Bila dah jadi Perdana Mentri Melayu akan di maki hamun semula oleh Tun dan Marina Gereja.

    #pdrmactlikepussy

    ReplyDelete
  6. Berapa billion pula denda dan hukuman Zety dan Taufik Ayman akan dikenakan bila rasuah AMLA RM700 juta dibicarakan nnti..,!?

    Ketua peguam bela itu mengkritik denda yang dikenakan ke atas Rosmah dan menyatakan dia tidak mempunyai sebarang punca pendapatan.

    “Hari ini hukuman dijatuhkan dan dendanya RM970 juta, hampir RM1 bilion.

    “Kamu beritahu saya, jika ada di antara kamu yang mampu sediakan wang seperti itu?

    “Kami mempunyai hampir RM1 bilion untuk dibayar oleh anak guam kami yang tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan.

    Seminggu sebelum jatuh hukum dah tahu keputusan yang dikenakan....

    Lepas PRU 15 kita balas..

    Hari ini goreng mamak esok lusa goreng melayu tulin pula.

    #burudanviraljholow

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post