MRT3: Projek Paling Mahal Dalam Sejarah

SHAH ALAM - Projek Laluan 3 Aliran Transit Massa (MRT3) yang dianggarkan menelan belanja RM50.2 bilion secara keseluruhan bakal menjadi projek rel paling mahal dalam sejarah Malaysia setakat ini jika diukur berdasarkan perbelanjaan bagi setiap kilometer (km).

Projek MRT3 adalah sepanjang 50.1km dan akan menghubungkan laluan MRT1 dan MRT2 di sekitar Lembah Klang.

Sebagai perbandingan, Laluan Rel Pantai Timur sepanjang 665km dianggarkan menelan belanja RM50 bilion, manakala projek MRT1 sepanjang 47km menelan belanja sekitar RM22 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kos pembinaan projek pengangkutan awam itu sahaja dianggarkan telah mencecah RM34.3 bilion.

“Daripada jumlah keseluruhan, RM8.4 bilion membabitkan kos pengambilan tanah, manakala RM5.6 bilion lagi adalah untuk pengurusan projek.

“Manakala sebanyak RM1.9 bilion lagi perbelanjaan adalah bagi lain-lain kos,” jelasnya pada sesi jawapan lisan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang ingin tahu mengenai jumlah kos pembinaan MRT3 dengan pecahan terperinci jumlah terbabit dan sama ada kerajaan akan mendapatkan persetujuan Parlimen bagi pelaksanaan MRT3.

Tambahnya, kerajaan pada 4 Mac bersetuju dengan pelaksanaan Projek MRT3 yang akan melengkapkan infrastruktur pengangkutan awam sedia ada di Lembah Klang dengan menyediakan perkhidmatan bersepadu, mampu milik dan cekap untuk keselesaan dan kemudahan rakyat.

Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR turut bertanya sama ada kebenaran parlimen akan diminta atau sebaliknya untuk projek itu tetapi soalan kedua tidak dijawab Tengku Zafrul.

MRT3 direka semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri tetapi tender hanya dibuat ketika zaman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Projek itu sebelum ini digantung oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebelum.

Pelan awal MRT3 merangkumi 30 stesen, di mana 10 daripadanya ialah stesen pertukaran MRT, transit aliran ringan (LRT) dan laluan KTM Komuter.

Satu perlima daripada laluan MRT3 akan berada di bawah tanah dan projek itu dijangka siap pada 2030.

Fahmi ketika dihubungi menjelaskan, penting untuk ahli Dewan Rakyat mengetahui kewajaran peruntukan yang cukup besar iaitu sebanyak RM50.2 bilion untuk projek MRT3.

“Bagi saya penting mendapatkan penjelasan isu kos ini atas dasar yang akan membayarnya adalah rakyat. Adakah wajar jumlah yang begitu besar dibelanjakan? Rasional itu mesti dibentang ke Parlimen.

“Kalau kita lihat, majoriti daripada kos itu melibatkan pembinaan struktur fizikal. Jika ini isunya, kita nak tahu kenapa harga begitu tinggi. Apakah penjimatan-penjimatan yang boleh dilakukan?

“Perkara yang sangat penting dan tidak boleh dibiarkan dilaksanakan begitu sahaja tanpa semak imbang Parlimen,” katanya pada Rabu.

Fahmi juga mengingatkan Tengku Zafrul tentang keengganan beliau menjawab soalan kedua yang diajukan.

“Bila tidak dijawab, dia sebenarnya mengelirukan Dewan Rakyat. Saya ingin mengingatkan Tengku Zafrul tentang Perkara 43 (3) Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan jemaah menteri bertanggungjawab penuh kepada Parlimen.

“Keengganan beliau menjawab soalan tentang sama ada Parlimen akan dirujuk, bagi saya ia satu penghinaan kepada Parlimen. Beliau wajib jawab. Jadilah Menteri Kewangan yang berterus terang,” katanya lapor Sinar

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Helok ssgt Bonyinya dan bau nya Gagasan Melayu Islam semerbak bau macam kari mamak.

    Sekarang PRU 15 datang lagi. Tun tak cari Jho Low yang lesap entah ke mana selama 22 bulan PH berkuasa dulu tapi menjelang PRU 15 dia cari Melayu semula Cina Jho Low dia bodoh buat buat lupa. Betul kah mamak ni kata Melayu Mudah Lupa atau Mamak Mudah Lupa..

    22 bulan PH berkuasa Jho Low lesap sampai sekarang. Sebelum PRU 14 terpekik terlolong guling guling atas jalan raya heret Jho Loh ke mahkamah. Lepas PRU 14 semasa PH berkuasa Jho Loh yang lesap entah ke mana Melayu pula yang dijaja dicarinya menjelang PRU 15 berlansung tidak lama lagi... kanina punya mamak..!!

    Hampir semua yang kaya raya terdiri dari “Non-Malay” yang Mahathir bantu. Bukan non Malay saja yg kaya raya, pulau pun digadai pada anak Lee Kwan Yew.!!

    Semua dah tahu isu tuntutan Sulu berpunca dari tindakan bangang Tun Mahathir yang mengetuai kerajaan PH di mana Peguam Negara PH Tomy Tomas yang juga bangang menghantar surat kepada Sulu.

    Malah ada yang dibantu berkali kali seperti pengakuan Mahathir dalam tulisan nya sendiri membantu mendiang Lim Kok Wing. “I help him a lot”, kata Mahathir. No wonder anak Tun belajar di University Lim Kok Wing adakah atas dasar merit atau tidak hanya tohan yg tahu.

    Gagasan ini dikatakan akan berteras kan Melayu Islam sebagai Wadah perjuangan nya.

    Itu petanda orang Melayu sudah kenal siapa Mahathir, parti PEJUANG parti baru ditubuhkan utk survival boboi tapi siapa itu Mahathir n Boboi orang Melayu sudah kenal.

    Jika Mahathir gagal melaksanakan agenda Melayu Islam selama 22 tahun menjadi Presiden UMNO , apakah Mahathir akan sangka agenda Melayu Islam nya kali ini dengan berteras parti hilang deposit bole berjaya..!?

    Bunyinya elok, bau kari nya semerbak tapi jika ia datang dari Mahathir, orang Melayu perlu berhati hati dan berwaspada. Sayang Goreng Mamak tekak rakyat dah naik kembang meluat nak muntah.

    Masa ini orang Melayu tidak perlukan Mahathir, tetapi Mahathir yang perlukan orang Melayu. Orang Cina dan India lansung tak peduli Mahathir masa ini. Kaum ini pun dah lokos kena kencing.

    Orang Melayu tahu siapa itu M.A.H.A.T.H.I.R dan parti PEJUANG nya dan mereka beri telur ayam kepada Mahathir pada PRN Johor.

    Parti nya Mahathir tanding 42 kerusi tewas dengan hilang wang deposit pada kesemua 42 kerusi. Mahathir gagal melaksanakan agenda Melayu Islam selama 22 tahun menjadi Presiden UMNO.

    Apakah Mahathir akan sangka agenda Melayu Islam nya kali ini dengan berteras parti hilang deposit akan sukses.?

    Mahathir tidak usik parti bukan Melayu seperti DAP , malah membiarkan DAP bermaharajalela. Anak pempuan COMANGO Marina Gereja pun dah kata

    Marina Gereja kata.. :

    "MELAYU DAH LUPA SEJARAH MALAYA YANG DIKENALI SEBAGAI MALAYSIA HARI INI. MEREKA ADALAH PENDATANG SECARA REALITI. MEREKA TELAH MEROMPAK DAN MEMBUAT TUNTUTAN TANPA ASAS TERSEBUT. MALAYSIA BUKAN MILIK ORANG MELAYU. ORANG CINA DAN INDIA MERUPAKAN PENDUDUK PERTAMA MENUBUHKAN MALAYA."

    Ada benar juga tulisan Barry Wain dalam buku “Malaysian Maverick” nya, Mahathir anti Melayu tetapi tidak ditunjuk secara terus terang.

    Masih adakah Melayu yang bodoh bodoh alang untuk dibangang dan dipedaya mahu membeli lagi bila Mahathir jual goreng mamak nya..!!?

    KHALAS

    ReplyDelete
  2. Simple question. Atok berasal dari parti mana? Najib, zahid berasal dari parti mana? UMNO!!! Hampir SEMUA dari umno pimpinan Atok asalnya KORUP SEKORUP2nya. Malangnya melayu mudah kena tipu, masih kena tipu dan akan kena tipu sampai Malaysia bangkrap satu hari nanti, in Sya Allah. Bila melayu nak sedar?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post