'Muafakat Nasional' Perintah Dari Tuhan, Mursyidul Am PAS Kata?

PETALING JAYA: Umno diminta mempertimbangkan semula kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN), kata Mursyidul Am PAS Hashim Jasin yang menggunakan frasa ‘perintah Tuhan’ untuk menegaskan keperluan penyatuan tiga parti Islam untuk berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Hashim berkata, PAS tetap dengan pendirian mewujudkan perpaduan ummah membabitkan MN yang dahulunya dianggotai partinya serta Umno dengan Perikatan Nasional (PN) diketuai Bersatu kerana ia telah diterima akar umbi.

Menurutnya, gesaan supaya umat Islam bekerjasama adalah perintah Tuhan bukannya seruan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

“Perpaduan ummah ini perintah dari Tuhan, bukan dari presiden Umno, presiden PAS atau presiden Bersatu. Ini Tuhan yang suruh, jadi Umno pun Islam, PAS pun Islam, Bersatu pun Islam kita kena tunduk kepada Tuhan,” katanya kepada FMT.

Sehubungan itu, Hashim meminta Umno kembali kepada perpaduan MN dan mengingati semula piagam perpaduan ummah ditandatangani yang pada perenggan akhir menjelaskan sebarang perselisihan perlu dirujuk kepada “Allah dan Rasul”.

“Kenapa tak rujuk? Allah suruh apa, Rasul suruh apa, memang ada perselisihan (antara Umno, Bersatu) jadi yang boleh maaf, maaflah.

“Sebab itu apa pun keputusan Umno ke arah perpisahan dan pembatalan perjanjian, PAS tak batal, kita terbuka kalau sekiranya pemimpin yang ada sekarang tak mahu tetapi pemimpin akan datang mungkin mahu perpaduan,” katanya.

Umno sebelum ini menolak penyertaan Bersatu dalam MN menyebabkan hubungan dengan PAS semakin renggang sehingga membawa kepada pembentukan PN.

Pada Perhimpunan Agung Umno 2020, parti itu memuktamadkan keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada PRU-15 dan menolak pembentukan gabungan politik bersama PN.

Pada pilihan raya negeri di Johor dan Melaka, berlaku pertembungan di antara calon Pas, Umno dan Bersatu yang menyaksikan kebanyakan kerusi dimenangi Umno, mewakili Barisan Nasional (BN) - FMT

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. ALFATIHAH..

    AKU TIADA KEPENTINGAN DRAMA INI
    AKU LAWAN FITNAH JIJIK BUKAN DIA
    NAJIB HANYA SUBJEK FITNAH INI KALI
    SEMOGA AKIDAH IMAN TERPELIHARA

    Antara lafaz Najib Tun Razak.. jom lafaz ramai ramai semoga aura gelombang Dan energy lafaz sumpah laknat Itu makin besar banyak dan kuat menjelang esok dan hari2 berikutnya ke seluruh negara...!! Berani kerana benar takut kerana salah

    Wallahi wabillahi watallahi...

    Aku tidak pernah menerbitkan atau bersetuju untuk mewujudkan syarikat SRC untuk tujuan merangkumkan apa-apa dana bagi tujuan peribadi atau keluargaku.

    Aku tidak pernah mengarahkan mana-mana anggota pengarah atau mana-mana pegawai SRC untuk menyelewengkan apa-apa dana syarikat SRC ke dalam akaun bank aku untuk apa-apa tujuan.

    Aku tidak pernah terlibat dalam mesyuarat Kabinet untuk meluluskan jaminan-jaminan kerajaan bagi pinjaman Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) sebanyak RM4 billion kepada syarikat SRC bagi tujuan aku mendapatkan habuan haram sebanyak RM42 juta tersebut.

    Allah hu akhbar 3x

    Wallahualam

    Sudah lebih 24 bulan Najib melafaskan ' sumpah laknat" dengan menyebut kalimah Allah SWT bagi menafikan bahawa beliau terlibat atau sedar akan kemasukkan dana RM42 juta dari SRC keakaun beliau.

    Kemasukkan Dana RM42 juta yang dakwa inilah yang disabitkan kesalahan keatas diri beliau.

    Berbagai ranjau dan rintangan telah dilalui sepanjang beliau dipakaikan "rantai kesalahan" olih Hakim Nazlan dimahkamah Tinggi.

    Semua umat Islam faham dan mengerti apa maksud "sumpah laknat' . Tujuan sebenarnya adalah menyerah diri atau berserah diri bulat.bulat kehadrat Illahi dan memohon Allah SWT menjadi "Hakim ' diatas kesalahan yang dituduh keatas dirinya dan berharap agar pertolongan dari Allah SWT hadir sekiranya dirinya benar benar teraniya.

    Memandangkan August 25 , 2022 adalah hari terakhir penghakiman berhubung rayuan Najib dimahkamah tertinggi negara bagi menyempurnakan 'penyaliban atas kesalahan", Najib akan dikenali sebagai banduan selama 12 tahun mendatang.,

    Tetapi inshallah, sekiranya Najib sebenarnya tidak bersalah dan teraniya,. inshallah, mereka mereka ( zety taufik Jho low nik faisal pegawai ambank nazlan dan kartel mafia kerala seangkatan dengan nya) yang merancang dan yang bersubahat dalam menganiya Najib. pasti mereka mereka ini akan menerima "ganjaran' dari Allah SWT dengan kadar segera.

    Inshallah, sama samalah kita nantikan berita "kegemparan" dalam negara dalam waktu yang terdekat ini.

    Inshaallah Allah SWT tidak menzalimi mereka yang teraniya .

    Inshaallah kebenaran bakal mengatasi kebhatilan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak tau dari mana datangnya 42 juta tetiba ada dalam akaun. aku tak lapor pun kemasukan duit dan telah belanja duit yang tetiba masuk dalam akaun.

      Delete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post