Muhkriz Dedah Muhyiddin Kata Anwar Tak Boleh Jadi PM

HULU LANGAT: Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa cuba mengatur gerakan untuk menjadi Perdana Menteri buat kali kedua menerusi strategi 'Khemah Besar'.

Menurut Mukhriz, Muhyiddin berhasrat menggabungkan Perikatan Nasional (PN) dengan Pakatan Harapan (PH) serta beberapa parti lain seperti PEJUANG, Parti Warisan (WARISAN) serta Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), dan menawarkan dirinya sebagai Perdana Menteri gabungan itu.

Ahli Parlimen Jerlun itu berkata, cadangan itu disuarakan Muhyiddin ketika beliau bertemu Pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad empat hari selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, yang juga pertemuan pertama kedua-dua mereka sejak Dr Mahathir disingkirkan daripada BERSATU.

"Muhyiddin datang berjumpa Tun (Dr Mahathir). Saya ada di situ. Dia tak ada nak minta maaf, dia cakap Khemah Besar yang dia cuba usahakan antara PN dan PH, dan jika berjaya boleh disusuli WARISAN, PEJUANG dan MUDA.

"Dia (Muhyiddin) kata dah tiga kali jumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan bila Anwar tanya struktur kepimpinan Khemah Besar, Muhyiddin kata Anwar tak boleh jadi Perdana Menteri sebab dia ketuai parti campuran, jadi Muhyiddin jadi Perdana Menteri.

"Ini satu syarat yang begitu besar untuk lantik dia jadi Perdana Menteri. Kalau ikhlas, sepatutnya bincang mengenai gabungan dulu tapi bila datang dan tawar jadi Perdana Menteri kali kedua, rasa tak sesuai sangat.

"PEJUANG setuju atau tak, ia tak beri kesan kerana kami empat orang saja. Kalau PH setuju, maka jadilah cadangan ini tapi seperti yang kita agak, mereka pun tak setuju," katanya ketika ditemui selepas Majlis Temu Mesra Bersama Rakyat di Parlimen Hulu Langat di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mukhriz memaklumkan beliau ketika itu mengharapkan cadangan gabungan yang lebih mengetengahkan barisan pemimpin muda dalam pelbagai parti, manakala pemimpin senior sebagai penasihat.

"Harapan saya ketika itu supaya pemimpin senior yang berpengalaman diangkat dalam majlis penasihat atau 'Council of Elders', manakala lapisan kedua diisi pemimpin muda yang sudah tiba masa diberi peranan penting dalam pembentukan kerajaan," katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Mukhriz mengakui PEJUANG ada mempertimbang untuk bergabung bersama beberapa parti lain seperti PH, PAS, PKR serta UMNO yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, namun akhirnya memutuskan untuk mewujudkan Gerakan Tanah Air (GTA).

Bekas Menteri Besar Kedah itu berkata, ramai ahli PEJUANG tidak boleh menerima kerjasama dengan BERSATU, manakala UMNO masih tidak berubah sikap dan masih kekal seperti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

PAS pula, dakwanya, masih terus mempergunakan agama untuk kepentingan parti, manakala ramai akar umbi PEJUANG untuk bekerjasama dengan PH kerana DAP, selain enggan kisah pahit kerjasama dengan PKR berulang.

"Maka kita putuskan kena tubuh gabungan baharu iaitu Gerakan Tanah Air (GTA) bersama Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO)," katanya lapor Berita Harian

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Smail Bera nak PRU 15 atau dipecat dari UMNO..!!

    Stail Bera lepas Najib dijatuhkan hukuman Smail Bera boleh jumpa Tun Mahathir dulu baru menghadap ahli UMNO.

    Mesyuarat Biro Politik Umno tegang sehingga ada yang meninggikan suara kepada Ismail, yang juga naib presiden Umno, dalam beberapa isu, termasuk isu pemenjaraan Najib.

    Biro politik, kata sumber, kurang senang dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib.

    "Oleh itu perdana menteri digesa supaya segera mengadakan PRU ke-15, itu antara tuntutan pemimpin Umno pada malam itu.

    "Beliau juga diberi kata dua dan bakal berdepan tindakan lanjut, termasuk dipecat," kata sumber kepada Malaysiakini.

    Sumber berkata mesyuarat juga membincangkan berkaitan pengampunan diraja untuk Najib, yang turut berdepan kes mahmamah berkaitan 1MDB.

    Terlalu jelas , dalam cubaan pemimpin Pakatan Harapan begitu ghairah untuk menggambarkan bahawa seorang ‘perasuah ‘ telah berjaya di penjarakan, namun ‘celebration’ itu dipandang cemuh oleh rakyat dan netizen atas sebab mereka sudah tahu ‘circumstances’ berkaitan kes tidak adil itu.

    Mungkin dulu perkara macam ini boleh diterima ,namun kini akibat media bebas rakyat berjaya perolehi maklumat yang sahih, yang berlawanan , maka tidak semudah itu boleh diperbodohkan lagi.

    Penulis buku 1 MDB Bradley Hope bertekad memburu Jho Low maka elok rakyat juga berkempen seluruh dunia viralkan dimana Jho Low berada. Bukan Jho Low saja patut diburu dan diviralkan di media sosial Nik Faisal pun patut diviralkan juga.

    Ini lah masa rakyat Malaysia bersatu dan berkongsi video mesej yang dihantar Jho Low kepada rakan dan keluarga melalui aplikasi pemesejan pada awal 2017 untuk memberikan petunjuk kepada warganet “gambaran Low terlalu sukar untuk dikalahkan”

    https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/08/24/di-mana-jho-low-pengarang-bersama-buku-1mdb-mulakan-pencarian-baharu/

    Ambil gambar dan video tak perlu pun tangkap Jho Low dan Nik Faisal Zety dan Taufik Ayman dan CEO Astro itu.

    Mungkin mereka sedang enak enak shopping, makan restoren mewah atau berhibur isyarat itu sudah cukup jelas supaya rakyat tahu kegiatan fugitive ini dan siapa dibelakang mereka..!!

    Jom kempen buru Jho Low mana Nik Faisal Zety Taufik Ayman dan CEO Astro itu...!!! Agak agak susah ke nak trace buru dan viralkan CEO Astro, Zety dan keluarga penyamun nya berada..!!

    Sah PDRM gagal tak mampu nak jejak dan buru Jho Low dan Nik Faisal.

    #whereisjholow #Malaysia.

    #burudanviral

    ReplyDelete
  2. Baca dahulu penghakiman para hakim sebelum melulu membuat andaian.... Semua para hakim ini berkhidmat semasa kerajaan gabungan di mana UMNO bersama didalamnya dan pemimpin UMNO yang menjadi PM.

    ReplyDelete
  3. Aku(penyokong akar umbi PH) tujukan respon berikut kpd 2 pengkhianat utama:

    1. Muhyiddin
    Berikut kenyataan muhyiddin.
    'Muhyiddin minta pembangkang pertimbang semula kerjasama lawan BN'

    Selepas memenangi PRU14 bersama PH, tanpa berfikir panjang muhyiddin berkomplot bersama bapa pengkhianat, azmin(of course masterminded by Atok kutty) dan dgn bantuan lobai penunggang agama mengkhianati PH melalui langkah Syaiton! Punya gembiranya mrk merampas kerajaan drp PH secara paksa. Muhyiddin dan geng Bersatunya serta azmin dan geng PBMnya lupa (atau buat2 lupa! ) yg mrk memenangi kerusi masing2 pada pru14 dgn bantuan besar pengundi AKAR UMBI PH. Sekarang, menyedari kedudukan mrk amat lemah, baru nak jilat air ludah kembali minta bantuan pembangkang (PH la tu!!). Go to hell(pigi ma**os) muhyiddin et al, aku mewakili akar umbi PH tolong respon kpd kau. Tanpa undi penyokong PH, SEMUA pengkhianat akan kalah teruk pada PRU 15 nanti!

    2. Atok kutty

    Atok ni pun buat2 tak sedar bahawa dia dibawa masuk PH kerana dsai berbesar hati menerima permintaan Atok utk menyertai PH. Janjinya Atok jadi PM utk tempoh 2 tahun, kemudian dsai ambil alih. Itu pun kerana ds wan azizah berpegang kpd janji untuk menyerahkan jawatan PM kpd Atok walaupun ds wan azizah ditawarkan jawatan tersebut terlebih dahulu! Itulah ciri2 orang yg berpegang kpd amanah, faham tak Atok oi. Skrg tiba2 Atok buat kenyataan bahawa dsai yg tidak mahu menerima beliau sekali lagi bersama PH! Oi Atok, bukan saja dsai tak mau terima kau bersama PH tapi SELURUH akar umbi PH pun dah TOTALLY REJECT kau. Mungkin hanya mat sabu, khalid samad dan beberapa kerat lagi ahli PH yg masih sanggup menerima kamu bersama dgn PH. Jadi pigidah kaki auta Atok kutty.

    Orang khianat selalu rugi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post