Pada tahun 2019, Najib pernah melafazkan sumpah bagi menafikan dakwaan pembabitannya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru malam ini menjelang prosiding rayuan akhir kes dihadapinya di Mahkamah Rayuan pada Selasa ini.Beliau antara lain bersumpah dirinya tidak pernah mengetahui secara khusus atau sebaliknya bahawa dana sebanyak RM42 juta berkaitan kes tersebut datang dari SRC International Sdn Bhd. (SRC) secara langsung atau tidak langsung.Najib turut bersumpah tidak pernah menerbitkan atau bersetuju untuk mewujudkan syarikat SRC bagi tujuan merangkul dana SRC untuk tujuan kegunaan peribadi atau kegunaan keluarganya.Beliau turut bersumpah tidak pernah mengarahkan mana-mana anggota pengarah atau mana-mana pegawai SRC untuk menyelewangkan dana SRC ke dalam akun bank miliknya untuk apa-apa tujuan.Mantan Perdana Menteri itu seterusnya bersumpah beliau tidak pernah terlibat dalam mesyuarat Kabinet untuk meluluskan jaminan-jaminan kerajaan bagi pinjaman KWSP kepada syarikat SRC untuk tujuan dirinya mendapat habuan haram RM42 juta tersebut.“Sekiranya aku berdusta di atas sumpahku ini, maka Ya Allah halal laknatMu ke atas diriku. Sebaliknya jika semua ini adalah fitnah yang telah dirancang oleh musuh-musuh politikku, maka Ya Allah aku bermohon sesungguhnya kepadaMu agar Engkau laknatilah mereka serta orang yang bersubahat dengan mereka.“Ya Allah hanya kepadaMu aku bermohon, aku bergantung serta aku berserah,” katanya di hadapan orang ramai yang hadir termasuk jemaah masjid berkenaan.Terdahulu, Najib berkata, beliau melakukan sumpah mubahalah tersebut bagi membersihkan namanya dengan Allah S.W.T serta tidak reda rakyat Malaysia terus menjamah fitnah yang berlaku secara berterusan.Katanya, beliau melakukan sumpah berkenaan juga demi membersihkan nama keluarganya serta nama arwah ibunya (Tun Rahah Mohamad Noah) dan arwah bapanya (Tun Abdul Razak Hussein)“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi bersama-sama mendoakan. Semoga segala doa yang telah kita doakan tadi Allah S.W.T memakbulkan. Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sudi mengadakan solat sunat hajat di seluruh negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE
ALFATIHAH..
ReplyDeleteAKU TIADA KEPENTINGAN DRAMA INI
AKU LAWAN FITNAH JIJIK BUKAN DIA
NAJIB HANYA SUBJEK FITNAH INI KALI
SEMOGA AKIDAH IMAN TERPELIHARA
Antara lafaz Najib Run Razak
Wallahi wabillahi watallahi
Aku tidak pernah menerbitkan atau bersetuju untuk mewujudkan syarikat SRC untuk tujuan merangkumkan apa-apa dana bagi tujuan peribadi atau keluargaku.
Aku tidak pernah mengarahkan mana-mana anggota pengarah atau mana-mana pegawai SRC untuk menyelewengkan apa-apa dana syarikat SRC ke dalam akaun bank aku untuk apa-apa tujuan.
Aku tidak pernah terlibat dalam mesyuarat Kabinet untuk meluluskan jaminan-jaminan kerajaan bagi pinjaman Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) sebanyak RM4 billion kepada syarikat SRC bagi tujuan aku mendapatkan habuan haram sebanyak RM42 juta tersebut.
Allah hu akhbar 3x
Wallahualam
Sudah lebih 24 bulan Najib melafaskan ' sumpah laknat" dengan menyebut kalimah Allah SWT bagi menafikan bahawa beliau terlibat atau sedar akan kemasukkan dana RM42 juta dari SRC keakaun beliau.
Kemasukkan Dana RM42 juta yang dakwa inilah yang disabitkan kesalahan keatas diri beliau.
Berbagai ranjau dan rintangan telah dilalui sepanjang beliau dipakaikan "rantai kesalahan" olih Hakim Nazlan dimahkamah Tinggi.
Semua umat Islam faham dan mengerti apa maksud "sumpah laknat' . Tujuan sebenarnya adalah menyerah diri atau berserah diri bulat.bulat kehadrat Illahi dan memohon Allah SWT menjadi "Hakim ' diatas kesalahan yang dituduh keatas dirinya dan berharap agar pertolongan dari Allah SWT hadir sekiranya dirinya benar benar teraniya.
Memandangkan August 25 , 2022 adalah hari terakhir penghakiman berhubung rayuan Najib dimahkamah tertinggi negara bagi menyempurnakan 'penyaliban atas kesalahan", Najib akan dikenali sebagai banduan selama 12 tahun mendatang.,
Tetapi inshallah, sekiranya Najib sebenarnya tidak bersalah dan teraniya,. inshallah, mereka mereka ( zety taufik Jho low nik faisal pegawai ambank nazlan dan kartel mafia kerala seangkatan dengan nya) yang merancang dan yang bersubahat dalam menganiya Najib. pasti mereka mereka ini akan menerima "ganjaran' dari Allah SWT dengan kadar segera.
Inshallah, sama samalah kita nantikan berita "kegemparan" dalam negara dalam waktu yang terdekat ini.
Inshaallah Allah SWT tidak menzalimi mereka yang teraniya .
Inshaallah kebenaran bakal mengatasi kebhatilan.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!