Najib Ke Penjara.. Ismail Sabri Pulak Jadi Mangsa

SAYA menyambut baik keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO, yang sepakat mencalonkan Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai 'poster boy' Perdana Menteri untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ini adalah tanda, pemimpin UMNO, amat fokus kepada agenda dalam membela rakyat, meneruskan pengukuhan ekonomi negara dan menunjukkan bukti bahawa pemimpin atasan parti sebenarnya sentiasa membuat sesuatu keputusan dalam semangat kesetiakawanan.

Walau ada yang sentiasa mengambil peluang memporak-perandakan dan mengadu domba agar UMNO dilihat bercakaran, hakikat sebenar, telahpun dibuktikan bahawa kepentingan rakyat lebih diutamakan berbanding perebutan kuasa dalaman parti UMNO.

Saya amat berbangga dengan sikap berjiwa besar Presiden UMNO, Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga Yang Berhormat Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Hasan, yang meletakkan kepentingan parti demi kemenangan BN, lebih penting berbanding jawatan.

Sebagai pemimpin muda dalam parti, saya anggap teladan yang mereka tunjukkan, harus saya contohi termasuklah semua pemimpin yang masih memegang jawatan di bahagian masing-masing.

Kat atas tu sebahagian dari tulisan Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai.

Tetapi setelah Najib di masukkan ke Penjara semalam.. semuanya dah berubah..

PUAD Zarkashi mencadangkan supaya Umno menjadikan lambang Barisan Nasional (BN) sebagai ‘poster boy’ Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), biarpun parti sebelum ini setuju untuk menonjolkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau membayangkan ‘poster boy’ pilihan Umno itu kini sudah jadi liabiliti parti.

“Umno tidak memerlukan lagi poster boy untuk PRU ke-15. Kini ia tidak lagi relevan. Ia boleh jadi bola tanggung, punching bag atau senjata makan tuan.

“Walaupun sudah ada keputusan, tetapi kalau sudah jadi liabiliti, elok batalkan sahaja poster boy,” tulisnya di Facebook, hari ini.

Majlis Kerja Tertinggi Umno pada April sepakat menamakan Ismail Sabri, yang juga naib presiden parti, sebagai calon perdana menteri untuk PRU15, yang secara umumnya dirujuk sebagai ‘poster boy’.

Menurut Puad, lambang BN sahaja sudah memadai jadi ‘poster boy’ kerana “manusia bernyawa mudah difitnah” berbanding lambang parti.

“Benda tak bernyawa memang sukar untuk difitnah. Lagi pun logo BN telah sebati kepada rakyat,” katanya.

Puad yang diketahui antara penyokong kuat Najib Razak melontarkan pandangannya sehari selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas bekas perdana menteri terkait tujuh pertuduhan melibatkan SRC International Sdn Bhd.

Najib semalam dihantar ke Penjara Kajang untuk mula menjalani hukuman penjara 12 tahun selain dikenakan denda RM210 juta.

Mahkamah tertinggi itu mendapati pembelaan Najib terhadap tuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Dalam kenyataannya, Puad juga dilihat menyerang langsung Ismail Sabri.

Poster boy tidak boleh mereka yang over perasan dan lembik. Harapkan pagar, pagar makan padi,” katanya.

Keputusan Umno menamakan Ismail Sabri sebelum ini dipersoalkan beberapa pihak kerana peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan parti politik bertanding hanya boleh menggunakan gambar pemimpin utama iaitu presiden dan timbalan presiden.

Peraturan itu diperkenalkan semasa PRU14.

Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman juga sebelum ini mendakwa keputusan Umno menamakan Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri hanya umpan supaya beliau segera membubarkan Parlimen ~ The Malaysian Insight

Tak nampak lagi ke.. dah jelas tu.. bila Ismail Sabri tak mahu campurtangam.. Poster Boy untuk PRU akan datangpun mereka dah tak mahu gambar Ismail Sabri diletakkan.. ha.. ha..

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post