Selain Kapal TLDM.. Kapal APMM Pun Tak Siap Lagi?

Asasnya Kapal LCS TLDM yang kini berada dalam kategori halimunan atau Stealth itu adalah satu projek yang dianugerahkan secara rundingan terus kepada Bousted Naval Shipyard (BNS).

Menariknya Kapal kategori Stealth buatan Malaysia ini bukan radar saja tak mampu mengesannya malah melalui mata kasarpun kita tak mampu melihatnya..  

Tempoh kontrak bagi projek yang bernilai RM9.1286 Billion itu adalah 10 tahun dan RM6.083 Billion telah dibayar oleh Kerajaan Malaysia Kepada BNS, namun hingga kini TIADA sebuah Kapal pun yang telah disiapkan.

Selain dari TLDM, kita juga negara kita juga punya APMM untuk menguatkuasa undang-undang dan ketenteraman di bawah mana-mana undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.

Dulu.. pada tahun 2017, Media melaporkan..

Agensi bertanggungjawab mengawal maritim Malaysia bakal memiliki tiga buah Kapal Peronda Luar Pantai (OPV) buatan tempatan bernilai RM740 juta [AS$181.6 juta] bermula tahun 2020 bagi meningkatkan rondaan di kawasan perairan negara yang kian mencabar.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Zulkifili Abu Bakar memberitahu, OPV baru itu akan dapat meningkatkan aspek keselamatan dan kedaulatan perairan negara yang meliputi hampir 615 ribu kilometer persegi.

“Ini secara langsung membuktikan bahawa Kerajaan menerusi Maritim Malaysia amat komited dan serius terhadap usaha-usaha yang berterusan dalam meningkatkan aspek keselamatan dan kedaulatan perairan negara daripada ancaman yang semakin kompleks,” katanya dalam ucapan pelancaran projek pembinaan tiga kapal itu di Limbungan THHE Destini Sdn Bhd, di Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

“Maritim Malaysia memiliki 256 aset sedia ada, ianya tidak mencukupi bagi mengawal serta memantau perairan negara yang seluas 614,158 kilometer persegi.

“Dengan adanya aset yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang canggih dan terkini seperti OPV ini, sudah semestinya ia akan mempertingkat dan memperkasakan lagi kebolehupayaan Maritim Malaysia dalam memastikan perairan negara selamat daripada sebarang bentuk ancaman jenayah di laut,” tambahnya lagi.

Zulkifli menjelaskan, tiga buah kapal OPV itu lebih besar daripada tiga kapal peronda generasi baru (NGPV) yang kini sedang digunakan oleh APMM.

Katanya, OPV terbaru APMM yang dibina oleh TH Heavy Engineering Berhad serta Kumpulan Destini Berhad ini mempunyai ukuran 83 meter panjang dan 13.7 meter lebar dengan berkeupayaan melaksanakan operasi dan rondaan di laut dalam tempoh maksimum 21 hari tanpa ulang bekal, dengan kapal pertama dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2020.

Kini.. tahun 2022.. Media mempersoalkan..


 
Pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sepatutnya menerima tiga buah kapal peronda pesisir pantai (OPV) dua tahun lepas pada 2020, tetapi sehingga kini ia gagal menerima walau sebuah daripada kapal-kapal terbabit.

Ketiga-tiga buah kapal peronda itu bernilai RM740 juta dan kontrak pembinaannya telah dimeterai dengan syarikat tempatan pada tahun 2017.

Apa yang menyebabkan ketiga-tiga buah kapal peronda terbabit gagal diserahkan kepada APMM sehingga ke hari ini? Apakah syarikat akan dikenakan denda kerana lewat menyerahkan kapal-kapal terbabit?

Apakah kelewatan penyerahan kapal-kapal peronda terbabit telah menjejaskan operasi APMM, apatah lagi agensi itu turut berhadapan dengan masalah keusangan aset yang amat serius (sebagaimana TLDM dan cabang Angkatan Tentera Malaysia yang lain).

Perlukah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memanggil pihak-pihak terbabit untuk memberikan penjelasan tentang kelewatan pembinaan tiga buah kapal peronda APMM ini?

Pada Jun lalu, ketika bercakap kepada media tempatan Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Datuk Saiful Lizan Ibrahim melahirkan harapan bahawa APMM akan menerima satu daripada tiga buah kapal peronda itu pada tahun ini juga.

Beliau tidak memberi tarikh yang spesifik berkenaan penyerahan kapal peronda yang pertama yang dinamakan “Tun Fatimah” kepada APMM itu.

Dua lagi buah kapal peronda itu katanya, bakal diterima oleh APMM pada tahun depan.

“Kita sepatutnya sudah terima tiga kapal OPV lama dulu tetapi disebabkan beberapa masalah tertentu, kita masih belum menerimanya.

“Insya-Allah, perkara ini (perolehan aset) sedang diatasi dan kita mengharapkan seperti yang dijanjikan kepada pihak APMM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), kita akan menerima sebuah OPV tahun ini dan dua lagi OPV pada tahun depan,” katanya sebagaimana dipetik oleh media tempatan.

Sudah pertengahan tahun dan setakat ini, tiada kenyataan lanjut daripada APMM mahupun syarikat tempatan yang bertanggungjawab tentang sebab mengapa ketiga-tiga buah kapal peronda itu mengambil masa yang panjang untuk disiapkan.

Laporan penuh sila baca di DEFENCE SECURITY ASIA

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Macam mana Tun bapak fitnah jijik buat fitnah begitu juga dengan kuda kayu nya Rafizi Ramli sondol buat fitnah jijik..

    Kalau kapai selam tukar cat pun mau Rafizi kata itu salah Najib kenapa dia tukar cat kapai selam... kikiki

    Syarikat BHIC juga merupakan syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia. Jadi, apa kaitan isu ini dengan bossku.?

    “Dan adakah Rafizi tuduh bahawa bekas panglima tentera laut, LTAT dan syarikat gergasi Jerman itu berpakat dengan bossku untuk songlap. SPRM sila siasat.. silap ari bulan pulak nanti panglima tentera pulak yang lesap macam Jho Low kalu Jho Low bertukar jadi beruang nanti panglima potaseh bertukar jadi hanjing laut pulak...!? kikiki

    Bossku berkata dia tiada bantahan sekiranya bekas panglima Laut, Boustead dan syarikat Jerman itu disiasat. Kata Najib “Saya tak ada bantahan sebab saya langsung tak terlibat"

    Bossku mengulas fitnah jijik Rafizi yang sedaya upaya cuba mengaitkan pemberian kontrak secara berlapis-lapis yang melonjakkan harga projek tiga kali ganda.

    Rafizi nak tuduh Bossku berpakat untuk songlap dana LCS? Elok kuda kayu Tun buat laporan polis lah.

    Semua salah Najib, kalau bangunan Boustad tukar cat pun salah kan Najib. Kalau cat kapai selam sompek pun Rafizi akan kata itu salah Najib..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah tak logic "kalau bangunan Boustad tukar cat pun salah kan Najib" tapi seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa Najib bukan berjawatan 'OFFICE BOY' @ 'SO CALL PEON' di PMD & MOF tetapi dia MO1 and his wife is called the First Lady

      Delete
  2. Walaupun di asak bertubi tubi bossku selambeer ajer ber FB menjawab fitnah jijik LCS sambil kunyah pop corn.

    Terkini Syed Saddik menteri paling muda korup turun naik mahkamah disekolahkan oleh Bossku.

    Jarang ada pemimpin dari mana mana parti menjawap isu secara pantas dan berfakta seperti Bossku.

    Dalam masa beberapa jam Datuk Seri Najib telah menjawap secara direct terhadap tohmahan Syed Saddiq yang dibuat melalui media sehala ‘tik-tok’ berkenaan isu LCS.

    Ia bukan kisah wang lesap , tetapi kisah penerima projek BNS lambat sangat siapkan dan projek sudah siap 55% ketika kerajaan PH mengarahkan ia dibekukan.

    Dulu Syed Saddiq Menteri termuda dalam kabinet , hari ini Menteri termuda terima rasuah sedang turun naik mahkamah.

    Syed Saddiq yang menjadi pemimpin paling muda dalam sejarah negara dikenakan tindakan mahkamah atau paling muda bergelar paling pemimpin paling muda dan terkotor korup sebagai “kluster mahkamah” kerana kes mengelapkan wang.

    Lim Kit Siang juga suka bercerita tentang UMNO dan rasuah sambil anaknya sendiri Lim Kit Siang sah menerima rasuah berkali kali dan sedang turun naik mahkamah.

    Begtu juga dengan Mahathir , dimana terpalit juga dengan menerima rasuah UKSB namun belum dikenakan apa apa Tindakan kerana belum ada kesempatan oleh pihak lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib beri dana kepada TTKM berjuta ringgit - Anonymous
      August 9, 2022 at 10:36 PM tolong ulas atau nafikan.

      Delete
    2. Laman facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia (TTKM) yang dimulakan pada 2014

      Delete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post