Skandal LCS: Benarkah Yang Didakwa Itu Hanya 'Ikan Bilis'?

SHAH ALAM - Pendedahan skandal projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS) yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini telah membongkar penyelewengan yang berlaku pada projek runding terus itu.

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan, beliau yakin wujud agenda penyelewengan besar-besaran daripada pihak atasan rentetan ketirisan projek mega LCS.

“Saya yakin ada penyelewengan dalam projek LCS ini dan pihak yang bertanggungjawab akan harus diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Namun apa yang kita lihat, individu yang hendak dibawa kemuka pengadilan ini bukanlah jerung ‘besar’, sebaliknya pengurus sebuah syarikat yang dikatakan orang tengah.

“Pada saya, penyelewengan secara besar-besaran ini tidak mungkin boleh terjadi di tahap pengurus syarikat sahaja tetapi penglibatan lebih tinggi sama ada di peringkat Boustead Naval Shipyard (BNS) atau di Kementerian Pertahanan sendiri.

“Sayangnya, orang atasan ini pada kebiasaannya boleh terlepas. Kali ini, SPRM perlu pastikan siapa yang betul-betul bertanggungjawab dihukum dan bukan 'kambing hitam' yang dibawa ke muka pengadilan,” katanya..

ISU KESELAMATAN

Tambahnya, punca ramai pihak yang tidak berpuas hati terhadap projek ini adalah kerana perbezaan pendapat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tentang reka bentuk kapal sebagai pengguna akhir LCS selain kelewatan pembuatan kapal.

“Pertama, tentera Laut menyatakan kekecewaan mereka apabila jenis kapal yang diminta sebagai pengguna akhir dan barisan hadapan tidak diendahkan sebaliknya kerajaan memilih kapal lain yang dibuat oleh syarikat Perancis Naval Dockyard yang sebelum ini membekalkan kapal selam dan mempunyai isu komisen ratusan juta ringgit.

“Kedua, soal kelewatan pembuatan kapal yang mana sehingga ke hari ini, tiada kapal LCS yang siap walaupun kerajaan telah membayar lebih RM6 billion walhal negara lain seperti Indonesia dan Mesir yang meminta kapal dalam tempoh yang sama atau lambat sedikit daripada Malaysia sudah mendapat kapal pertama atau kedua mereka,” katanya.

“Ramai juga pihak tidak berpuas hati selepas melihat siasatan dan mendapati sebahagian daripada duit yang kerajaan bayar ini digunakan pula untuk membayar hutang-hutang lama dalam projek yang mereka gagal. Seolah-olah menggali lubang dan ketuk lubang sendiri,” katanya.

Nik Nazmi yang juga merupakan Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata, niatnya bukan untuk mencari salah mana-mana parti, namun isu keselamatan negara perlu diambil berat oleh pihak kerajaan lapor Sinar

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Mahathir yang terdesak, cemas dan gelabah Bossku dijadikan kambing hitam.

    Beberapa minggu lepas, isu paling menjadi bualan ramai dan isu hangat adalah kisah anak buah kepada Tun Mahathir Rahmat Abu Bakar menerima wang rasuah dari Ultra Kirana Sendirian Berhad (UKSB)

    Tetapi dalam kes LCS semua hal diletak kesalahan di bahu seperti yang dinyatakan Najib Razak digesa untuk menjelaskan mengapa dia, sebagai menteri kewangan sewaktu pentadbiran BN didakwa memberi layanan “berat sebelah” kepada kontraktor utama projek kapal tempur pesisir (LCS), Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

    Dalam kenyataan hari ini, Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching berkata caj penghantaran lewat bagi setiap LCS dihadkan kepada RM180 juta.

    Tentunya Najib sudah dibriefing oleh dipertingkat Pegawai Tentera dan Kementerian Pertahanan dan sebagainya dan selaku PM semasa itu tentunya sudah mendapat nasihat dan pandangan Kementerian Pertahanan dan Pegawai Tentera.

    Maka selaku PM tentu bertindak atas apa yang dibincangkan. Kalau semua nak salah kan Najib elok berhenti aja semua pegawai tentera menteri pertahanan masa itu.

    Dalam kes UKSB sangat 'straight forward' kenyataan saksi menyatakan sedemikian dalam buku lejernya mencatatkan penerima rasuah (dana) bergelar “kedahan” adalah dimaksudkan penerimanya Tun Mahathir diambil bagi pihaknya oleh Osman Bakar eeh itu peniup sexsapone daa.. Enak Rahmat Abu Bakar.

    Saksi pemberi dana (rasuah) menyatakannya didalam mahkamah, namun pihak Tun Mahathir sekadar menafikannya diluar mahkamah sahaja dengan begitu mudah melalui tulisan surat.

    Dengan satu sidang akhbar saja video Mat Blur di Sandakan kira selesai..!! Itu lah Atok kau Mahathir.

    Senang sungguh cara Tun melepaskan diri tetapi tidak pada Najib.

    Hanya UMNO sahaja memiliki kemampuan mengambil Tindakan terhadap Tun Mahathir apabila ambil alih kuasa selepas PRU15.

    ReplyDelete
  2. Jerung besar terlepas semuanya tak ada kes. Berpuluh tuduhan pun boleh didapati tak bersalah. Undang2 dunia

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post