Skandal LCS: Kelihatan LCS1 dan LCS2.. Yang Lain Mana?

KUALA LUMPUR: Dua bekas anggota Kabinet ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) mendakwa kerajaan ketika itu tidak pernah membekukan projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kini tergendala.

Sebaliknya, kedua-dua mereka mendakwa projek itu tergendala disebabkan akibat kekangan kewangan yang dialami Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

Bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Timbalannya ketika itu, Liew Chin Tong melalui satu kenyataan bersama hari ini berkata, kerajaan PH juga cuba menyelamatkan projek LCS itu, malah sedia menyuntik dana tetapi kerajaan ketika itu dijatuhkan.

"Dalam 26 bulan ini sejak Langkah Sheraton, jawatan Menteri Pertahanan dipegang oleh UMNO, iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

"Kalau ikut logik Najib (bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak), kapal LCS patut dibina lebih cepat selepas Februari 2020, namun satu kapal pun tak siap lagi.

"Amat pelik sekali, kenapa status pembinaan yang diumumkan semalam lebih rendah berbanding dengan Oktober 2020?" katanya.

Melalui kenyataan sama, Mohamad dan Chin Tong meminta Hishamuddin supaya tidak berselindung atau menyembunyikan kebenaran bahawa projek LCS adalah projek sakit, sekali gus memberi jalan penyelesaian kepada persoalan yang timbul.

"Adakah projek LCS dimulakan untuk membiayai hutang lapuk BNS? Siapa yang bertanggungjawab ke atas pertukaran sistem dari Sigma ke Gowind? Daripada RM6.08 bilion yang diberikan kepada BNS, berapa telah disonglap dan hilang tanpa jejak?

"Bila reka bentuk terperinci dijadualkan selesai pada November 2016 boleh dimuktamadkan? Apakah jumlah dana suntikan untuk memulihkan projek LCS dan adakah BNS memerlukan RM7 bilion lagi selepas RM6.08 bilion telah disuntik?

"Dan Apakah jadual terbaharu serahan kapal oleh BNS kepada TLDM?" kata mereka menyenaraikan rentetan persoalan yang timbul dalam projek LCS itu.

Mereka juga mendakwa, kelengkapan dan peralatan LCS berdasarkan reka bentuk terperinci adalah jauh lebih penting, berbanding menunjukkan kewujudan 'hull' atau badan kapal.

"Seperti pernah kami terangkan, kelengkapan dan peralatan kapal berdasarkan reka bentuk terperinci adalah jauh lebih penting daripada badan kapal. Reka bentuk belum siap lagi.

"Peralatan belum dapat dipasang lagi. Projek LCS tidak dapat diteruskan tanpa detailed design (reka bentuk terperinci) dan sebarang status siap kerja yang lain adalah tidak bermakna," katanya.

Dakwa mereka lagi, tindakan Kementerian Pertahanan membawa wakil media ke Lumut, Perak adalah niat untuk meyakinkan rakyat bahawa kapal LCS memang wujud dan projek ini masih berlangsung.

"Menurut rakan-rakan dari pihak media, lawatan semalam seperti 'tikus baiki labu'. Media dibawa ke 'hull' (badan kapal) LCS 1. Badan kapal LCS 2 hanya boleh dilihat dari jauh. Kapal-kapal yang lain tidak kelihatan.

"Hishammuddin cuba membuktikan bahawa kapal dan badan kapal memang wujud. Kenapa bawa media tengok badan kapal (yang sama sejak 2017)? Kan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman kata, badan kapal boleh dinampak dari jauh dalam perjalanan ke Pulau Pangkor," katanya lapor Berita Harian

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. PRO-UMNO-MCA anti-Buddhist! 马华是反佛教!..DATUK YIP KUM FOOK 叶金福 (骗财骗色) 洗钱案最后上诉聆审

    MCA PRO-UMNO anti-Buddha! DATUK YIP KUM FOOK (menipu wang dan seks) perbicaraan rayuan akhir kes pengubahan wang haram

    PRO-UMNO-MCA is anti-Buddhist! DATUK YIP KUM FOOK (cheating money and sex) money laundering case final appeal hearing
    By Buddhist group Kepong, Kuala Lumpur

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post