Kata Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak bila terdapat pihak cuba menunding jari terhadapnya berkaitan kegagalan projek itu menyiapkan LCS sambil mempersoalkan sikap pemimpin Pakatan Harapan (PH) berkaitan pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
"Projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai itu masih berjalan semasa pemerintaan Barisan Nasional dan kapal pertama sepatutnya diserahkan pada 2019.
“Pandemik pula menimpa pada tahun 2020 dan 2021. Akhirnya projek baharu dipersetujui untuk disambung pada bulan April 2022. Jadi, bagaimana pula kapal-kapal boleh siap?
“PH lewatkan projek pada tahun 2018, bekukan projek pada tahun 2019, lalu tanya kenapa tiada sebarang kapal diserahkan pada tahun 2022?
“Projek ini bukan tidak pernah disiasat. Ianya disiasat oleh jawatankuasa ditubuhkan PH pada tahun 2018. Boustead juga membuat laporan SPRM pada bulan Disember 2020 untuk menyiasat projek ini,”
“Sejurus selepas PRU-14, pengerusi LTAT, pengerusi serta bos Boustead dan Panglima Tentera turut ditukar kerajaan PH. Projek juga telah diperlambatkan oleh siasatan yang dilancarkan oleh kerajaan PH lalu projek dibeku pada tahun 2019.
“Masa projek dibeku pada tahun 2019, Menteri Pertahanan, Mat Sabu kata, kemajuan projek LCS cuma pada tahap 60 peratus dan bukan 78 peratus mengikut kontrak.
“Mat Sabu pula kata bahawa kerajaan PH pernah berhasrat untuk meneruskan projek LCS setelah mereka membekunya tetapi tidak sempat sebab kerajaan PH tumbang,”
“Pada tahun 2017, Boustead turut diberi kontrak untuk membina 4 buah kapal Littoral Mission Ships (LMS) kelas Keris bersama syarikat China yang berjaya diselesaikan dan diserahkan kepada Tentera Laut.
Menurut Najib, kontrak projek LCS ditandatangan pada 17 Julai 2014 dan kapal pertama perlu disiapkan pada April 2019.
Beliau menyangah kenyataan Wong bahawa projek itu diberi pada 2011 dan kapal pertama perlu diserahkan pada tahun 2017.
Itu kata-kata Najib yang tak diketahui status kebenarannya yang dipetik dari laporan MalaysiaGazette
Berikut pula adalah jawapan dari Bekas Menteri Pertahanan ,Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong ketika PH menjadi Kerajaan.
SHAH ALAM - Bekas Menteri dan Timbalan Menteri Pertahanan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyangkal kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa projek kapal tempur pesisir (LCS) terbengkalai kerana PH menangguhkannya pada September 2019.Dalam satu kenyataan bersama oleh bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Liew Chin Tong menjelaskan, kenyataan Najib bahawa projek LCS hanya dapat diteruskan semula pada April 2022 kerana berlakunya pandemik Covid-19 pada tahun 2020 dan 2021 juga tidak benar.Katanya, ramai terpengaruh dengan naratif bekas Perdana Menteri itu sedangkan kedua-dua kenyataan itu adalah tidak benar sama sekali dan hanya bertujuan untuk mengelirukan rakyat.“Garis masa membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Harapan bukan punca projek LCS lambat. Status kemajuan projek LCS sepatutnya mencapai 49.12 peratus pada Januari 2016 tetapi hanya siap 39.67 peratus.“Pada Januari 2017, kemajuan projeknya sepatutnya 59.35 peratus tetapi hanya siap 46.99 peratus manakala dijangka siap 70.58 peratus pada Januari 2018 tetapi hanya siap 50.15 peratus.“Pada Januari 2020, projek itu sepatutnya siap 82.41 peratus tetapi hanya siap 56.39 peratus dengan variance sebanyak -26.02 peratus. Sampai hari ini, reka bentuk terperinci belum siap,” menurut kenyataan berkenaan pada Selasa.Pembinaan LCS jelasnya, melibatkan fasa reka bentuk konsep, diikuti reka bentuk asas dan akhirnya reka bentuk terperinci.Berdasarkan persetujuan antara Naval Group Perancis dan kontraktor Boustead Naval Group (BNS), reka bentuk terperinci perlu diluluskan oleh Naval Group selaku pihak yang bertanggungjawab terhadap reka bentuk sebelum pembinaan kapal.“Fasa konsep reka bentuk bermula pada 4 Jun 2012 dan sepatutnya dimuktamadkan pada 28 Januari 2013. Namun, ia hanya dimuktamadkan pada 24 September 2013 (kelewatan 238 hari atau 8 bulan).“Reka bentuk asas mula pada 3 Oktober 2013 dan sepatutnya dimuktamadkan pada 31 Januari 2015 tetapi hanya disiapkan sepenuhnya pada 20 Januari 2016 (kelewatan 17 bulan 20 hari).“Menurut kontrak asal, fasa reka bentuk terperinci sepatutnya dilaksanakan dari 6 Ogos 2014 hingga 29 November 2016. Namun, fasa ini berterusan sehingga hari ini dan masih belum selesai,” jelasnya kenyataan berkenaan.
Laporan penuh sila baca di SINI
Mana Rafizi Bin Ramli pada 2018 dan 2019, kerajaan PH yang menanggukan dan membekukan projek tersebut sehingga menyebabkan ia lewat sebelum mereka membuat keputusan untuk meneruskannya.
ReplyDeleteSehubungan itu, Bossku bertanya mengapa PH tidak terus membatalkan projek LCS semasa menjadi kerajaan dahulu.
“Liew Chin Tong, Ahli Parlimen DAP, yang bising banyak sekarang berkenaan isu ini dulu adalah Timbalan Menteri Pertahanan, dia pernah pantau dan melawat projek LCS ini dulu. SPRM pernah siasat projek itu.
Pada Brother Anwar Bin Ibrahim, kamu sudah teruk kena main dengan Assmin dan Zuraidah dan kali ini Rafizi sedang main kan brother lagi. Sudah sudah lah tak serik lagi kah kena main dengan Tun Mahathir dan Daim Zainuddin..!?
Kenapa dulu Rafizi tidak bising macam sekarang dan sekarang baru buka mulut itu dan ini? Menteri Pertahanan PH, Mat (Mohamad) Sabu pun sama.
Rafizi (Ramli) dan Nurul Izzah (Anwar) yang kini lantang Scorpane berkenaan isu ini ke mana perginya masa PH memerintah?
Masa PH dalam kerajaan Rafizi dan DAP diam, selepas PH menang kamu masuk gua dan kini baru keluar. Kamu hanya tahu bagaimana untuk hasut rakyat.
Itu skill set Rafizi Bin Ramli sama species macam tuan baru nya Tun Mahathir Bin Mohamad. Terguling guling heret Jho Low sebelum PRU 14 bila jadi PM dlm kerajaan PH berkuasa batang hidung Jho Low pun tak nampak.
Skg ni Jho Low tepok tangan ketawa bahak bahak lihat betapa bodoh bangang nya sesama Melayu bercakaran disebabkan sekor Cina bernama Jho Low sambil berkata "Ini suma gua suda kasi bodoh sama ini pemimpin Melayu woo.!!
Semua kaum Jho Low di Malaysia tuan barua Melayu nya DAP@LeeKwanYew tumpang tepok tangan angkat Jho Low pejuang hebat kaum Cina Jho Low..
Justo saksi utama 1 MDB lesap depan lubang hidung Tun Mahathir. Adakah kamu fikir rakyat boleh percaya dengan Rafizi dan Tun Mahathir.
Brother Anwar Bin Ibrahim saudara kamu Rafizi itu bukan milik kamu dan bukan milik PKR. Saudara kamu Rafizi Bin Ramli itu kuda kayu milik Tun Mahathir Bin Mohamad bersama Tun Daim Zainuddin. PKR pelihara ular sawa dalam reban ayam.
Pada Brother Anwar Bin Ibrahim sudah teruk kena main dengan Assmin dan Zuraidah dan kali ini Rafizi sedang main kan brother lagi makna kata kena game lagi dengan Tun.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh mendedahkan, Boustead Naval Shipyard (BNS) masih gagal menyerahkan sebarang LCS setakat ini kepada kerajaan walaupun telah menerima bayaran RM6.08 bilion. Torwong bawah laut berbillion dah keluar torwong pun tak ujud lagi.. mana Rafizi mungkinkah nyorok masuk gua semula..?
Brother Anwar Bin Ibrahim bola di tangan kamu, pisau pun ditangan kamu. Sebelum terlambat pecat kuda kayu Tun itu si Rafizi Bin Ramli sebelum PRU 15.
PH sebenarnya sedang terdesak untuk mencari isu supaya mereka dapat kembali relevan di mata rakyat dan cuba bawa isu akauntabiliti serta kononnya mereka menentang rasuah... yg sebenarnya Tun sedang mencipan kepanasan.
Sila cuba lagi...markah utk artikel ini ialah D
DeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!