Skandal LCS : PAS Sedia Bantu Pertahan UMNO?

KUALA LUMPUR: Pas sedia memberi ‘bantuan’ kepada UMNO yang kini dilihat ‘cedera’ bagi memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin berkata, ‘kecederaan’ UMNO itu adalah berikutan serangan bertubi-tubi Pakatan Harapan (PH) dalam isu kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang gagal disiapkan meskipun RM6 bilion telah di­salurkan.

Menurut beliau, dengan keadaan itu, UMNO sukar untuk menang jika bergerak solo seper­ti yang diputuskan dalam Perhimpunan Agungnya pada Mac lalu, sekali gus perbinca­ngan segera perlu diadakan bersama Pas mengenai strategi bagi menewaskan PH.

“Saya yakin UMNO kini sedang cedera, mereka tidak boleh handle LCS. Ada seorang sahaja yang boleh handle, namanya Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mudah rakyat terima kerana pengaruhnya.

“Masalahnya sekarang, Najib sangkut 10 hari dengan kes dia, Najib tidak akan sempat cover kes LCS sebab dia nak kena co­ver kes dia dulu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Khairil berkata, jika UMNO masih dengan prinsipnya untuk kekal bertanding solo, parti itu di­lihat menempah kekalahan yang le­bih teruk pada PRU kali ini.

“UMNO perlu bekerjasama dengan kita jika ingin menang PRU15 nanti. Kami mengalu-alukan tetapi kalau UMNO nak buat perangai, buatlah,” katanya.

Terdahulu, Barisan Nasional (BN) dilaporkan kekal dengan keputusan untuk bergerak solo bagi menghadapi PRU15.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti gabungan itu akan berusaha keras untuk memenangi seberapa banyak kerusi di Parlimen untuk membentuk kerajaan sendiri pada PRU nanti. – UTUSAN

UMNO sukar untuk menang jika bergerak solo seper­ti yang diputuskan dalam Perhimpunan Agungnya pada Mac lalu, sekali gus perbinca­ngan segera perlu diadakan bersama Pas mengenai strategi bagi menewaskan PH??.. Nampak sangat PAS takut kalah dan hilang jawatan yang dipegang dalam Kerajaan sekarang ni..

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Umno boleh kata isu LCS ni isu politik mainan PH. RM 6 BILION LESAP dia boleh kata mainan politik. Kemudian mat hassan boleh kata rafizi raja fitnah. Kalau rafizi tak bongkar skandal ini semua, lesaplah wang rakyat tanpa pengetahuan rakyat jelata. Patut la umno cukup takut dgn rafizi. Dia tak takut sama lobai hadi sebab lobai hadi boleh kaw tim ma!

    ReplyDelete
  2. Laporan PAC makin kantoi. Lihat komen Datuk Nur Jazlan. PAS tk payahlah.hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. UMNO pun tk percaya pada Pas.

    ReplyDelete
  3. Celah mana Ketua Hakim Negara diugut..!?

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat sebarang ugutan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

    Yang buat lapotan polis mengrnai suami Hakim Negara yang mengikuti rayuan Najib. Suami sangat anti Najib, anti GST dan posting FB nyy sangat memgharapkn Najib dipenjarakan secepat mungkin..!!

    Polis tidak akan bertolak ansur dengan sebarang unsur yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

    Ancaman terhadap Tengku Maimun dikesan di pelbagai platform media sosial termasuk Twitter dan Facebook sejak malam Khamis (18 Ogos).

    Suami Ketua Hakim Negara iaitu Zamani yang merakam setiap isu yang berlaku di mahkamah yang diketuai isteri nya. Suami ketua hakim ini merakam dan melapor pada siapa..!? Zamani difahamkan sangat anti Najib dan orang kuat Parti Bersatu.

    Laporan polis dibuat pada Zamani laki pada ketua hakim negara. Celah mana nya timbul isu ugutan pada hakim tsb..!?

    ReplyDelete
  4. His son (YIP JIUN HANN叶君瀚, 律师) also has the same behavior and habits as his father because father (YIP KUM FOOK叶金福, 律师) does bad things in society, cheats people about money and has sex with people's wives everywhere and the children(son) also play women everywhere too

    now many people know about this YIP KUM FOOK叶金福 family in their way of life, but they can't escape from people gossiping about what they have done. in the end life is hard.. pity those who do evil, not in this life but have to bear it for another life as well.

    They will tremble all their lives in life and they are not free all their lives like animals touching hot water, in Buddhist who broke the Sangha community, this is the greatest sin, also not easy to confess and there is no way to cleanse it

    Really to happen to you, your friends and relatives will laugh at you, you will be lonely without friends because when you have a lot of money, you are proud of them, at that time nobody wants you...you will walk the road alone

    Shared by loke & friends in Kepong

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post