Skandal LCS: PH Dah Tak Ada Isu Untuk PRU15 Najib Kata

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak jijik cara Pakatan Harapan (PH) memainkan isu pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kerana tindakan mereka itu memberi kesan kepada keselamatan negara.

Bekas Perdana Menteri itu menyifatkan PH sudah kekeringan isu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 sehingga sanggup menjadikan projek LCS sebagai isu besar.

Sedangkan, katanya, mengapa Kerajaan PH menangguhkan pembinaan LCS sebaik sahaja menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ketika projek tersebut telah mencapai kemajuan 55.7 peratus dan akhirnya dibekukan pada September 2019.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, sepatutnya sebagai kerajaan, PH patut pastikan kapal tersebut diserah mengikut jadualkan dan bukannya tidak berbuat apa-apa.

“Projek hanya disambung semula pada bulan Mei 2022 oleh kerajaan hari ini apabila kontrak ditandatangan untuk sambung projek ditanda tangan selepas pandemik Covid pada tahun 2020 dan 2021.

“Lalu dijadikan isu propaganda sebelum PRU15 dengan pelbagai tohmahan kenapa kapal belum siap. Kamu yang tangguh, kamu yang bekukan dan kamu juga yang tanya kenapa kapal-kapal belum siap?

“Jijiknya permainan mereka tetapi ianya memberi kesan kepada kepentingan dan kesediaan TLDM dan keselamatan negara,” kata Najib.

Lantaran itu, Najib mendesak Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Wong Kah Woh dan bekas Kabinet PH untuk menjawab peratusan kemajuan projek dari permulaan pembinaan pada akhir tahun 2014 hingga Mei 2018 iaitu sebelum PRU14.

Kah Wong dan PH juga perlu menjelaskan kemajuan projek berkenaan dari Mei 2018 hingga September 2019 iaitu ketika projek tersebut dihentikan oleh kerajaan PH.

“Saya dah tanya soalan simple ini empat kali. Kenapa tak jawab sehingga kini? Perlu ingat juga bahawa kapal pertama hanya dijadualkan untuk diserah kepada TLDM pada tahun 2019 iaitu selepas kerajaan tukar tangan selepas PRU14 bukan sebelumnya.

“Perlu ingat juga bahawa syarikat Boustead ini milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTA). Segala keuntungan juga mengalir ke LTAT (bukan kroni sesiapa tetapi kroni TLDM) dengan dividen-dividen dan bonus tinggi cecah 12% sepanjang tempoh saya PM sebelum jatuh ke 2% pada tahun 2018 dan 2019 bawah kerajaan PH,” kata Najib.

Najib dalam kenyataan di Facebook turut mengingatkan bagaimana PH memainkan isu kapal selam Scorpene milik TLDM yang didakwa tidak boleh ‘menyelam’.

Beliau juga mendakwa PH turut memanipulasi isu enam unit helikopter jenis MD530G bagi memperkasakan ketumbukan tempur Tentera Darat Malaysia (TDM).

“Dulu PH tuduh kapal selam kita tak boleh selam. Lalu selepas PH jadi kerajaan, Mat Sabu jawab dalam Dewan Rakyat bahawa kapal selam kita memang boleh selam.

“Dulu PH kata kenapa 6 buah helikopter dibeli tidak sampai dan wangnya sudah lesap. Lalu kesemua 6 buah helikopter diterima dalam keadaan baik.

“Kini mereka tak ada isu bagi PRU15 dan berada dalam keadaan lemah. Sebab itu mereka nak jadikan kelewatan projek LCS ini sebagai isu besar baharu. Itulah permainan PH,” sindir Najib.-MalaysiaGazette

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Najib Razak Bossku bukan semakin dibenci , bahkan semakin popular.

    Mat Sabu yang arah bekukan projek. Menteri cap ayam kuliner apa yang dia tahu..!? Goreng Mamak boleh lah dia buat.. itu pun goreng mamak tekak rakyat dah naik kembang meluat nak muntah. Tambah lagi Timbalan Menteri Pertahanan adalah orang AP.

    Walaupun Timbalannya orang DAP namun dia mengawal Menteri Pertahanan yang dilantik oleh DAP, ia itu Mat Sabu.

    Keseluruhan isu ada lah sebenarnya Rafizi mencari isu baru menggantikan isu 1MDB yang sudah habis tempoh keberkesanan nya.

    Najib Razak@Bossku bukan semakin dibenci , bahkan semakin popular. Maka satu skandal menggantikan 1MDB mesti diujudkan, dan buat masa ini Rafizi Nampak isu LCS.

    Pihak yang terabit seperti Zeti Akhtar dan Hakim Mohd Nazlan Ghazali pula cuba dilindungi walaupun sah menerima tasuah dan sah disiasat.

    AG lantikan PH masih belum mendakwa dakwa lagi kedua mereka.

    Ada sumber menyatakan Rafizi mula sedar Najib Razak akan bebas kerana kes tersangat lemah dan pincang.

    Sebaik sahaja PH ambil alih PH tidak buat kerja membina negara , bahkan menyambung terus kisah mencari kesalahan , mencipta isu

    Polisi PH adalah apa sahaja yang berbau BN mereka akan buang, ini termasuk lah Klinik1Malaysia, BRIM , PKLN walaupun ia perkara baik.

    Mereka menjual aset aset negara yang mendatangkan keuntungan kepada negara.

    Jika Polisi BN ada lah membeli bila harganya bagus dan menjual jika menguntungkan , PH pula , menjual sahaja tanpa membeli.
    Sebaik sahaja PH ambil alih, PH sentiasa cuba mencari kesalahan lalu menghentikan projek untuk menyiasat.

    Kuda kayu Tun budak Rafizi sedar isu 1MDB sudah tidak membawa PH kemana mana , sebaliknya membawa kekalahan demi kekalahan kepada PH baik dalam PRK mahu pun PRN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mananya kapal tu. kenapa pm fb bayor lebih progress, patut bayor ikut progress. meniaga apakah ini. baca laporan ke idak ni. ke main baca pm fb tu..

      Delete
    2. Mangkuk ph henti projek lepas menang pru14.
      Bukan shj henti projek tapi jarah dan lelong habis aset negara. Modal mereka adalsh negara dah bangkrap. Apalagi percaya sungguh mangkuk2 tongong yg menjilat ph.
      Sampai ada tanah milik tabung haji boleh dibeli oleh kapir. Lebih dashyat cara mereka menyamun.
      Yg paling tongong adalsh ada aset2 yg dijual murah masih relevan dan menguntungkan. Bangsat punya pemimpin tongong ph.!!!

      Delete
  2. Kenapa masih ada org nk pecaya ckp2 penipu najib??? Dlm court smua tk tau/lupa, kt kuar kunun serba tau.. Smua taik2 ko org nk kemas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak nak percaya dan fitnah....saman jer tongong oiiii.
      Daripada percaya kata negara bangkrap dan lelong habis-habisan harta negara tapi sebaliknya hanya taktik penyamun ph.
      Belum lagi janji mansuh tol. Mak kau mansuh tol. Rakyat dapat tolOL!!!
      Tak apa...masih ada tongong yg akan percaya.

      Delete
  3. Respond to Anonymous August 8, 2022 at 1:10 PM
    You mesti sokong cadangan ramai ahli parlimen pembangkang supaya diadakan persidangan khas parlimen mengenai skandal LCS.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post