Skandal LCS: Siapa Kerbau Yang Bawa Lumpur Ke dalam UMNO Itu?

Seluruh kepimpinan UMNO dan BN akan menerima tempias meskipun skandal LCS dikatakan melibatkan hanya segelintir pemimpin UMNO dan kroni mereka sahaja, ini umpama seekor kerbau membawa lumpur habis satu kandang terpalit..

Siapakah kerbau itu agaknya?..

Laporan berkaitan..

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) termasuk seluruh pemimpin UMNO yang berimej bersih berisiko menerima 'hukuman' daripada pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana skandal kapal tempur pesisir (LCS) yang membabitkan keselamatan negara dilihat memberi impak lebih besar berbanding isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Penganalisis Politik, Profesor Wong Chin Huat berkata, ini kerana seluruh kepimpinan UMNO akan menerima tempias meskipun skandal LCS melibatkan segelintir pemimpin UMNO dan kroni.

"Jika UMNO masuk PRU sekarang, maka seluruh UMNO termasuk Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) yang tidak terlibat dalam skandal ini akan dihukum pengundi yang marahkan seluruh UMNO kerana melihat ini sebagai 1MDB 2.0 yang lebih besar dan lebih menjahanamkan keselamatan negara.

"Untuk menyelamatkan diri, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) seperti yang dicadangkan oleh Pemuda UMNO juga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan DAP perlu ditubuhkan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Tambah beliau, bagaimanapun sekiranya RCI ditubuhkan sekalipun, ia tidak cukup membuktikan kesungguhan UMNO membersihkan diri daripada rasuah, tetapi reformasi penyiasatan dan pendakwaan yang bebas daripada campur tangan kerajaan perlu dilakukan.

"Jabatan Pendakwa raya yang dipisahkan daripada Jabatan Peguam Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di bawah Parlimen, bukannya Perdana Menteri mesti diwujudkan.

"UMNO mesti menunjukkan kesungguhan untuk membersihkan diri daripada barah-barah rasuah. Dengan reformasi ini, UMNO dapat berdiri teguh sebagai parti patriotik dan bukan parti perasuah yang dengan mudahnya boleh dilabel sebagai pengkhianat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas jangkaan nasib yang bakal dihadapi UMNO pada PRU15 memandangkan isu LCS sedang meledak di pelbagai platform media sosial sama seperti isu 1MDB.

Sementara itu, penganalisis politik, Dr Oh Ei Sun pula berkata, peluang UMNO untuk menang akan lebih terjejas jika PRU15 terus ditangguh.

"Isu LCS ini menjadi satu lagi sebab mengapa UMNO perlu mendesak supaya pilihan raya umum diadakan secepat mungkin.

"Jika dibiarkan lebih lama, bukan sahaja skandal LCS ini akan memburuk, tetapi ekonomi juga akan menjadi lebih teruk, jadi peluang UMNO (untuk menang) akan menjadi lebih teruk," katanya ~ Sinar

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Buktikan saya campur tangan, ambil wang projek LCS, Najib beritahu Tun Mahathir.

    Najib akan berhenti daripada menjawab dakwaan PH dan Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang dan Langkawi Tun Mahathir Mohamad jika beberapa persoalan dikemukakannya dapat dijawab.

    Persoalannya yang perlu dijawab ialah mengapa kerajaan PH diketuai Tun Mahathir sebelum ini berdiam diri berhubung isu LCS ketika berkuasa dari 2018 hingga 2020 sedangkan LCS pertama sepatutnya diserahkan pada April 2019.

    Mengapakah Tun Mahathir diam menikus sepenuhnya tarikh akhir penghantaran April 2019 terlepas. Mengapakah Tun Mahathir langsung tidak berbunyi pada tahun 2019 apabila tarikh akhir penghantaran terlepas?

    “Bagaimana pula dengan tahun 2020? Atau tahun 2021? Kenapa PH diketuai Tun Mahathir dan Lim Kit Siang senyap spt berada di tanah perkuburan.?

    Kalau Tun Mahathir cabar buktikan dia trrima duit rasuah RM2.6 juta dari UKSB sedangkan anak penakannya mengaku terima duit rasuah RM2.6 juta bagi pihak Tun.

    Maka elok lah buktikan Najib campur tangan, ambil wang projek LCS, Najib beritahu pada Tun Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang dan Rafizi Ramli..!!

    ReplyDelete
  2. Propa Rafizi a/l Ramli kuda kayu Tun Mahathir kes LCS. Goreng mamak yang meloyakan tekak rakyat.

    Lawatan Tapak pada 11 Disember 2021.
    Lawatan PAC ke tapak LCS Lumut Perak, menyedihkan - Wong Kah Woh dari DAP

    Sejurus selepas laporan PAC mengenai Kapal Tempur Pesisir (LCS) dibentangkan, seorang rakan wartawan telah menghantar mesej kepada saya, bertanya “Apakah perasaan"

    Wong Kah Woh kata 'Amat Menyedihkan'

    Kami tiba di limbungan kapal pada jam 9 pagi, 11 Disember 2021. Prosiding bermula pada jam 9.05 pagi dengan kehadiran saksi dari MINDEF, Tentera Laut, BHIC, dan BNS. Untuk dinamakan, tiga orang saksi penting turut hadir bersama iaitu Ketua Pegawai Eksekutif BHIC, Sharifuddin Md Zaini, Pengarah Projek LCS BNS Kepten (B) Ir Azhar Jumaat, dan bekas Ketua Pasukan Projek Tentera Laut, Lak. Muda Datuk Ir. Mohd Saiful.

    Lawatan pada 12.8.2022.

    Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Naval Shipyard (BNS), Ir Azhar Jumaat mengenai perkembangan terkini kerja-kerja pembinaan lima buah kapal tempur pesisir (LCS) di Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), dekat sini, hari ini.

    Sekumpulan pengamal media, Azhar menunjukkan kelima-lima buah kapal berkenaan yang dalam pembinaan dengan kapal pertama sudah siap 60 peratus.

    Sementara kapal LCS kedua sudah siap 48 peratus, LCS ketiga (43 peratus), LCS keempat (36 peratus) dan LCS kelima (22 peratus), jelas Azhar.

    Lima kapal yang dalam pembinaan dengan pelbagai peringkat untuk disiapkan ini menandakan RM6 billion yang dibelanjakan oleh kerajaan itu telah dibuktikan.

    Ini lah propaganda PAC Wong Kah Won yg diketuai DAP.

    Elok lah team UMNO, BN dan sekutu bersama kumpulan wartawan media buat lawatan mengejut torwong dasar laut tokong.

    Kuda kayu Tun budak Rafizi Ramli setakat propa saja. Nak geli geli bagi walaun DAP dan PH terkinja kinja teransang syok sendiri.

    Itu semua goreng mamak yang meloyakan tekak rakyat. Goreng Mamak ni rakyat dah meluat sangat.

    KHALAS

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post