Zahid Terima S$13.56 Juta Dari UKSB - Penyiasat SPRM

Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini bahawa keseluruhan wang tunai yang diserahkan syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) secara bulanan kepada bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi berjumlah S$13.56 juta.

V Mahendran berkata hasil siasatan mendapati transaksi pembayaran wang tunai kepada Ahmad Zahid itu berlaku antara Oktober 2014 dan Mac 2018 selain ia direkodkan di dalam sebuah lejar milik UKSB.

“Lejar tersebut disediakan oleh David Tan Siong Sun (bekas pengurus pentadbiran UKSB) melalui ‘Microsoft Excel’ dengan menggunakan laptop beliau. Lejar tersebut adalah bertujuan untuk merekodkan kemasukan dan pengeluaran wang setiap bulan UKSB.

“Dalam lejar tersebut, David Tan telah menamakan kod nama Zahid seperti Monster, Mon, YB, Young Boy, ZH dan Z,” katanya ketika membacakan penyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh timbalan pendakwa raya Zander Lim Wai Keong.

Mahendran, 38, berkata lejar itu juga mengandungi bukti pembayaran kepada menteri-menteri, ahli-ahli politik dan pegawai kerajaan.

Berdasarkan 33 pertuduhan menerima rasuah, Zahid, 69, didakwa menerima suapan berjumlah S$13.56 juta dari UKSB untuk dirinya sebagai menteri dalam negeri bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan sistem visa luar negara (VLN) serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat yang sama oleh Kementerian Dalam Negeri.

Mahendran berkata wang bulanan yang diserahkan kepada Zahid itu diberikan UKSB secara berperingkat, bermula S$200,000 pada Oktober 2014 hingga Februari 2015.

Beliau berkata jumlah itu kemudian ditingkatkan kepada S$300,000 pada Mac 2015 hingga Jun 2017 serta kali terakhir dinaikkan kepada S$520,000 pada Julai 2017 hingga Mac 2018.

Sebelum ini, saksi pendakwaan ke-15 yang juga merupakan bekas pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun memberitahu mahkamah sama bahawa bayaran kepada Zahid bermula akhir 2014 dengan bayaran S$200,000 sebulan kemudian meningkat kepada S$520,000 sebulan pada 2017, selain peningkatan sumbangan bulanan itu adalah permintaan presiden Umno itu.

Mahendran berkata hasil siasatannya juga menunjukkan selain daripada wang tunai bulanan, UKSB turut menyerahkan wang tunai secara sekali beri kepada Zahid antara Jun 2015 dan 27 Mac 2018.

“Transaksi-transaksi pembayaran tersebut seperti RM125,000 pada Jun 2015 untuk Sambutan Hari Raya, S$120,000 (Ogos 2015), 15,000 Swiss Franc (Mei 2016), U$15,000 (Julai 2016), S$1 juta (Mei 2017) bagi sambutan ulang tahun UMNO yang ke-71, S$30,000 (Oktober 2017) untuk sambutan hari lahir isteri Zahid dan RM3 juta (27 Mac 2018) bagi pilihan raya.

“Kesemua pembayaran tersebut dibuat di Country Heights, Kajang (kediaman Zahid) dan Seri Satria, Putrajaya (kediaman rasmi Zahid),” katanya.

Sebelum ini juga, Harry Lee memberitahu mahkamah sama bahawa UKSB telah menaja Zahid melancong ke luar negara, sambutan ulang tahun isteri Zahid dan hari raya.

Mengikut tujuh lagi pertuduhan menerima rasuah, presiden Umno itu didakwa memperoleh untuk dirinya S$1,150,000; RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan rasmi dengan tugas rasminya.

Sementara itu, saksi pendakwaan ke-18 tersebut berkata hasil siasatan menunjukkan wang tunai yang diserahkan kepada Zahid adalah bukan hasil akaun UKSB.

“Berdasarkan penyata kewangan UKSB antara 2014 dan 2018, keuntungan selepas cukai bagi syarikat itu adalah RM625,033 pada 2014, RM114,572 (2015), RM4,913,446 (2016), RM2,821,144 (2017) dan RM 351,739 (2018).

“Bagaimanapun, sumber wang tunai yang digunakan oleh UKSB untuk membayar kepada Zahid adalah hasil daripada persefahaman lisan antara UKSB dengan beberapa syarikat iaitu Visa Malaysia Ltd, Maintech System HK Ltd (Syarikat Hong Kong), Valiant Capital Corporation, Galaxy Services Corporation dan Lotus Capital Corporation (Syarikat Labuan),” katanya.

Sebelum ini, saksi pendakwaan ke-17 iaitu David Tan memberitahu mahkamah sama bahawa wang yang digunakan UKSB sebagai bayaran bulanan dan sekali beri untuk Zahid tidak diambil daripada akaun syarikat itu sebaliknya ia adalah daripada rakan kongsi perniagaan mereka di Hong Kong.

Bagi kesemua 40 pertuduhan menerima rasuah itu, Zahid didakwa melakukan kesemua perbuatan tersebut di Seri Satria dan Country Heights antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Perbicaraan di hadapan hakim Mohd Yazid Mustafa sedang berlangsung lapor MalaysiaNow

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kesian kuda kayu Tun budak Rafizi Ramli. Bila kuda kayu Tun terpekik terlolong pasal LCS suma walaun dan blogger Tun pun ikut satu kali terpekik terlolong dari satu bukit ke satu bukit.

    Semua goreng mamak kuda kayu Tun sangat mudah bossku lawan. Dari dolu lagi aku pesan lawan fitnah jijik goreng mamak dengan fakta, data dan stasistik suma melingkup ke laut dalam akhirnya... kikikiki

    Satu kali kuda kayu terpekik terlolong maka kuda kuda kayu Tun yg lain tumpang sekaki termasuk blogger reformasi spt Budin Blog, Kelengge blog, KluangDimond Blog dll.

    Rafizi dengan angkuhnya membuat “pendedahan” kononnya ada dua syarikat sub-kontraktor digunakan secara berlapis-lapis untuk mengaut keuntungan 200% daripada projek LCS.

    Bossku bertanya esay question pada Rafizi, siapa pemilik kedua-dua syarikat itu?

    Akhirnya Raja Formula Luar Tabii terpaksa mengaku bahawa kedua-dua syarikat sub-kontraktor tersebut merupakan syarikat usaha-sama 51%-49% antara Boustead dengan syarikat Jerman gergasi Rheinmetall AG yang merupakan pakar sistem senjata anti-udara.

    Wakil-wakil syarikat Jerman yang disebut Rafizi adalah Gordon Hargreave, dan Luitjen Rolf Ennega yang kemudian ditukar dengan Frank Hoffmann.

    Memetik sumber, bossku menegaskan perkara tersebut biasa dilakukan malah turut dibuat dalam gabungan Celcom-Digi yang bermula dan diluluskan zaman PH juga.

    Hadooiii iii mana nak letak muka kuda kayu Tun nih..!! Goreng mamak tak cukup masin.!

    Pengurusan syarikat gabungan itu diketuai oleh orang asing yang merupakan wakil Digi/Telenor manakala pengerusi ialah dari Axiata biarpun Axiata mempunyai pegangan saham yang lebih besar.

    Sekiranya Rafizi menuduh orang asing iaitu wakil Rheinmetall terlibat songlap dalam projek LCS maka siasatan terperinci sangat dialu-alukan.

    Kuda kayu Tun sila cuba lagi.... tak cukup garam lah goreng mamak kuda kayu tun mamak nih...

    Tekak kembang goreng mamak ni weii...!!

    Haahh cuba goreng lagi weeiii..!!!

    Haahh tepokkkk..!!

    kikikiki


    KHALAS

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post