Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Rosmah Mansor telah menguasai suaminya, Najib Razak, dan mempunyai kawalan ke atas bekas perdana menteri itu.
Dalam penghakiman setebal 116 halaman, hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata adalah jelas daripada rakaman audio itu bahawa tertuduh memberi arahan kepada Najib berhubung urusan kerajaan.
Beliau merujuk kepada klip audio "Can I advise you something" antara Najib dan Rosmah yang tular sebelum ini.
"Dalam pernyataan saksinya, tertuduh tidak menafikan bahawa suara dalam rakaman audio itu adalah milik beliau dan Najib. Tidak kurang daripada tiga saksi iaitu Rizal Mansor (bekas pembantu Rosmah), bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid dan ketua setiausaha kementerian itu Madinah Mohamed, secara positif telah mengenal pasti suara dalam rakaman itu adalah milik Najib serta tertuduh.
"Mereka sudah biasa mendengar suara Najib dan tertuduh. Saya tidak meragui bahawa mereka adalah betul. Tertuduh telah cuba untuk meremehkan perbualan itu dengan mengaitkannya kepada perbincangan biasa di antara suami dan isteri. Bagaimanapun, ia bukanlah perbualan biasa antara pasangan suami isteri kerana ia membabitkan urusan kerajaan," katanya.
Zaini berkata nada suara tertuduh juga bersifat memerintah dan bercanggah dengan dakwaannya bahawa beliau mematuhi larangan Najib untuk tidak mencampuri urusan kerajaan.
“Saya menyatakan perkara ini dengan penuh rasa hormat namun adalah jelas bahawa tertuduh menguasai Najib. Beliau mempunyai kawalan ke atasnya. Beliau tidak berhak untuk campur tangan dalam tugas Najib atau urusan kerajaan, tetapi beliau telah melakukannya,” kata hakim itu.
Beliau juga berkata Rizal bercakap benar apabila menyatakan bahawa tertuduh mempunyai sikap suka menguasai orang lain dan berupaya mempengaruhi keputusan dalam perkhidmatan awam kerana sudah lama bekerja dengannya serta mungkin telah menyaksikan sendiri perkara ini.
“Hakikat bahawa individu seperti Mahdzir, Madinah dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Alias Ahmad tidak pernah mempersoal sebarang pertanyaan atau arahan daripada tertuduh atau Rizal menambahkan keyakinan terhadap faktor ini. Tertuduh bukanlah orang yang boleh diambil kesempatan oleh Rizal.
“Beliau memiliki perwatakan yang keras dan tidak akan teragak-agak untuk menegur sesiapa sahaja. Ia juga terbukti semasa perbicaraan apabila beliau tidak gentar ketika disoal balas oleh timbalan pendakwa raya yang bijaksana, yang saya rasakan bukan suatu perkara yang boleh dipandang enteng berdasarkan kewibawaannya.
Zaini juga berkata pembelaan Rosmah bahawa beliau tidak pernah campur tangan dalam mana-mana projek kerajaan hanyalah dengar cakap kerana Najib tidak memberi keterangan di mahkamah.
Beliau berkata tertuduh dengan tegas menafikan telah campur tangan dalam mana-mana projek kerajaan terutama projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
“Beliau berkata Najib telah mengingatkannya agar tidak terlibat dengan mana-mana kontraktor dan beliau harus taat sebagai isterinya.
“Tertuduh berkata beliau takut Najib marah dan tidak akan sesekali cuba mempengaruhinya apatah lagi memaksa atau menasihati beliau berhubung urusan kerajaan,” katanya.
Hakim itu berkata semua kenyataan yang dikaitkan dengan Najib adalah bersifat dengar cakap dan tidak boleh diterima sebagai bukti kerana Najib tidak memberi keterangan dan hanya beliau sahaja yang boleh mengesahkan apa yang didakwa oleh tertuduh ~ MalaysiaNow
Audio 'Can I Advise You Something' Bukti Rosmah Kawal Najib - Hakim
byAnak Sungai Derhaka
-
2
Awas musuh dalam selimut. Smail Bera bukan orang UMNO, dia lebihkan Bersatu dari UMNO dan Tun Mahathir/Mahyuddin. PRU 15 Undi Calon bukan parti...!!!
ReplyDeleteSatu perbuatan salah dan tiada etika kerana mana2 ahli sebuah parti tidak boleh menerima jawatan dari pihak musuh tanpa melalui parti. Perlantikan Smail Bera tanpa merujuk pada ahli UMNO satu perbuatan yang mengkhianati ahli UMNO dan akar umbi.
Apabila semua orang mula persoalkan perjanjian sulit itu , termasuk Azalina , Lokman Adam , dan beberapa ramai yang lain, maka Anuar Musa pula cuba tenangkan keadaan.
Raja Petra Kamaruddin tersilap dedah kerana hanya menyebut perjanjian no 1 – keenam sahaja dan tidak menyebut no 7 , 8 dan 9 dan terus ke 10.
Kerana Raja Petra ‘omitted’ no 7, 8 , 9 maka kini semua persoal apa dia no 7,8 dan 9?
Maka apabila didedah rupanya ia berkaitan perlantikan Peguam Negara , menteri2 dan timbalan Menteri tidak boleh di sentuh, kes2 babit Datuk Najib dan Zahid perlu disegerakan dan Smail Bera tidak boleh kacau.
Smail Bera, Bersatu dan Tun adalah orang yang berkomplot melindungi dan membela Cina Jho Low, Zety Taufik Ayman, Nik Faisal dan CEO Astro, Semua pegawai2 Cina AmBank yang memalsukan tandatangan Najib
Sungguh memualkan politik cara begini.
Ahli2 bawahan UMNO semakin jelak dan jijik.
Anuar Musa sepatutnya “come out clean” dengan pengakuan jujur. KJ dan Menteri Amaran juga tidak boleh dipercayai..
Jangan terlalu Nampak dikawal oleh pihak musuh, gunalah orang lain untuk membela dan bukan mereka yang ahli akar umbi sudah cop condong sebelah sana.
Jika parti hancur , ahli bawahan tiada ada apa2 lagi, tapi orang2 tertentu sudah ada banyak wang dan tiada masalah mneruskan hidup.
Pada ahli UMNO tiada pilihan undi calon bukan parti... Garispanduan bagi orang Melayu untuk memilih dan undi calon2 PRU 15 nanti seperti bawah ini..
1. Mana2 mana calon Melayu yang lawan dengan Melayu PKR.. tolak calon Melayu PKR.
2. Mana2 calon BN dari kaum Cina MCA lawan Calon Melayu bukan dari BN/UMNO .. tolak calon MCA dan undi calon Melayu tersebut.
3. Mana2 calon BN dari kaum India MIC lawan Calon Melayu bukan dari BN/UMNO .. tolak calon MIC dan undi calon Melayu tersebut.
4. Mana2 calon Melayu BN yang sokong ICERD, COMANGO, LGBT lawan calon Melayu yang pertahankan Islam tolak calon BN dan Undi Calon Melayu yang pertahankan Islam
5. Mana2 calon yang Melayu bukan dari UMNO/BN dan keluarga nya menyokong LGBT, ICERD, COMANGO, SIS, Syiah seperti keluarga Boboi Mukhriz, Mat Sabu, Khalid Gereja, Azmin Blur, Zuraidah, Tun Mahathir wajib ditolak dan di simen terus..!!
6. Mana2 mana calon bukan Melayu dari BN lawan calon Melayu liberal, pluralisma murtad dan spesies GAY seperti Siti Kasim, Nurul, Anwar Ibrahim maka tiada pilihan lagi pada orang Melayu maka undi calon bukan Melayu atau buat undi rosak..!!
Sungguh memualkan politik cara begini. Ahli2 bawahan UMNO semakin jelak dan jijik.
Pada orang Melayu relakah kamu lihat kaum kroni Cina kaya raya orang Melayu kaya kena maki hamun oleh Tun, anak kroni kebal undang2 seperti anak kroni Vincent Tan yang bebas lepas dari hukum mati ladang ganja.
Aku lawan fitnah jijik dan Najib adalah subjek pada mangsa fitnah jijik itu..
Tepuk dada tanya akidah dan iman kelian di PRU 15 kali ini.
Satu dunia fitnah najib, termasuk DOJ Usa! Tapi kenapa najib dapat main golf sama Obama. Fitnah juga ka? Najib fitnah dsai mengguna saifol hang tak nak cerita? SCORPENE, ALTANTUYA, dll. Patutlah najib terima balasan. ALLAH AKBAR.
ReplyDeleteRPK tak dak teloq dok hisap najib macam parasit. Kalau berani balik malaysia. Gerenti tak brani
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!