Mungkin kerana terlalu excited membidas Kerajaan sedia ada yang menurutnya telah gagal dalam menangani masaalah ekonomi negara, Muhyiddin terlupa bahawa partinya iaitu BERSATU sendiri adalah sebahagian dari Kerajaan.
Jadi.. jika Kerajaan sedia ada dianggap gagal oleh Muhyiddin, beliau juga telah mengakui kehadiran Menteri dari BERSATU dalam Kabinet gagal menyelesaikan masaalah ekonomi negara kita..
Dan Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang dipengerusikan oleh Muhyiddin sendiri yang bertanggungjawab menasihatkan kerajaan mengenai pelbagai perkara termasuk berkaitan sektor ekonomi juga hanya menghabihkan boreh..
Laporan berkaitan..
.... Bercakap kepada media di Putrajaya, Ismail Sabri mengingatkan, dalam kabinet sekarang, ada beberapa pemimpin Bersatu turut menganggotainya.
Kata perdana menteri, tugas menangani ekonomi Malaysia bukanlah terletak pada bahunya seorang, sebaliknya turut dikongsi ramai menteri.
Seorang daripada mereka, menurut naib presiden Umno itu lagi, ialah ahli parlimen Bersatu, Mustapa Mohamed, yang juga ahli parlimen Jeli.
Ketika ini Mustapa diberi tanggungjawab sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan pengkhususan bidang hal ehwal ekonomi.
"Mengenai ekonomi, kita ada Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menguruskan ekonomi.
"Kita juga ada Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang dipengerusikan oleh Muhyiddin sendiri," katanya.
Tambah Ismail Sabri, MPN itu bertanggungjawab menasihatkan kerajaan mengenai pelbagai perkara termasuk berkaitan sektor ekonomi.
Justeru katanya lagi jika kerajaan dianggap gagal menangani krisis yang berlaku sekarang, MPN turut bertanggungjawab ke atas isu berkenaan.
"Kalau (saya) gagal, maksudnya kita semua gagallah, termasuk MPEN juga," katanya.
Ahli parlimen Bera itu juga memberitahu media, dia tidak tahu motif di sebalik kenyataan dibuat Muhyiddin mengenai dirinya pagi tadi dan setakat ini tidak memiliki maklumat lanjut mengenainya.
Muhyiddin berkata, Ismail Sabri terus gagal menguruskan masalah ekonomi negara ketika semakin ramai rakyat bergelut dengan kesusahan hidup.
Muhyiddin yang juga presiden Bersatu dan pengerusi Perikatan Nasional mendakwa, ada bermacam isu sedang dihadapi rakyat di negara ini namun perdana menteri dilihat tidak menganggap ia sebagai sesuatu yang penting untuk diatasi.
Pada masa yang sama, kata Muhyiddin, BN giat mendesak Ismail Sabri agar menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen.
"Saya belum sampai ke tahap mahu mendesak perdana menteri supaya membubar Parlimen.
"Tetapi saya pun terfikir, jika perdana menteri terus gagal menguruskan ekonomi dan negara dengan baik, eloklah pilihan raya (umum) diadakan supaya sebuah kerajaan baru yang lebih cekap, prihatin dan bebas rasuah dapat dipilih oleh rakyat," katanya.
Pelantikan Muhyiddin sebagai pengerusi MPN itu diumum Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, pada 4 Sept 2021 selepas mendapat perkenan Agong.
Jawatan Muhyiddin itu, kata Mohd Zuki, bertaraf menteri.
Menurut Ismail Sabri, dia akan membawa isu kritikan Muhyiddin itu ke mesyuarat kabinet pada Rabu ini untuk dibincangkan dan akan bertanya kepada Mustapa mengapa bekas pemimpin Umno itu tidak menyerahkan laporan mengenai prestasi ekonomi negara.
"Jika Muhyiddin kata dia nak PRU awal - atas sebab apa sekali pun - kami akan bincangkan dalam kabinet, sebab kita ada wakil dari semua parti termasuk Bersatu, GPS (Gabungan Parti Sarawak) dan Umno," katanya... dipetik dari MalaysiaKini
Bila Muhyiddin Menepuk Air Di Dulang..
byAnak Sungai Derhaka
-
1
Bila dah tak laku. Akhlak dan amanah menjadi teras. Celah mana baik akhlak tu..!?
ReplyDeleteBila tak laku lagi.
Bila dah tak laku. Mahathir alami “Trust deficit” tiada parti mahu bersama GTA kerana ada Mahathir.
Bila dah tak laku. Beberapa hari lalu Mahathir sebagai “Poster boy” tertua dalam negara mewakili Gerakan Tanah Air telah mengumumkan bahawa GTA akan bergerak solo pada PRU15.
Bila dah tak laku. GTA tidak akan berkompromi untuk bersama mereka2 yang ada kaitan dengan rasuah dan mahkamah. Kecuali rasuah Zeti dan Nazlan buat bodoh dan mudah buat buat lupa.
Bila dah tak laku. Mahathir terkenal dengan pembohongan yang bersandarkan kepada alasan bila2 sahaja dia mahu berbohong atau menafikan apa2 janji. Seperti dia bohong pegang jawatan PM dua tahun sahaja kepada Pakatan Harapan.
Bila dah tak laku. Walaun Tun mencadang kan sewajarnya pihak Istana memainkan peranan.
Mentor 1- Mahathir
Mentor 2 - Ku Li
Mentor 3 - Rafidah
PM - Anwar
TPM/Menteri Perpaduan - Ismail Sabri
Menteri Kewangan/Ekonomi - Ku Li
Menteri Pertahanan - Shafie
Menteri Dalam Negeri - Muhyiddin
Menteri Luar Bandar - Mat Sabu
Menteri Ugama - Hadi
Menteri Formula - Rafizi
Menteri Pendidikan - Nurul
Menteri Perdagangan - Mukhriz
Menteri Pertanian - Ibrahim Ali
Menteri Pembangunan dan Koperasi - Salehudin
Menteri Luar Negera - Azmin
Menteri Undang undang - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan - Lee Ka Siong
Menteri Sukan - MIC
Celah mana baik akhlak tu... gay ada lgbt yang mat blur pun ada.. depan belakang rakyat kena hantam nnti.. kikiki
Gandingan bersama Mahathir , bermakna kena ikut cakap dan kehendak Mahathir , maka buat apa kerja bodoh sedemikian jika sendiri mahu jadi Pedana Menteri.
Mahathir tiada kamus ‘rakyat’ , ‘melayu’ atau ‘Islam’ , itu semua bohong sahaja.
Hatta , semua pihak tolak Kerjasama dengan Mahathir, maka untuk elak malu nama Mahathir ditolak oleh semua pihak.
Maka Mahathir pun istihar GTA mahu besendirian , sedangkan sebenar nya GTA tidak laku, semua pihak dah tidak percaya lagi dengan lidah bercabang Mahathir.
Mahathir Sebuah jenama yang sudah rosak dan lusui
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!