Boleh Percaya Ka Zahid Hamidi Tu?

KUALA LUMPUR: Penegasan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai 'poster boy' Barisan Nasional (BN) bukan jaminan beliau kekal menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pensyarah Kanan Pusat Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, berkata tiada inisiatif jelas dilihat dalam menjadikan Ahli Parlimen Bera itu sebagai bakal Perdana Menteri.

"Persoalannya adakah Ahmad Zahid akan menepati janji? Ini bukan jaminan yang wajib dilaksanakan sebab antara Ahmad Zahid dan Ismail Sabri, tidak ada usaha atau inisiatif ketara dibuat supaya Ismail Sabri dilihat sebagai bakal Perdana Menteri selepas PRU-15.

"Sebagai contoh, apa salahnya Ahmad Zahid serahkan jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) kepada Ismail Sabri kerana beliau adalah Perdana Menteri ketika ini.

"Selepas itu, bincangkan pelan peralihan kuasa Ismail Sabri sebagai Presiden UMNO pada pemilihan parti akan datang," katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN mengesahkan Ismail Sabri kekal sebagai 'poster boy' calon Perdana Menteri BN pada PRU-15 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menegaskan Ismail Sabri akan dipilih sebagai Perdana Menteri jika parti itu memenangi PRU-15.

Mazlan berkata, jaminan Ismail Sabri sebagai bakal Perdana Menteri penting kerana beliau perlu diberi peranan yang bukan sekadar memimpin gabungan BN tetapi juga dalam urusan berkaitan pilihan raya.

"Katakanlah BN menang besar pada PRU-15, sebagai Presiden UMNO dan ketua parti majoriti, Ahmad Zahid sepatutnya menjadi Perdana Menteri.

"Justeru, buat apa lantik seorang Naib Presiden sebagai Perdana Menteri, itu logik yang jelas.

"Jadi seperti apa yang berlaku di Johor, akhirnya bekas Menteri Besar tak dilantik (semula), orang lain yang tak dijangka pula dilantik sebagai Menteri Besar. Saya fikir Ismail Sabri pun memahami situasinya sekarang," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, berkata walaupun Ismail Sabri diangkat sebagai 'poster boy' BN, kuasa menentukan pelantikan Perdana Menteri adalah Yang di-Pertuan Agong.

Jelasnya, ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, sama seperti isu pelantikan Menteri Besar selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.

"Parti boleh mencadangkan tetapi terpulang kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong menentukannya. Jadi untuk masa sekarang memang kita tak hairan 'poster boy' adalah Ismail Sabri.

"Tidak salah parti mencalonkan siapa, sesuai dengan prinsip berparti, prinsip berpolitik dan sebagainya tetapi akhirnya ada ruang dalam Perlembagaan negara yang perlu dipatuhi iaitu budi bicara Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Beliau berkata, kenyataan Ahmad Zahid yang mengulangi pendirian parti berhubung perkara itu menunjukkan wujud kestabilan politik dalam UMNO.

"Pengumuman itu juga mengesahkan setakat dalam pertimbangan parti, Ismail Sabri masih calon Perdana Menteri. Ini memberi keyakinan dengan rekod baik dimilikinya, Ismail Sabri boleh diangkat menjadi Perdana Menteri pada PRU-15.

"Beliau tidak mencetuskan kontroversi besar yang boleh menggugat kepercayaan pengundi atas pagar itu sendiri terhadap BN," katanya lapor Berita Harian

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Angkara penipuan Bangsa Perasuah bernama Jho Low tepuk tangan saksikan pemimpin Melayu diperbodohkan dan bercakaran sesama sendiri.

    Bulan ini lengkap sudah kaum Bangsa Perasuah ini Jho Low DAP@ LeeKwanYew tumpang gembira tepuk tangan melihat pemimpin Melayu bercakaran berantakan sesama sendiri.

    Bangsa Perasuah seronok bila semua perasuah bercakaran sesama sendiri. Sekarang PM Smail Bera nak beri bajet istimewa pada kaum ni lagi..

    Bila kempen pasca PRU 15 semua barua DAP@ LeeKwanYee spt Tun, Brother Anwar Bin Ibrahim cari Melayu balik. Bukan nak cari Jho Low tapi cari Melayu balik... puiiiii..!!


    Otak karat warisan Tun masih lagi diwarisi Smail Bera. Sudah sudah lah tuuhh.. Bodoh dan takut masih tebal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa Jholow dituduh DAP sedangkan sebelum ini Najib pernah usung jholow ke sana-sini utk kempen pilihanraya bn

      Delete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post