Eh! Dulu Dia Pun Sokong Penyamun Kan?

Biasalah.. Melayukan mudah lupa.. maka tak hairanlah jika dulu dia sendiri yang bersama dengan penyamun-penyamun tu.. sekarang dia juga yang menghentam apa yang dia label sebagai Penyamun tu..

Antara lirik lagu barunya ‘Aduh Malaysia’ yang dinyanyikan dalam acara Rapat Mega Keadilan baru-baru ini..

Duit aku makin kecik buncit dia makin besar 
Makin ramai miskin bandar ramai miskin tegar 
Ada yang bersuara masih rasa gentar 
Ada mulut buka besar, tersedak penuh dedak 
Mungkin cara mereka dilentur 
Dulu dulu mula takde siapa yang tegur 
Makin lama maruah kita semakin lebur 
Jadi biar aku buka mulut semua kena sembur..

Dulu-dulu dia bersama BN.. kenapa dia tak tegur agaknya?

Mungkin dulu masuk politik tapi tak dapat sebarang jawatan.. tinggalkan Penyamun-penyamun tu sertai PKR dia dapatlah jawatan.. baru nak bersuara..

Kalau dulu bersama BN dia pejamkan mata dan biarkan segala kepincangan berlaku.. agak-gak bersama PKR ni dia berani ke nak tegur jika ada kepincangan berlaku?

Ke mana halatuju PKR Ampang agaknya dia nak bawa?

Laporan berkaitan..

PENYANYI rap, Altimet yang juga Ketua Cabang PKR Ampang, tampil dengan lagu barunya ‘Aduh Malaysia’ dalam acara Rapat Mega Keadilan di Tapak Bazar Ramadan Taman Melawati, pada malam 11 September lalu.

Lagu mengenai penyamun itu diperdengarkan kepada semua yang hadir di acara tersebut termasuk Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya Rafizi Ramli.

Menurut Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, tajuk lagu itu diambil daripada inspirasi pergerakan yang dilancarkan oleh Rafizi iaitu ‘Ayuh Malaysia’.

“Saya diminta untuk buat sesuatu yang istimewa pada malam ini dan ada yang minta saya menyanyi. Tetapi dah tiga tahun saya tidak menyanyi,” katanya dalam acara berkenaan malam tadi.

Altimet pada 2018 mengumumkan bersara daripada nyanyian dan tidak akan membuat sebarang persembahan lagi selepas berusia 40 tahun.

Namun sebagai memberi sedikit kompromi, penyanyi berusia 43 tahun itu memperdengarkan rakaman lagu baru berkenaan sambil minta semua yang hadir menyanyi bersamanya.

“Jadi untuk semua yang minta saya menyanyi, saya minta maaf banyak-banyak, tapi bolehkah saya menawarkan satu kompromi. Ahli-ahli cabang saya ada mengedarkan lirik.

“Sebagai satu kompromi kita perdengarkan satu lagi baru..lagu ini pasal penyamun,” katanya.

Antara lirik lagu berkenaan adalah “Hoi hoi ya hoi siapa sokong penyamun? Hoi bangun yang lama mengelamun. Duit kau aku, semua dia sapu”.

Setakat ini video penampilan Altimet ketika memperdengarkan lagu berkenaan yang dimuat naik di YouTube sudah mendapat lebih 2,700 tontontan dan mendapat pelbagai reaksi serta komen.

Altimet menang pemilihan Ketua Cabang PKR Ampang pada Julai lalu dengan memperoleh sebanyak 743 undian sekali gus mengenepikan pesaing terdekatnya, pelakon dan pengarah, Datuk Hans Isaac.

Penyanyi berkenaan menyertai PKR pada April tahun lalu bersama rakan artisnya, Afdlin Shauki. – Malaysiapost

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Malas dh melihat muka2 munafik perasan hebat glam tu.
    Penjilat tegar no1 dan optimis.
    Bila kalah pru14 bukan main mengutuk dan mengata.
    Biasalah para munafik memang suka mengutuk dan mengata konon dia adalah yg terbaik. Ingatlah muka munafik tu masa pru15 nanti.

    Dsri kalah pru14 dan mula merangkak utk kembali meyakinkan rakyat...mangkuk munafik muka bangla tak pernah menampakkan diri.
    Terkejut dah dilantik oleh yidin slps langkah sheraton.
    Di bawah yidin bukan main lagi menjilat secara terbuka yidin. Jadi anjing.

    Nak angkat dgn mengutuk kawan sedangkan diri pun kosong hanya bijak berkata baik ikut anwar mcm altimet.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post