SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah proses pengampunan perlu dilaksanakan mengikut lunas undang-undang dan prosedur yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan dan undang-undang berkaitan dengannya.
Sultan Selangor menerusi kenyataan bertitah, rakyat diseru agar sentiasa menghormati kedaulatan undang-undang dan kebebasan Badan Kehakiman (Judiciary) yang menjadi teras dan paksi kepada kedaulatan sistem demokrasi raja berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.
Menerusi titah berkenaan, Sultan Sharafuddin turut menzahirkan sokongan terhadap titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini berkaitan kuasa prerogatif pengampunan yang tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya demi kepentingan pihak tertentu.
Titah baginda, Perlembagaan Persekutuan meletakkan martabat Institusi Kehakiman di satu tahap yang tinggi sebagai sebuah Badan Kehakiman yang bebas serta berwibawa dan ia benteng terakhir yang perlu dipertahankan bagi memastikan pentadbiran keadilan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
"Rakyat perlu mengambil maklum bahawa Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi adalah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja sebagaimana peruntukan Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.
"Malah Perdana Menteri sebelum memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong berkaitan dengan lantikan seseorang Hakim hendaklah terlebih dahulu berunding dengan Ketua Hakim Negara dan perlu mendapat pengesyoran daripada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.
"Proses lantikan seseorang hakim yang perlu melalui proses yang teliti. Ini menunjukkan Badan Kehakiman berbeza dengan institusi-institusi kerajaan yang lain dan menggambarkan betapa pentingnya peranan Badan Kehakiman dalam sistem pentadbiran negara," titah baginda.
Sultan Sharafuddin bertitah, kebebasan kehakiman membawa pengertian bahawa para hakim yang mengadili sesuatu kes dapat mentafsirkan undang-undang bersandarkan semata-mata kepada fakta dan keterangan tanpa rasa takut, pilih kasih dan bebas daripada sebarang pengaruh yang tidak diingini.
Seorang Hakim telah mengangkat sumpah untuk mengamalkan kesamarataan, memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan serta bebas dari segala bentuk tekanan dalaman dan luaran.
"Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan bahawa semua rakyat adalah sama rata di sisi undang-undang. Ini bermakna bahawa rakyat tidak mengira status, jawatan, bangsa dan keturunan adalah tertakluk dan bertanggungjawab kepada undang-undang yang sama.
"Setiap rakyat di negara ini berkehendakkan keadilan, kesaksamaan serta ketelusan daripada Badan Kehakiman atas sesuatu kes yang diadili. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk sentiasa memelihara nama baik Badan Kehakiman agar ia tidak tercemar daripada sebarang bentuk pengaruh dan tekanan," titah baginda.
Dalam titah kenyataan itu, baginda turut mengingatkan pihak Eksekutif agar sentiasa mendukung penuh prinsip kebebasan kehakiman dan mengelak daripada sebarang cubaan untuk mempengaruhi proses pentadbiran keadilan Badan Kehakiman.
Titah baginda, kebebasan Badan Kehakiman memerlukan sokongan, dokongan, kefahaman dan iltizam dari semua pihak terutama dari pihak Eksekutif.
"Sehubungan dengan itu, beta menyeru semua pihak berganding bahu dengan mengambil langkah-langkah ke arah mempertahankan dan menjamin kebebasan Badan Kehakiman demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.
"Rakyat perlu memberi sepenuh kepercayaan kepada sistem kehakiman negara tanpa perlu melemparkan tohmahan yang tidak berasas tanpa mengetahui fakta dan alasan-alasan penghakiman terhadap sesuatu kes," katanya ~ Berita Harian
'Jangan Ampun Sewenang-wenangnya..' Titah Sultan Selangor
byAnak Sungai Derhaka
-
3
Kalau Zahid tidak bertindak sekarang sebagai Presiden UMNO dengan tegas maka Zahid juga akan menerima nasib yang sama seperti Najib...
ReplyDeleteKelemahan Zahid Hamidi untuk berfikir dan berstrategi untuk mengembalikan UMNO kepersada kuasa, beliau sanggup melepaskan Ahli Parlimen UMNO untuk menyertai Kabinet Mahiaddin.
Bertolak dari situlah kesempatan untuk melemahkan UMNO mula berjalan. Satu persatu pemimpin UMNO dituduh diMahkamah kerana didakwa rasuah. Tetapi adakah musuh UMNO itu suci atau bebas dari rasuah?
Kebanyakkanya mereka semua adalah bekas pemimpin UMNO seperti Mahathir, Mahiaddin dan ramai lagi . Tetapi yang anehnya adakah mereka itu bebas rasuah?
Ada yang mengatakan pertukaran jawatan dan kejadian itu, semuanya adalah perancangan Mahathir, tetapi kalau dilihat secara teliti semua kejadian itu puncanya adalah diatas kelemahan President UMNO itu sendiri dalam berstrategi.
Akhirnya watak yang mengukuhkan kedudukan Zahid sebagai Presiden iaitu Najib Razak telah didapati bersalah dimahkamah atas kes yang 'diciptakan" keatasnya , olih musuh musuh UMNO" dan terpaksa beliau meringkuk selama 12 tahun di Penjara Kajang.
Walaupun Kerajaan yang ada sekarang diterajui olih Ismail Sabri dari UMNO, namun, dilihat keadilan untuk Najib dilihat seolah olah telah dinafikan olih Hakim.
Derma 2.6 bilion ape cer..barang kemas juta2 ape cer..altantuya ape cer..pengerusi ambank mati ape cer..jwb dlm kubur tak boleh pusing2..baik kita tambah amalanndiri sendiri dr sibuk hal umno
DeleteFitnah jijik dan si batu api ini sebenar pemilik kemenangan bagi barua barua Lee Kwan Yew dan proksi
ReplyDeleteKisah Nabi Yusuf cermin bagi bangsa ini bahwa fitnah jijik godaan kuasa dan wang dalam kehidupan bisa menimpa siapa saja, khususnya pejabat negara.
Kisah fitnah Nabi Yusof bisa saja terjadi hal zaman ini. Malah Sang Fitnah sangat angkuh sesuka hati merancang fitnah demi kuasa dan anak cucu serta kroni.
Yusuf pun berdoa kepada Tuhannya, "Wahai Tuhanku, Penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka, niscaya aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentu aku termasuk orang yang bodoh." (QS. Yusuf: 33).
Begitulah kisah Nabi Yusuf yang mendapat fitnah dari seorang wanita karena ketampanannya. Dia adalah Nabi yang mulia dan Allah telah menjaga kesucian dirinya pada waktu itu. Masyaa Allah.
Kisah Nabi Yusuf cermin bagi bangsa ini bahwa godaan kehidupan bisa menimpa siapa saja.
Dengan fitnah jijik berlaku sekarang dinegara ini maka kemenangan fitnah jijik itu juga adalah milik Zety dan Taufik Ayman anak anak penyamunnya kerana berjaya mencuri RM700 juta duit AMLA berbanding amount yang dipalsukan tandatangani Najib hanya berjumlah 34 juta...!!
Hebat yang 700 juta buat buat buta tidak didakwa yang 34 juta ditandatangai secara palsu dibongkar habis habisan..!!
Bangsa Perasuah seronok tepok tangan ketawa terbahak bahak bila semua yang mangsa perasuah mereka terus bercakaran sesama sendiri.
Dengan fitnah jijik juga mantan Perdana Menteri Najib boleh ditogelkan semua termasuk akaun bank tetapi Zety dan Taufiq Ayman Jho Low Nik Faisal pula sebaliknya.
Link dibawa di mana mantan AG lantikan Tun Mahathir iaitu Tomy Tomas menghalang siasatan ke atas Zety dan Taufik Aman dilakukan
https://captainmgs.blogspot.com/?m=1
Sepanjang 22 bulan berkuasa dalam kerajaan PH. Pakatan Harapan memerintah negara selama 22 bulan dibawah Mahathir, hutang negara bertambah .
Dari RM686 billion yang ditinggalkan Kerajaan BN, selepas 22 bulan PH memerintah dibawah Mahathir yang bermenterikan Lim Guan Emg sebagai Menteri Kewangan,,hutang yang ditinggalkan Kerajaan PH yang dicatat menghampiri RM850 billion. Sejumlah RM164 billion hutang dijana olih PH selama 22 bulan.
Angkara penipuan Bangsa Perasuah bernama Jho Low tepuk tangan saksikan pemimpin Melayu diperbodohkan dan bercakaran sesama sendiri.
Bulan ini lengkap sudah pemimpin Melayu diperbodohkan oleh Jho Low. Bulan ini lengkap sudah kaum Bangsa Perasuah ini Jho Low DAP@ LeeKwanYew tumpang gembira tepuk tangan melihat pemimpin Melayu bercakaran berantakan sesama sendiri. Bangsa Perasuah seronok bila semua perasuah bercakaran sesama sendiri
Bulan ini lengkap sudah seorang ultra paling renta di baruakan oleh DAP@LeeKwanYew berjaya melakukan misi tuannya. Pulau Batu Putih tergadai sudah. Paling terkesan sesama Melayu berantakan demi anak cucu dan kroni.
Fitnah adalah senjata yang ampuh supaya segala kegiatan sabotaj negara jual harta negara demi kroni dan anak cucu. Harus diingat kerja fitnah jijik ini tidak bisa dilakukan oleh seorang ia mesti dilakukan berkumpulan.
Kerja fitnah jijik ini perlu dilakukan sebilangan kelompok dan manusia yang sanggup menjalankan kerja kerja fitnah jijik. Suatu perancangan fitnah jijik yang sudah lama dirancangkan untuk memperdaya dan menipu Najib.
Kisah fitnah jijik yang menimpa Nabi Yusuf tersebut adalah sesuatu yang juga bisa saja terjadi pada sesiaa saja di dalam kehidupan nyata saat ini.
Bangsa Perasuah seronok tepok tangan ketawa terbahak bahak bila semua yang mangsa perasuah mereka terus bercakaran sesama sendiri. Selagi Kartel Mafia Kepala berkuasa maka Bangsa Perasuah ini terus kebal dari tindakan undang undang..!!
KHALAS
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!