Kenapa Najib Dimasukkan Ke Hospital Rehabilitasi Cheras?

 


“Pada 19 September 2022, pihak HKL telah merujuk Dato’ Sri Najib ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) untuk rawatan dan pemantauan lanjutan sehingga kini.

“Dato’ Sri Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara sebaik sahaja pihak pakar perubatan HRC atau HKL memberikan pelepasan perubatan ke atas beliau,” kata Jabatan Penjara Malaysia dalam satu kenyataan.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Dia dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur minggu lepas dan dikatakan menghadapi masalah ulser perut dan darah tinggi.

Semasa dipenjarakan, Presiden PKR Anwar Ibrahim juga pernah dimasukkan ke HRC.

Hospital dua tingkat ini dikelilingi taman di dalam dan di luar hospital. Hospital ini juga mengadaptasikan konsep hijau yang mana struktur bangunan membolehkan penjimatan tenaga elektrik. Konsep hospital ini dibina adalah berasaskan kepada konsep ‘Hospital in the Park'.

Fungsi Hospital Rehabilitasi Cheras dinyatakan dalam laporan di bawah..

KUALA LUMPUR: Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) adalah kemudahan pemulihan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) yang memberikan perkhidmatan kepada pesakit selepas peringkat akut sesuatu penyakit atau trauma.

Kemudahan hospital itu merangkumi penjagaan, rawatan dan sokongan diperlukan untuk membolehkan pesakit berdikari.

Ia dibina berkonsepkan hospital dalam taman pada 15 Februari 2008 di Batu 4 1/2, Jalan Cheras berdekatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

HRC menyediakan perkhidmatan rehabilitasi pesakit luar selepas keluar dari hospital dan memberi kemudahan dalam menjalankan penilaian terhadap ketidakupayaan selepas sesuatu penyakit atau trauma.

Ia juga menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang pemulihan perubatan dan pengurusan ketidakupayaan.

HRC menyediakan enam jenis pemulihan dengan perkhidmatan pertama ialah rehabilitasi Neuro iaitu rawatan kepada pesakit yang mengalami kecederaan otak atau saraf.

Mereka adalah pesakit angin ahmar, kecederaan otak (TBI), sklerosis berganda, penyakit Parkinson, radang saraf tunjang, radang otak, penyakit saraf dan ketumbuhan otak.

HRC turut menumpukan rawatan pesakit yang mengalami kecederaan saraf tunjang dan komplikasi akibat kemalangan jalan raya, jatuh dari tempat tinggi serta keganasan akibat pukulan.

Rawatan pemulihan bertujuan mengembalikan pesakit ke tahap fungsi optimum dan merawat komplikasi dihadapi, dengan pesakit lazimnya mengalami tetraplegia (lumpuh seluruh badan) atau paraplegia (lumpuh paras pinggang ke bawah).

HRC juga menyediakan perkhidmatan rehabilitasi amputee iaitu pengkhususan membantu pesakit kudung kaki atau tangan, bagi membolehkan pesakit kembali berfungsi secara optimum.

Rawatan membabitkan fasa praamputasi, pasca amputasi, praprostetik dan pasca prostetik.

Pesakit kanak-kanak dirawat melalui rehabilitasi pediatrik bagi kes kecacatan otak, spina bifida atau kecacatan tulang belakang, penyakit saraf, kecederaan otak, kecederaan saraf tunjang dan lain-lain ketidakupayaan kongenital.

Rehabilitasi akan membolehkan pesakit mencapai tahap perkembangan optimum, bersesuaian dengan kadar tumbesaran kanak-kanak.

Warga emas berusia 60 tahun ke atas akan diberi rawatan pemulihan geriatrik dan mereka yang dirawat berpotensi kembali ke tahap asap dengan kebanyakannya berkaitan penyakit neurologi dan ortopedik.

Seterusnya adalah rehabilitasi kardio pulmonari, iaitu pesakit yang mengalami pintasan koronari stabil, infarksi miokardium akut, sindrom koronari akut dan penyakit halangan saluran pernafasan kronik.

HRC bermatlamat menjadi pusat rujukan penyediaan perkhidmatan rehabilitasi perubatan komprehensif di Malaysia dan hanya menerima rujukan daripada pakar rehabilitasi hospital lain, seiring kedudukannya sebagai pusat rujukan tertiari.

Berdasarkan kemas kini di Facebook HRC, ia turut menawarkan terapi haiwan sebagai bentuk rawatan dengan matlamat meningkatkan fungsi sosial, emosi, atau kognitif pesakit ~ Berita Harian

Najib sakit apa ya hingga dimasukkan ke sini?

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Najib dimasukkan ke sini kerana memerlukan fisioterapi, tapi sakit apa dia tak bagitahu pun..

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Dah gagal kelentong pasai 1mdb, skrg kelentong pasai kesihatan pula kerana tak mau dok dalam penjara. Najib oh najib. Tak la malu punya boss cuckooo

    ReplyDelete
  2. Pasca PRU 15 semua barua DAP@ LeeKwanYew spt Tun, Brother Anwar Bin Ibrahim cari Melayu balik. Bukan nak cari Jho Low tapi cari Melayu

    Senarai penerima ini dari Pulau Pinang dan mereka telah menerima sejumlah RM780 juta, pada hal orang Umno menerima hanya RM19 juta sahaja.

    Senarai nama Parti DAP sembunyikan 346 kes melibatkan 346 entiti dan individu yang telah menerima RM307 juta wang 1MDB semasa PH jadi kerajaan diterajui barua meraka Tun Mahathir Mohamad.

    1. Laverage Asia Sdn Bhd 31.5 juta
    2. Enr Marketing. 24.3 juta
    3. Mega Utilities Sdn Bhd. 18.3. juta
    4. Kek Lok Si Tample 12 juta
    5. Homewin Renovation n Cons 11.44 juta
    6. Music Melody Store. 6.58 juta
    7. G Event Managmnt. 2.93 juta
    8. Pers Cintai A. Sekitar P. Pinang. 2.65 juta
    9. Jaya Printing & Advertising. 1.07 juta
    10. MCA Bah Tanjung P.Pinang. 1 Juta
    11. Geh Choh Hun. 22.8 juta
    12. Oii Teng Seng. 4.55. juta
    13. Cheah Kah Chye. 4.4 juta
    14. Yeap Chee Cheong 4.4 juta
    15. Goh Kheng Huat. 4.2 juta
    16. Oii Kheng Hin. 4.01 juta
    17. Choo Keng Hock 3.84 juta
    18. Toh Lean Seng. 3.5 juta
    19. Chong Thong Yeow. 3.24 juta
    20. Teh Hun Liang. 3.04 juta
    21. Lembaga Union Pinang School 2.25 juta
    22. Pinang Chinese High School. 1.25 juta
    23. Chung Ling High School. 1 juta
    24 J/K Chua Nan School. 0.5 juta
    25 Pers Penduduk B. Daya Penang. 0.4 juta
    26. Chung Ling High School. 0.25 juta
    27. Smjk Phor Tay School Commitee. 0.25 juta
    28. Pers Kebudayaan Pangkalan Kota P. Pinang. 0.204 juta
    29. MCA Bah Tanjung P. Pinang. 1 juta
    30. Parti Gerakan Rakyt Johor. 0.4 juta
    31. Parti Gerakan Kelantan. 0.3 juta
    32. Parti Gerakan Malaysia. 0.25 juta
    33. Parti Gerakan Cameron H/land. 0.2 juta

    Bukan ke ini conflict of interest?

    Jho Low sedang tepuk tangan ketawa terbahak kaum nya yang paling banyak dapat habuan.

    Barua melayu bertuan DAP@ LeeKwanYew spt Tun sedang diarah bercakaran sesama Melayu. Jadi barua ni kaya tapi harga diri maruah boleh timbang kati 'cheap sale'.

    Hina sungguh hidup bila jadi barua mereka..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post