Keputusan Kes Rasuah Bung Moktar Esok

KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, dilepaskan atau dipanggil membela diri atas tuduhan rasuah RM2.8 juta, akan diketahui di Mahkamah Sesyen di sini pada jam 3 petang Jumaat.

Pertuduhan adalah membabitkan suapan bagi mendapatkan kelulusan untuk Felcra Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.

Keputusan di akhir kes pendakwaan itu akan disampaikan oleh Hakim Rozina Ayob selepas mahkamah mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan pada 24 Jun lalu.

Mahkamah akan meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan serta penghujahan kedua-dua pihak sebelum memutuskan keputusan.

Jika mahkamah mendapati pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie, Bung Moktar selaku tertuduh pertama manakala, Zizie Izette tertuduh kedua akan diperintah untuk membela diri.

Bagaimanapun, jika pendakwaan gagal menimbulkan prima facie, pasangan suami isteri itu akan dilepaskan daripada pertuduhan berkenaan.

Prosiding kes ini bermula pada 2 Januari 2020 dengan pendakwaan memanggil 30 saksi untuk memberi keterangan.

Antara yang hadir ke mahkamah ialah saksi pendakwaan kedua (SP2) bekas Pengurus Besar Pelaburan Felcra, Adnan Yusof; SP5, Ahli Lembaga Pengarah Felcra, Dr Habibah Suleiman serta dua ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid (SP24) dan SP25, Norhaili Ahmad Mokhtar.

Dalam kes ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How, Datuk Faridz Gohim Abdullah, Mohd Sophian Zakaria, Mohamad Fadhly Mohd Zamry dan Siti Noor Hafizan Zakaria.

Sementara pembelaan diwakili peguam Datuk K Kumaraendran, M Athimulan dan Ridha Abdah Subri.

Semasa prosiding terdahulu, Chin How menghujahkan bahawa kedua-dua tertuduh itu memainkan peranan bagi melengkapkan transaksi pelaburan Felcra Berhad ke dalam Public Mutual Fund.

Malah katanya, ia berada dalam pengetahuan Bung Moktar yang akan mendapat manfaat kewangan daripada pelaburan itu.

Walaupun pembelaan cuba menafikan perkara itu dengan mendakwa wang berkenaan sebagai bayaran pengenalan, pendakwaan beranggapan ia tidak masuk akal.

Menurutnya, mustahil SP24 dan SP25 sanggup membayar RM2.8 juta kepada Zizie, sedangkan jumlah itu separuh daripada komisyen yang diterima.

Athimulan pula menghujahkan bahawa, keterangan SP24 dan SP25 tidak menyebut pemberian suapan kepada anak guamnya menerusi tertuduh kedua.

Bagi mengekalkan pertuduhan beliau berkata, pendakwaan perlu membuktikan suapan sudah dibayar, diterima dan diperoleh.

Mengikut pertuduhan pertama, Bung Moktar, yang ketika itu merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra, didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai RM2.2 juta daripada Madhi melalui Zizie Izette.

Bung Moktar dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati, No. 262-265, Jalan Bandar 12, Taman Melawati di sini, antara 12.30 tengah hari dan 5 petang, pada 12 Jun 2015.

Bagi pertuduhan kedua, Bung Moktar didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suapan iaitu wang tunai berjumlah RM262,500 daripada individu sama, Madhi melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan serupa.

Bung Moktar juga dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM337,500 daripada Norhaili melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan yang sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama antara jam 12.16 hingga 12.28 tengah hari, 19 Jun 2015.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Zizie Izette yang merupakan seorang pelakon mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara sama, di lokasi, tarikh dan masa serupa mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan lapor Sinar Harian

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Jho Low dah dikesan dan dijumpai di Disneyland Shanghai. Nik Faisal belum jumpa.. konspirasi fitnah jijik sudah berjaya dilaksanakan..

    Yang jumpa Jho Low bukan PDRM yang jumpa Jho Low cuma juru gambar amatur..

    PDRM juga gagal kesan Zety dan Taufik Ayman. Adakah PDRM tidak akan jumpai Taufik dan Zety selama lamanya. Dipercayai Taufik dan Zety masih berada di Malaysia...!!

    Jho Low dan Nik Faisal sudah sah PDRM gagal jejaki mereka dan berada diluar negara.

    Berdasarkan maklumat yang peroleh jurugambar amatur, Jho Low berada di China. Malah kita menerima gambar beliau sedang bercuti di Disneyland Shanghai.

    https://www.thevibes.com/articles/news/70162/jho-low-spotted-in-shanghai-disneyland-in-2019-journalist

    “Apa yang kita tahu bahawa Jho Low sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak,” katanya.

    Wartawan Tom Wright dan Bradley Hope yang telah melancarkan kempen untuk membongkar lebih lanjut mengenai Jho Low membuat dakwaan itu selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipenjarakan pada 23 Ogos lalu.

    https://youtu.be/RzErTPRkUOA


    Anda mungkin fikir dia akan bersembunyi seperti James Bond di suatu tempat tetapi sebenarnya dia hanya berkeliaran di sekitar pusat beli-belah, duduk di Shanghai Disneyland dan dia sentiasa mempunyai banyak telefon. Dia memainkannya seperti piano.

    PDRM sah gagal menjejaki Nik Faisal Zety Taufik Ayman CEO Astro.. Jho Low peenah dijumpai oleh wartawan Al Jazeera semasa 22 bulan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Tapi Ex IGP lantikan Tun kata Jho Low dah jadi beruang jawapan paling bodoh seorang IGP lantikan Tun.

    https://www-aljazeera-com.cdn.ampproject.org/v/s/www.aljazeera.com/amp/features/2020/11/16/how-1mdb-fugitive-jho-low-tried-to-bargain-for-his-freedom?amp_gsa=1&amp_js_v=a9&usqp=mq331AQKKAFQArABIIACAw%3D%3D#amp_tf=From%20%251%24s&aoh=16619549030772&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&ampshare=https%3A%2F%2Fwww.aljazeera.com%2Ffeatures%2F2020%2F11%2F16%2Fhow-1mdb-fugitive-jho-low-tried-to-bargain-for-his-freedom

    Lim Guan Eng buat kejutan. Tak adil Najib dipenjara tapi Jho Low Nik Faisal Zety Taufik Aman CEO Astro masih bebas, PDRM digesa cari mereka segera..!!

    Gambar Jho Low sambil membelek belek handphone di Disneyland Shanghai dengn ketawa riang berjaya membodoh bangang pemimpin Melayu bercakaran sesama sendiri.

    Kaum Cina Jho Low di Singapura dan proksi nya dan barua Melayu mereka sudah berjaya menjalankn misi tuan nya di Malaysia. Barua LeeKwanYew@DAP ini juga tepok tangan melihat kebodohan pemimpin Melayu bercakaran sesama sendiri.

    PRU 15 masa ini orang Melayu tidak perlukan Mahathir, tetapi Mahathir yang perlukan orang Melayu. PRU 15 makin dekat Tun cari Melayu dan buat bodoh jadi pelupa cari Jho Low seperti yg dilaungkan sebelum PRU 14 dulu.

    Orang Melayu tahu siapa itu Mahathir dan parti PEJUANG nya dan mereka beri telur ayam kepada Mahathir pada PRN Johor.

    Parti Mahathir tanding 42 kerusi tewas dengan hilang wang deposit pada kesemua 42 kerusi.

    Dalam waktu sama Mahathir memperkayakan sahabat dan kawannya dalam perniagaan.Hampir semua yang kaya raya terdiri dari “Non-Malay” yang Mahathir bantu.

    Bila dah jadi Perdana Mentri Melayu akan di maki hamun semula oleh Tun dan Marina Gereja. Lingkup kan boboi PRU 15 ini melingkuplah legasi fitnah jijik ini.


    ag&pdrmactlikepussy

    ReplyDelete
  2. Berapa billion pula denda dan hukuman Zety dan Taufik Ayman akan dikenakan bila rasuah AMLA RM700 juta dibicarakan nnti..,!?

    Sempati rakyat sudah sampai ke tahap paling maksima terhadap nasib keluarga Najib dan keluarganya.

    Sempati ini akan diterjemahkan pada kertas undi PRU15 nanti. Rakyat hanya menunggu dengan sabar dan hati yang sedang meluap luap akan fitnah jijik yang dikenakan pada si fitnah dan anak cucu Tun Mahathir.

    Ketua peguam bela itu mengkritik denda yang dikenakan ke atas Rosmah dan menyatakan dia tidak mempunyai sebarang punca pendapatan.

    “Hari ini hukuman dijatuhkan dan dendanya RM970 juta, hampir RM1 bilion.

    “Kamu beritahu saya, jika ada di antara kamu yang mampu sediakan wang seperti itu?

    “Kami mempunyai hampir RM1 bilion untuk dibayar oleh anak guam kami yang tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan.

    Seminggu sebelum jatuh hukum dah tahu keputusan yang dikenakan....

    Ayoh Nizar Najib Tun Razak tunjukkan taring dan kelantangan suara kamu... Masa untuk kamu melawan fitnah jijik terhadap keluarga kamu..Bangkit dan bangun Nizar lawan konspirasi fitnah jijik ini...

    Lepas PRU 15 kita balas.. Lingkup kan boboi maka melingkuplah legasi fitnah jijik ini. Masa perhitungan semakin dekat...!!

    Hari ini goreng mamak esok lusa goreng melayu tulin pula.

    #burudanviraljholow

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post