Kes SRC Paling Mudah Buktikan Kesalahan Najib - Tommy Thomas

 

KERTAS siasatan kes SRC International antara lain telah mempermudahkan usaha untuk mendakwa dan membuktikan kesalahan membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak, kata Tommy Thomas.

Bercakap kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif, bekas peguam negara itu turut berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika itu sudahpun mengusahakan kes SRC International dan membuat kemajuan, membantu Jabatan Peguam Negara (AGC) dengan kes tersebut.

“Bayangkan DPP (timbalan pendakwa raya) dan saya sendiri sebagai peguam melihat dokumen yang diberikan oleh orang lain. Dalam kes ini, ia adalah siasatan SPRM, berbanding agensi lain.

“Dan SPRM berkata fail yang mereka sedang siasat pada masa itu adalah SRC (International). Mereka sahkan khabar angin yang tersebar di KL (Kuala Lumpur), iaitu sekitar masa salah seorang pendahulu saya, Abdul Gani Patail, yang dipecat pada Julai 2016 yang SPRM agak maju dalam menyiasat SRC, jadi ia membantu mempermudahkan kerja.

“Itu adalah faktor utama - fail itu datang kepada saya. Ternyata, SRC adalah yang paling mudah untuk dibuktikan, kerana jika anda londehkan semuanya, ia hanya kecurian RM42 juta. Jadi, mudah untuk buktikan,” katanya seperti dipetik portal tersebut.

Dua minggu lepas, Najib dimasukkan ke Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan membatalkan rayuannya dan mengekalkan hukuman ke atasnya dalam kes SRC International.

Dalam keputusan sebulat suara, mahkamah tertinggi memerintahkan ahli Parlimen Pekan itu memulakan hukuman penjara 12 tahun serta-merta.

Najib juga perlu membayar denda RM210 juta dan jika gagal bayar, perlu menjalani hukuman penjara lima tahun lagi.

Bekas peguam negara itu berkata terdapat terlalu banyak dokumen dalam semua kes Najib serta kes isterinya Rosmah Mansor selain kes yang dikaitkan dengan ahli politik lain.

Antaranya, Thomas menjelaskan bagaimana “penyangak” dalam SRC International berjaya mendapat pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).

“Mari kita ambil wang KWAP. Seingat anda, SRC adalah sebuah syarikat dengan modal berbayar RM2. Penyangak perlu pinjam, dan oleh itu KWAP, dana pencen, disasarkan untuk beri pinjaman RM4 bilion,” katanya.

“Malah KWAP betul-betul cakap, berdasarkan risiko kredit, ia tidak boleh pinjamkan walaupun RM10 kepada syarikat iniitu kerana ia tidak ada modal berbayar dan tiada rekod prestasi.

“Itulah apabila KWAP diyakinkan (untuk beri pinjaman) dengan jaminan kerajaan, dan apabila jaminan kerajaan RM4 bilion datang, ia jadi bebas risiko. Inilah yang berlaku, RM4 bilion itu dipinjamkan oleh KWAP, bertentangan dengan jaminan kerajaan.

“Dokumen kontemporari bermaksud minit kabinet, surat yang dihantar antara SRC dan KWAP, dan minit KWAP, resolusi oleh SRC (kerana SRC adalah sebuah syarikat) dan slip pembayaran bank.

“Semua perkara ini akan disediakan oleh jurubank dan pegawai yang bekerja dalam kerajaan dan syarikat yang menjalankan tugas mereka dalam perjalanan biasa perniagaan mereka,” tambahnya.

Apabila ditanya sama ada semua dokumen dibuat untuk menyokong perjanjian itu, Thomas menjawab “Ya”.

“Mahkamah sentiasa menitik berat dokumen kontemporari kerana mahkamah menganggap bahawa, apabila orang sediaknnya, mereka, pada peringkat itu, benar.

“Mereka mungkin ada niat yang tidak jujur ​​kemudian, tetapi biasanya selamat untuk menganggap apabila seseorang mencipta dokumen, ia adalah benar dan boleh dipercayai. Sukar untuk menentang dokumen tersebut jika seseorang telah menandatanganinya,” katanya.

Telah dibangkitkan semasa rayuan SRC di Mahkamah Persekutuan yang kelulusan pinjaman RM4 bilion itu diluluskan secara dua peringkat hanya melalui sepucuk surat daripada Najib yang juga menteri kewangan ketika itu ~ The Malaysian Insight

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post