MUDA: Tiada Beban, Batu Jangan Digalas Wahai PH..

 


KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) perlu menilai sebaik-baiknya kerjasama yang ingin dijalinkan oleh Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bersama gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kerana ia tidak akan memberikan nilai tambah yang ketara buat gabungan itu.

Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Prof Dr Azmi Hassan, berkata sebaliknya kerjasama itu hanya akan memberi kelebihan buat MUDA bagi kelangsungan politiknya, selain dikhuatiri parti diasaskan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu hanya akan mengambil kesempatan terhadap PH khususnya dalam aspek pembahagian kerusi.

Mengulas lanjut katanya, MUDA memerlukan 'rakan' pada PRU-15 kelak kerana parti itu tahu mereka tidak kuat untuk menarik sokongan pengundi secara bersendirian.

"MUDA akan menggunakan pengaruh PH, saya tidak nampak nilai tambah MUDA boleh berikan kepada PH sebaliknya MUDA akan dapat banyak manfaat daripada kerjasama dengan pakatan itu.

"Seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di mana MUDA menang satu kerusi di sana atas ehsan pengundi daripada PH," katanya kepada BH, di sini.

Semalam, Syed Saddiq yang juga Presiden MUDA menyatakan persetujuan parti itu menyertai PH sebagai parti komponen gabungan itu bagi menghadapi PRU-15.

Dalam aspek pembahagian kerusi, Azmi berkata, MUDA tentunya mahu kawasan yang selamat untuk ditandingi, sekali gus menyebabkan PH perlu berkorban dalam aspek itu.

Pada masa sama, Azmi berkata, kerjasama MUDA dan PH jika direalisasikan kelak diyakini tidak akan menjadi ancaman buat Barisan Nasional (BN) pada PRU-15 walaupun Undi18 sudah dilaksanakan.

Beliau berkata, sebaliknya kedudukan BN hanya akan sedikit tergugat jika PH menjalinkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub, berkata pihaknya melihat MUDA hanya akan menjadi beban buat PH dan tidak akan memberikan impak positif kepada gabungan berkenaan.

Beliau berkata, malah penyertaan MUDA dalam PH jika direalisasikan, hanya akan mendatangkan situasi tidak senang buat sayap pemuda parti dalam gabungan itu.

"Ia tidak akan memberikan kelebihan kepada PH sebaliknya hanya akan mencetuskan persaingan sengit antara sayap parti komponen kerana mereka sudah ada Angkatan Muda Keadilan (AMK), Pemuda AMANAH dan Sosialis Pemuda DAP (DAPSY).

"Sudah tentu sayap pemuda dalam PH berjuang begitu lama untuk bertanding maka mereka tentu tidak gembira jika MUDA sertai PH bagi memberi laluan mudah untuk parti itu," katanya.


Beliau berkata, PH perlu melihat sama ada hasrat MUDA untuk menyertai gabungan itu hanyalah untuk mendapatkan kerusi pada PRU-15 atau ingin membentuk suatu plot bagi memberi cabaran kepada parti kerajaan.

Katanya, PRN Johor membuktikan MUDA hanya menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa adalah ehsan daripada PH, sekali gus menunjukkan ia adalah kemenangan palsu dan bukan menggambarkan kekuatan MUDA lapor Berita Harian

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Tak heranlah Muda nak bersama PH kerana parti2 lain semuanya TOKSIK

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post