BEKAS perdana menteri Najib Razak yang menjalani hukuman penjara 12 tahun tidak mendapat layanan istimewa di Penjara Kajang, lapor Utusan Malaysia.
Beliau mendapat makanan yang sama seperti banduan lain, terpaksa mandi air sejuk dan selnya hanya mempunyai kipas, lapor akhbar itu memetik sumber.
Najib ditempatkan di sel pengasingan bagi memastikan keselamatannya.
Walaupun berstatus VIP, Najib tidak mendapat layanan istimewa dan dilayan sama seperti banduan lain yang tertakluk di bawah peraturan penjara.
“Sebagai seorang bekas pemimpin besar negara, sudah pasti kawalan akan diperketatkan bagi memastikan beliau berada dalam jagaan selamat di bawah Jabatan Penjara,” kata sumber itu dipetik.
Sumber itu juga berkata Najib, yang kini menghadiri perbicaraan rasuah 1MDB, tidak digari kerana tidak melakukan sebarang jenayah kekerasan.
“Gari hanya digunakan mengikut budi bicara penjara, berdasarkan alasan yang munasabah.
“Rutin yang dilakukan oleh Najib ini sama seperti banduan lain cuma yang membezakan adalah pengasingan antara Najib dan banduan lain ketika melakukan aktiviti berkenaan,” kata sumber.
Najib juga mendapat makanan yang sama seperti banduan lain dan jika beliau meminta diet khas ia terpulang kepada saranan pegawai perubatan atas alasan kesihatan.
“Pihak penjara tidak membenarkan keluarga membawa makanan kepada banduan apabila mereka melawat.
“Najib ada alahan kulit, kelmarin di mahkamah nampak bahagian leher Najib kemerah-merahan akibat alahan kulit selain badan susut sedikit.”
Sumber itu berkata Najib mempunyai alahan yang boleh menyebabkan beliau berhenti bernafas ketika tidur, jadi beliau perlu menggunakan mesin.
“Walaupun begitu, wayar untuk mesin itu terpaksa disambung,” kata sumber itu.
Najib berada di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kesalahan penyelewengan, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Najib Terpaksa Mandi Air Sejuk Saja Dipenjara..
byAnak Sungai Derhaka
-
1
Acryl Sani berkata
ReplyDelete"PDRM amat mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung lokasi Jho Low dan boleh menyalurkannya melalui talian CCID Infoline 013-2111222 (WhatsApp sahaja) atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
Susah nak cari Jho Low dan Nik Faisal..
Agak nya betul juga kata si Amit Bedul x-IGP lantikan Tun kata Jho Low dah bertukar wajah jadi beruang...!! Susah bebenor mencari nyer yeopp ooii.!!
kikikiki..
Ajommm guna apps PDRM kat atas sana cari Zety dan Taufik Ayman dolu... dekat jer tu takkan pejabat AG SPRM dan PDRM tak jumpa juga..!!
alahai..!!
amacam...!!?
#burudanviral
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!