PEMENJARAAN Najib Razak tidak akan melemahkan pengaruh media sosial bekas perdana menteri itu mahupun Umno, kata pakar.
Liew Wui Chern, pensyarah di Jabatan Komunikasi Massa di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) berkata Najib masih ada pasukan untuk mengekalkan kehadiran media sosialnya semasa beliau dipenjara.
“Dari segi peperangan media sosial, tidak ada kesan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN),” kata Liew.
“Hanya kerana Najib dalam penjara tidak bermakna mereka kurang bernasib baik. Malah, beliau boleh gunakan ini untuk meraih undi simpati dan memberi gambaran buruk kepada Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum akan datang.”
Katanya PH juga mungkin tidak ada strategi untuk atasi simpati yang ditunjukkan pengundi terhadap Najib.
Tambah Liew sabitan Najib mungkin beri kesan berbeza di beberapa kawasan pilihan raya.
“Di kawasan luar bandar, PH tidak ada jalan, tetapi di kawasan bandar, ia mungkin boleh dapatkan semula beberapa kerusi yang hilang.”
Minggu lepas, Mahkamah Persekutuan membatalkan rayuan Najib dan mengekalkan hukumannya dalam kes SRC International.
Mahkamah tertinggi memerintahkan ahli Parlimen Pekan itu memulakan hukuman penjara 12 tahunnya serta-merta.
Bekas perdana menteri itu juga perlu membayar denda RM210 juta dan jika gagal akan dikenakan tambahan lima tahun penjara.
Lau Zhe Wei, penolong profesor di Jabatan Sains Politik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia juga bersetuju dengan Liew yang Najib akan kekal popular.
“Melalui akaun media sosial Najib, Umno boleh menarik lebih ramai penyokong dan undi,” kata Lau.
“Pemenjaraan Najib akan tarik undi simpati buat Umno.”
Awal bulan lepas, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggesa partinya bersolidariti dengan Najib yang digelarnya sebagai “raja media sosial.”
Zahid berkata Najib telah banyak menyumbang kepada Umno dan BN.
“Beliau ialah raja media sosial dan berjaya membantu memulihkan Umno lebih cepat hingga mereka yang pernah menjauhi dan memperlekeh Umno sebelum ini dilihat bukan sahaja mahu mendekati malah mahu menguasai Umno pula sekarang.”
Sementara itu, pengurus penyelidikan Merdeka Center Tan Seng Keat berkata media sosial telah membantu memudahkan aliran maklumat dan membentuk naratif.
“Kebangkitan Internet dari 1998 hingga 1999 telah membantu membentuk setiap gelombang politik di Malaysia,” kata Tan.
“PH, apabila ia berkuasa, terpaksa menapis dirinya sendiri dan oleh itu tidak dapat berkomunikasi dengan baik.
“Ini memberi kelebihan kepada Najib dan Umno. Sebagai contoh, di Taiwan, apabila bekas presiden Ma Ying Jeo berkuasa, beliau tidak lagi boleh bercakap seperti yang beliau buat ketika jadi pembangkang.”
Sama ada pasukan media sosial Najib akan main peranan selepas beliau dipenjarakan, Tan berkata ia masih belum dapat dilihat.
“Ia mungkin terjejas, kerana kita tahu ia bukan Najib,” kata Tan.
“Jika ada, pemenjaraan Najib akan beri kesan kepada akar umbi Umno. Walaupun begitu, pengaruhnya mungkin merosot dari semasa ke semasa.
“Kita perlu tunggu dan lihat,” tambahnya ~ The Malaysian Insight
Pemenjaraan Najib Tidak Membantu PH, Kata Pemerhati
byAnak Sungai Derhaka
-
1
Mahathir, Brother Anwar bukan pilihan terbaik untuk Malaysia.
ReplyDeleteSebelum jadi PM janji Bang Non jadi PM, bila dah dapat jadi PM kali ke-2 boleh pulak kata Anwar tak sesuai jadi PM... otai sklian hang pikiaq sindri brapa ratus atok nak kencing brother hang tuhh..!!?
Kenapa Rafizi Ramli diam bisu bila Tun kata begitu pada Brother Anwar Bin Ibrahim..!?
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan pilihan terbaik untuk memimpin negara.
Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, selama berpuluh tahun Dr. Mahathir menyebabkan negara ini bercelaru dan keadaan diburukkan lagi oleh Anwar.
Beliau mendakwa, kerana mereka, negara menjadi tidak stabil, ekonomi dirosakkan, politik berkecamuk dan pelbagai agensi penguatkuasaan dan sistem keadilan diganggu.
Bila Tun kata Brother Anwar tidak layak jadi PM tiba tiba Rafizi Ramli jadi bisu... kenapa yer..!?
Oohh Rafizi Ramli tu kuda kayu Tun yang baru.. dolu dolu Assmin kerbau balau Tun skg nasib kebau balau Tun tu dah blurr macam tgk video blurr...
Garispanduan bagi orang Melayu untuk memilih dan undi calon2 PRU 15 nanti seperti bawah ini..
1. Mana2 mana calon Melayu yang lawan dengan Melayu PKR.. tolak calon Melayu PKR yang berfahaman Gay LGBT dan Pluralisma Murtad
2. Mana2 calon BN dari kaum Cina MCA lawan Calon Melayu bukan dari BN/UMNO .. tolak calon MCA dan undi calon Melayu tersebut.
3. Mana2 calon BN dari kaum India MIC lawan Calon Melayu bukan dari BN/UMNO .. tolak calon MIC dan undi calon Melayu tersebut.
4. Mana2 calon Melayu BN yang sokong ICERD, COMANGO, LGBT lawan calon Melayu yang pertahankan Islam tolak calon BN dan Undi Calon Melayu yang pertahankan Islam
5. Mana2 calon yang Melayu bukan dari UMNO/BN dan keluarga nya menyokong LGBT, ICERD, COMANGO, SIS, Syiah seperti keluarga Boboi Mukhriz, Mat Sabu, Khalid Gereja, Azmin Blur, Zuraidah, Tun Mahathir wajib ditolak dan di simen terus..!!
6. Mana2 mana calon bukan Melayu dari BN lawan calon Melayu liberal, pluralisma murtad dan spesies GAY seperti Siti Kasim, Nurul, Anwar Ibrahim maka tiada pilihan lagi pada orang Melayu maka undi calon bukan Melayu atau buat undi rosak..!!
Sungguh memualkan politik cara begini. Ahli2 bawahan UMNO semakin jelak dan jijik.
Pada orang Melayu relakah kamu lihat kaum kroni Cina kaya raya orang Melayu kaya kena maki hamun oleh Tun, anak kroni kebal undang2 seperti anak taikun Cina kroni Tun iaitu Vincent Tan yang bebas lepas dari hukum mati ladang ganja.
Alahaiii Brother... Tun tu acah acah cari gaduh dengan brother kasi otai melenting sebab walaun walaun kuda kayu baru Rafizi Ramli dah kontrol PKR dari dalam....
Elok Brother lagakan Rafizi Ramli vs Azmin di Gombak PRU 15 nanti. Dua ekoq tu kerbau balau dan kuda kayu Tun Mahathir jaa..
Lagi teruk Brother otak PKR ni kena main lagi...
Deeyy tamby ini Brother kitee ni tak serik serik kena main sama Tun lahh...
Aku lawan fitnah jijik dan Najib adalah subjek pada mangsa fitnah jijik itu..
Tepuk dada tanya akidah dan iman kelian di PRU 15 kali ini.
kikikiki
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!