Rayuan Ditolak, Azeez Dibicara Atas 3 Tuduhan Rasuah, 6 AMLA

PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kekal dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram berhubung pembinaan projek jalan raya di Perak dan Kedah.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan sebentar tadi membenarkan sebahagian rayuan Ahli Parlimen Baling itu dan melepas dan membebaskan beliau daripada empat pertuduhan pengubahan wang haram.

Perkara itu ditentukan secara sebulat suara oleh Mahkamah Rayuan selepas membatalkan keempat-empat pertuduhan yang dihadapinya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Kamaludin Md. Said yang bersidang bersama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali berpuas hati bahawa sembilan pertuduhan yang dikenakan terhadapnya tidak cacat dan tidak memprejudiskan perayu.

Mahkamah berpendapat, pertuduhan yang dikenakan terhadap Abdul Azeez juga tidak bertindan di antara satu sama lain atau mengelirukan beliau.

Sehubungan itu, perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi akan diteruskan dan sebutan ditetapkan pada 7 September ini.

Setakat ini mahkamah telah mendengar keterangan tujuh saksi pendakwaan pada perbicaraan yang bermula 19 Ogos 2020.

Abdul Azeez pada asalnya didakwa atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah dan 10 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM13.9 juta.

Beliau merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin pada 12 Mac 2021 yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan berkata, mahkamah mendapati semua pertuduhan itu tidak cacat dan berlandaskan peruntukan undang-undang.

Abdul Azeez menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah melibatkan Lebuhraya Persisiran Pantai Baru dan kerja-kerja menaik taraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak).

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank, Jalan Tun Perak di ibu negara pada 8 Disember 2010 dan di Affin Bank, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.

Beliau turut didakwa atas 10 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah keseluruhan RM13.9 juta yang didakwa diterima daripada syarikat Menuju Asas Sdn Bhd.

Kesalahan pengubahan wang haram didakwa dilakukan di kawasan Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018. – UTUSAN

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Goreng Mamak bila PDRM mahu bertindak.. Hebatnya sekali goreng mamak semua settel

    Kenapa ada password 'Kedahan'. Setakat goreng mamak nak geli geli tekak rakyat dah kembang nak muntah..!!

    Tun Mamak sudah menjawab bagi pihak Tan Sri Rahmat anak penakan dia dan telah keluar kenyataan nafi dia serah apa-apa duit pada saya. Tan Sri Rahmat juga terangkan dia ada teri9ma wang RM1.3 juta tetapi ini adalah imbuhan untuk jawatan sebagai pengerusi dan penasihat UKSB.

    Macam biasa Tun Mamak sekali press conference Video Semburit Mat Blur settel dan sekali surat lawyer isu Pulau Batu kira settel. Terkini dng release statrment nafi terima duit dari anak polongan eehh anak penakan kira settel jugak..!!

    Hebatnya sekali goreng mamak semua settell. Seronok nya hidup kat doonia macam ni.. Orang lain buat fitnah ugut hakim percepatkan kes dan jawab di mahkamah...!!

    Boleh kah SPRM atau UKSB sahkan budak Ramat ni pengerusi UKSB. Kenapa ada password 'Kedahan' kalau budak Ramat ini pengerusi UKSB..!?

    Link bawah kenapa Proton lingkup Rahmat Bakal anak penakan Tun yang sapu vendor Proton

    https://www.mynewshub.tv/2017/02/punca-proton-lemah-kroni-tun-m-bolot-projek-vendor/

    Dia telah letak jawatan di UKSB tidak lama kemudian dan serah kembali wang RM1.3 juta. Tan Sri Rahmat juga ada surat dan dokumen berkait dengan apa yang dinyatakannya.

    Elok Tun tunjukkan surat dan dokumen berkait dengan apa yang dinyatakan. Setakat goreng mamak nak geli geli tekak rakyat dah kembang nak muntah..!!

    Cukup cukup lah goreng mamak ni dah naik geli geliman tekak rakyat dah naik kembang nak muntah..!!

    KHALAS

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post