Senarai Pemimpin UMNO Yang Didakwa Kes Rasuah..

    

BEKAS perdana menteri Najib Razak bukan satu-satunya ahli Umno yang sedang berhadapan perbicaraan rasuah.

Lapan lagi pemimpin Umno telah didakwa, dengan beberapa kes berada dalam pelbagai peringkat proses mahkamah, malah ada yang telah dibebaskan daripada semua pertuduhan.

The Malaysian Insight membawa anda lebih dekat tentang pemimpin Umno yang telah didakwa kes rasuah.


NAJIB RAZAK

1. 1Malaysia Development Bhd (1MDB) – RM2.28 bilion

Dalam perbicaraan 1MDB, Najib dikenakan 25 pertuduhan pada 20 September 2018. Perbicaraan ini sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah.

2. Campur tangan laporan audit 1MDB

Dalam perbicaraan ini, Najib didakwa atas kesalahan salah guna kuasa sebagai perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu dalam mengubah laporan audit 1MDB, yang akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 2016. Campur tangannya ini dibuat supaya dapat mengelakkan diri daripada dikenakan tindakan oleh Dewan Rakyat.

3. International Petroleum Investment Co (Najib dan Mohd Irwan Serigar Abdullah)

Najib dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah bersama-sama menghadapi enam pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) melibatkan RM6.64 bilion dana kerajaan untuk pembayaran kepada IPIC.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34.

4. SRC International Sdn Bhd – RM27 juta

Ini melibatkan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta milik SRC.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, Najib didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram dengan menerima RM27 juta, RM10 juta dan RM10 juta, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram yang dimasukkan ke dalam tiga akaun AmPrivate Banking miliknya.



AHMAD ZAHID HAMIDI

Presiden Umno itu berhadapan 87 pertuduhan rasuah.

1. 40 pertuduhan rasuah melibatkan Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) - sistem kontrak visa

Zahid, 69, menghadapi 33 pertuduhan menerima rasuah S$13.56 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) sebagai dorongan.

Dalam tujuh pertuduhan lagi, Zahid didakwa, sebagai menteri dalam negeri ketika itu, memperoleh untuk dirinya sendiri S$1,150,000, RM3 juta, Swiss franc 15,000 dan AS$15,000 dalam bentuk tunai daripada syarikat yang sama berhubung dengan kerja rasminya.

Beliau didakwa melakukan semua kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Dari Februari 2013 hingga Oktober 2019, UKSB mengendalikan perkhidmatan kemudahan visa di China untuk pengembara ke Malaysia, berikutan pemeteraian perjanjian dengan Kerajaan Malaysia pada 2012.

Pengurus pentadbiran UKSB David Tan Siong Sun memberi keterangan yang syarikat itu turut menyumbang lebih RM70 juta kepada sekurang-kurangnya 11 ahli politik, termasuk Zahid.

Semua ahli politik yang dinamakan di mahkamah ialah bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin, Menteri Kanan Pertahanan Hishamuddin Hussein, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Reezal Merican Naina Merican, bekas menteri pengangkutan dan timbalan presiden MCA Chan Kong Choy, bekas setiausaha agung MCA dan bekas menteri kedua perdagangan antarabangsa dan industri Ong Ka Chuan, bekas menteri luar Anifah Aman dan Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan.

Mereka telah menafikan menerima sebarang wang daripada UKSB.

2. 47 pertuduhan berhubung Yayasan Akal Budi

Dalam perbicaraan ini, Zahid berdepan 12 pertuduhan CBT membabitkan RM31.06 juta, lapan pertuduhan rasuah melibatkan RM21.25 juta dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM72 juta.

Bagi pertuduhan CBT, Zahid didakwa menggunakan dana itu untuk membuat enam pembayaran kad kredit peribadinya, polisi insurans dan lesen kenderaan peribadinya, kiriman wang kepada firma guaman dan sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia.

Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara antara dua dan 20 tahun serta sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Zahid juga didakwa atas lapan pertuduhan rasuah, di mana beliau didakwa menerima rasuah daripada tiga syarikat – Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Bhd dan Profound Radiance Sdn Bhd – sebagai dorongan untuknya atas kapasitinya sebagai menteri dalam negeri ketika itu bagi membantu syarikat mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport dan dilantik sebagai pengendali pusat sehenti visa migran, masing-masing di Pakistan dan Nepal.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga menghadapi 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan terlibat dalam transaksi langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.


BUNG MOKTAR RADIN

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin dan isterinya Zizie Izette Abdul Samad hari ini telah diperintahkan untuk membela diri oleh mahkamah selepas didakwa atas dua pertuduhan rasuah RM2.8 juta pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar, 64, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra bagi melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar, yang merupakan pengerusi bukan eksekutif Felcra ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada ejen pelaburan, Madhi Abdul Hamid, melalui Zizie Izette di cawangan Public Bank Taman Melawati antara 12.30 tengah hari dan 5 petang pada 12 Jun 2015.

Beliau juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai RM335,500 daripada perunding unit amanah Norhaili Ahmad Mokhtar atas nama Zizie Izette atas sebab sama, di tempat sama pada 19 Jun 2015, manakala Zizie Izette, 44, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya dalam perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.


ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM

Bekas pengerusi Lembaga Tabung Haji itu menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah bernilai RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan sejumlah RM13.9 juta yang didakwa diterimanya daripada Menuju Asas Sdn Bhd.

Beliau didakwa melakukan kesalahan rasuah itu di CIMB Bank, Jalan Tun Perak di Kuala Lumpur pada 8 Disember 2010, dan di Affin Bank, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018, manakala perbuatan pengubahan wang haram itu didakwa dilakukan di sekitar Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.

Pada 12 Mac, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Abdul Azeez untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah yang dihadapinya berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah, serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram.

Usahanya untuk membatalkan pertuduhan akan didengar oleh mahkamah rayuan pada 1 September, selepas tarikh awal 26 Ogos dikosongkan kerana Azeez tidak sihat.



MOHD ISA ABDUL SAMAD

Isa, bekas pengerusi Felda didapati bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta tahun lalu.

Beliau didakwa atas sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3.09 juta membabitkan pengambilalihan RM160 juta Merdeka Palace Hotel and Suites di Kuching, Sarawak.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah keseluruhan 54 tahun dan denda RM15.45 juta atau penjara 18 tahun jika gagal membayar denda itu.

Pengurusan kes untuk rayuannya telah ditetapkan pada 8 September.


SHAHRIR SAMAD

Bekas pengerusi Felda itu didakwa gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Perbicaraan kini sedang dijalankan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Muhammad Jamil Hussin.

Beliau didakwa melakukan pengubahan wang haram dengan tidak menyatakan pendapatan sebenar dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2013, yang merupakan pelanggaran Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, mengenai RM1 juta dipercayai daripada aktiviti haram yang diterimanya daripada Najib melalui cek.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di Kuala Lumpur pada 25 April 2014.

Pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.

Siapa pula yang telah dibebaskan?

Sila lihat di SINI

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Persoalan nya di mana Nik Faisal..!?

    Bekas Perdana Menteri boleh ditogelkan semua termasuk akaun bank tetapi Zety dan Taufiq Ayman Jho Low Nik Faisal pula sebaliknya. Mereka tak hebat sebenarnya cuma kartel mafia Kerala yang melindungi mereka kelihatan nampak hebat.

    Najib Razak memberi kuasa kepada pemegang mandat, Nik Faisal Ariff Kamil untuk membuat pindahan jutaan ringgit antara 2011 dan 2013.

    R Uma Devi, yang menguruskan cawangan AmBank di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa ini sama seperti bekas perdana menteri itu bertanggungjawab ke atas semua urus niaga itu seolah-olah dia melakukannya sendiri.

    Saksi pendakwaan ke-37 itu memberi keterangan semasa perbicaraan rasuah 1MDB bernilai RM2.28 bilion hari ini terhadap Najib yang juga adalah bekas menteri kewangan.

    Semasa pemeriksaan oleh timbalan pendakwa raya Najwa Bistamam, Uma Devi berkata Najib mengeluarkan surat kepada bank perdagangan itu untuk memaklumkan bahawa Nik Faisal dilantik sebagai kakitangan yang diberi kuasa untuk akaun yang berakhir dengan nombor 694, 481, 880, 898.

    Kemenangan pada Nik Faisal Jho Low sedang bersenang lenang di Kelab Layar Royal Hong Kong dan beratus pegawai kaum Cina bersekongkol di bank AmBank berjaya memalsukan dokuman dan tandatangan dengan habuan jutaan ringgit. Kemenangan pada Maha Fitnah jijik bila Najib jadi mangsa fitnah jijik kelian.

    Jho Low, Nik Faisal, Zety Taufik Ayman ex-CEO Astronaut milik kroni Tun sebenarnya tak hebat mana pun, cuma mereka nampak hebat bila kartel mafia Kerala yang melindungi mereka kelihatan nampak hebat.

    #bicarabodoh

    ReplyDelete
  2. Acryl Sani berkata

    "PDRM amat mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung lokasi Jho Low dan boleh menyalurkannya melalui talian CCID Infoline 013-2111222 (WhatsApp sahaja) atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

    Susah nak cari Jho Low dan Nik Faisal..

    Agak nya betul juga kata si Amit Bedul x-IGP lantikan Tun kata Jho Low dah bertukar wajah jadi beruang...!! Susah bebenor mencari nyer yeopp ooii.!!

    kikikiki..

    Ajommm guna apps PDRM kat atas sana cari Zety dan Taufik Ayman dolu... dekat jer tu takkan pejabat AG SPRM dan PDRM tak jumpa juga..!!

    alahai..!!


    amacam...!!?

    #burudanviral

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post